PETALING JAYA: Anggaran bilangan peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih lagi menimbulkan pelbagai pertikaian sebagaimana perhimpunan itusendiri. Pelbagai angka telah dikeluarkan. Semua orang mempunyai anggaran mereka sendiri - pihak penganjur, polis dan media.
Kini, seorang lelaki telah mengeluarkan jumlah peserta itu dengan pengiraan matematik, angka itu adalah sekitar 45,000 dan 50,000. Beliau adalah pengasas Politweet, Ahmed Kamal Zain.
Politweet.org adalah sebuah organisasi penyelidikan yang mengkaji interaksi Twitter di antara rakyat Malaysia dan ahli-ahli politik, telah memetakan bilangan orang yang menghadiri perhimpunan dengan menggunakan poligon.
Tetapi sebelum diteruskan dengan garisan poligon, garis masa peristiwa diperlukan untuk terlebih dahulu.
Ahmed Kamal memberitahu FMT bahawa sumber utama untuk menentukan garis masa peristiwa itu adalah berpandukan tweet dan juga gambar-gambar di dalam Twitter, ia tidak sama seperti gambar-gambar yang dimasukkan di dalam Facebook atau laman web yang lain, ia mempunyai tanda masa penting di atasnya.
"Menggunakan imej dari galeri foto sebagai rujukan, saya mula melukis poligon yang meliputi kawasan di atas peta. Saya menggunakan beberapa foto yang ditemui di dalam talian, jika ia berkualiti tinggi, ia dipadankan dengan garis masa yang saya buat," katanya. Beliau menetapkan bahawa pada kira-kira jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang orang ramai berada pada jumlah yang paling ramai.
"Anggaran orang ramai pada tempoh kemuncak ini adalah bagi kawasan yang berbeza dalam jangka masa yang sama. Ini adalah untuk mengelakkan pengiraan dua kali kerana ramai bergerak, berkembang dan semakin mengecil pada 01:00-04:00," katanya.
"Dengan menggunakan poligon, saya dapat menggunakan alatan khusus untuk menganggarkan kawasan yang diliputi dalam kaki persegi. Dengan faktor-faktor yang dinyatakan di laman web, ia bermungkinan untuk mengukur berapa ramai orang berkumpul."
"Poligon kemudian dijana berdasarkan gambar yang diambil dalam jangka masa itu di bahagian-bahagian bandar yang berlainan," katanya, menjelaskan metodologi yang digunakan pada laman web Politweet.
"Kawasan yang diliputi oleh poligon adalah dikira dengan menggunakan alat yang berasingan, dan kawasan ini kemudiannya dibahagikan dengan faktor berdasarkan kepadatan orang ramai," katanya.
"Jika orang ramai berdiri rapat bersama-sama, faktor untuk seorang untuk setiap 4 kaki persegi (seorang / 4 kaki persegi). Jika orang ramai sedang bergerak, atau gabungan orang ramai yang berdiri dekat dan jauh, maka anggarannya ialah seorang untuk setiap 5 hingga 6 kaki persegi. Faktor-faktor yang digunakan dinyatakan di setiap peta. "
Beliau telah memberi tumpuan kepada tiga kawasan bandar semasa waktu puncak - Puduraya, KLCC dan Sungei Wang Plaza. Kawasan 'panas' lain seperti Pasar Seni dikira sebagai subset ketiga-tiga kawasan atau jatuh di bawah kategori "lain-lain".
"Orang ramai di sekitar Puduraya (seperti di Bank Agro pada 12.30 tengah hari) dianggap telah menyertai orang ramai di Puduraya," katanya.
"Kumpuan yang lebih kecil dicatatkan di kawasan-kawasan lain seperti Jalan Raja Laut, Pasar Seni, dan Jalan Maharajalela dan semua ini berada di dalam kumpulan 'lain-lain' iaitu seramai 2,000 orang. Ini juga termasuk orang-orang berada di belakang Petaling Street apabila majoriti bergerak ke Puduraya pada jam 1 tengah hari," katanya.
Secara rumusannya adalah seperti di bawah:
PUDU 31,884 orang
KLCC 5,105 orang
SG WANG 3,500 orang
KL SENTRAL 5,000 orang
LAIN-LAIN 2,000 orang
JUMLAH 47,489 orang
Kredit : FMT, PoliTweet