Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.
Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.
Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.
Pihak Bersih yang diketuai Pak Samad akan cuba ke Istana Negara untuk menghantar memorandum pada pukul 4.00 ptg.
UPDATE :
2,000 orang kini terperangkap di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang berlindung di Hospital Tung Shin.
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu. Orang ramai dipercayai mahu menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.
Adalah dipercayai Sivarasa juga telah ditahan.