blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Jeti ROBOH, ADUN Melaka Jatuh Kolam

Friday, July 15, 2011
JASIN, 15 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini.
Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).


TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut.


Pihak Bernama teleh menerima arahan berikut "ARAHAN KETUA PENGARAH PERIKANAN MALAYSIA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DESA DAN PERTANIAN NEGERI MELAKA SUPAYA TIDAK MENGGUNAKAN GAMBAR INI". - Author Faethal



Kredit :BERNAMA
Read Full 2 comments

PERINGATAN : Ini Gambar UBAH SUAI

Saya ingin memberi peringatan bahawa gambar di bawah telah diubah suai dan beredar di dalam Internet. Ia bukan gambar sebenar. Logo BERSIH telah di superimpose pada baju Ratu Elzabeth. Gambar sebenar adalah seperti di bawah sekali.






Kredit : m2day
Read Full 2 comments

Najib Kena STROK Ringan Di UK?



Nampaknya Perdana Menteri telah mengalami serangan "Strok Ringan" ketika mengadakan lawatan rasmi ke UK.

Dia secara tiba-tiba mengalami masalah bercakap atau memahami pertuturan, pening, kehilangan "imbangan atau koordinasi", "mabuk", dan "sawan otak".

Ia berlaku ketika Najib sedang memberitahu CNN dalam satu temu bual yang dijalankan di London bahawa tindakan polis ke atas rakyat yang mengambil bahagian dalam perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai, "agak ringan".

Tidak ada "penggunaan kekerasan yan tidak wajar". Sudah tentulah ia bukan serangan yang ringan seperti mana dakwaan awal beliau "tiada hubungan fizikal di antara polis dan penunjuk perasaan"!


Mengenai penahanan lebih daripada 1,600 penunjuk perasaan itu, "...mereka telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik ... penunjuk perasaan telah disuraikan dengan menggunakan kekerasan yang minimum."

Sementara itu, kembali di Bolehland, sekumpulan aktivis Bersih yang berani telah menyerahkan memorandum menggesa Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) untuk menyiasat tindakan keras Najib itu.

Empat daripada mereka menceritakan pengalaman mereka yang menakutkan dan trauma dengan keganasan polis dan serangan pada hari itu. Salah seorang dari mereka mengatakan bahawa seorang anggota polis telah mengugut untuk membunuh apabila menangkapnya.

Ada banyak juga keterangan-keterangan saksi yang mendakwa mereka telah diterkam, ditolak, ditumbuk, ditekan ke bawah dan dikilas oleh pihak polis! (Dakwaan) mereka telah disahkan oleh saksi-saksi yang melihat.

Gambar dan klip video menunjukkan bahawa ia tiada perarakan di taman seperti yang PM telah cadangkan. Mereka menunjukkan kepada keganasan tindakan polis yang jauh lebih dari "sederhana" tetapi kejam dan membahayakan!

Ini turut disahkan dalam laporan terperinci oleh sepasukan 100 orang Majlis Peguam Malaysia yang secara terbuka memantau perhimpunan tersebut.

Kesimpulan daripada mereka: "Polis menggunakan kekerasan yang berlebihan dan tidak perlu terhadap peserta perhimpunan Bersih manakala tangkapan dibuat secara rawak dan secara sewenang-wenangnya"

Pegawai-pegawai dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, AS dan UK telah menyatakan keprihatinan mereka dan telah mengkritik dan mengutuk pihak berkuasa di atas tindakan dan taktik ganas mereka.

Akhbar The Guardian yang berpengaruh telah menggelar kerajaan Malaysia sebagai dungi dan berkata Najib akan menghadapi tindak balas hebat secara global kerana "ciri keganasan keras" dalam mengendalikan perhimpunan Bersih.

Kenyataan yang ditandatangani oleh 11 orang doktor juga telah mendedahkan bahawa "polis telah melepaskan gas pemedih mata dan air kimia ke dalam kawasan Hospital Bersalin Tung Shin" sekaligus menolak dakwaan "tindakan ringan polis" oleh Najib yang tidak masuk akal!

Semasa temu bual CNN, Najib sedaya upaya berhujah: "Ia datang untuk meminta kita sebuah pilihanraya yang adil dan bersih. Dan seperti yang anda tahu, anda tahu, pilihan raya umum lepas, parti pemerintah telah kehilangan lima negeri. Dan kita telah kehilangan majoriti dua pertiga."

Kepada Najib, jika pilihan raya lepas benar-benar adil dan bersih, anda mungkin tidak akan menjadi PM hari ini!

Adakah lawatan Perdana Menteri bertemu Pope akan menjadi salah satu lawatan yang "sederhana" juga?



Kredit : M2day
Read Full 0 comments

Najib, Rosmah MENGADAP Ratu BERSIH

Ratu Elizabeth telah menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Buckingham di tengah London pada hari Khamis. Apa yang tidak boleh dilupakan ialah pakaian berwarna kuning cerah yang dipakai oleh Ratu British, yang terkenal kerana kesopanan dan kecerdasannya.

Sama ada lucu atau tidak, Najib dan isterinya Rosmah Mansor menunduk rendah kepada Ratu walaupun jelas beliau dan isteri tidak disambut dengan permaidani merah.


Ketika diselubungi skandal cincin berlian raksasanya yang dikatakan bernilai RM24.4 juta (atau kira-kira USD 8 juta), Rosmah nampaknya telah memastikan tangannya tergenggam erat semasa mengambil gambar. Namun begitu, dia tidak mengelak daripada kelihatan memakai rantai mutiara yang bersaiz sebesar guli.

Bagaimanapun bukanlah barangan kemas mewah yang dipakai Rosmah yang diperkatakan. Tetapi pakaian kuning Ratu yang menarik perhatian.

Malahan bunga di dalam pasu turut berwarna kuning, dan ia dipercayai Ratu sengaja memilih warna itu untuk menghantar isyarat yang jelas kepada Najib kerana mengarahkan tindakan yang keras terhadap rakyatnya pada perarakan aman Sabtu lepas.

Perhimpunan Bersih 9 Julai lalu menyaksikan gas pemedih mata dan meriam air kimia telah ditembak terus kepada orang ramai yang membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur, menyebabkan beribu-ribu orang cedera dan seorang meninggal dunia. Lebih daripada 1,600 telah ditangkap dan beberapa orang yang lain kekal di dalam tahanan tanpa bicara.



Kredit : MC
Read Full 1 comments

Lepas GELANG, Berapa Pula Harga JAM TANGAN Rosmah?


Saya tidak pasti sama ada saya tersilap pandang, tetapi di dalam gambar yang sama menonjolkan gelang zebra Datin Rosmah, kita juga dapat melihat jam yang ia pakai di tangan kirinya.

Oleh kerana sifat rasa ingin tahu, kerana kebiasaannya pereka barangan kemas akan mereka bentuk satu set aksesori lengkap barangan permata, maka saya melakukan pencarian di dalam Google 'Jacob & Co zebra watch' dan akhirnya saya menemui ini dengan serta-merta!.

Dengan hormatnya, anda boleh melihatnya di sini. Walaupun ia tidak sama, kerana ia adalah jam lelaki tetapi corak zebra pada jam Rosmah agak mirip. Adakah ia berkemungkinan juga edisi terhad?. Jika benar jam Rosmah itu juga daripada Jacob & Co, berapa pula harganya?. Adakah ia lebih tinggi dari harga gelang Rosmah yang berharga RM1.65 juta atau lebih rendah?.



Kredit : FMT
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks