blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Polis, FRU Berkhemah Di UM Untuk Hadapai BERSIH 2.0

Thursday, July 7, 2011

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini mendedahkan bahawa beberapa skuad anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), telah berkhemah di asrama universiti dipercayai merupakan antara usaha mereka dalam persediaan untuk menghadapi perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu ini.



Kredit : Mkini
Read Full 1 comments

Telefon, Internet Akan DISEKAT Dalam Tempoh 48 Jam - BERSIH 2.0

Dalam tempoh 48 jam sehingga bermulanya Perhimpunan Bersih 2.0, pergerakan itu mendakwa mereka telah menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diputuskan minggu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Bersih 2.0 berkata bahawa langkah-langkah untuk menggagalkan perhimpunan ini akan membuat pihak berkuasa bertindak seperti diktator Timur Tengah.

"Bersih 2.0 mendapat maklumat bahawa mungkin ada sekatan penuh atau sebahagian talian Internet apabila kita semakin menghampiri hujung minggu ini.

"Bersih 2.0 memberi peringata kepada kerajaan persekutuan supaya membenarkan akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mudah alih 3G, laman web tertentu atau media sosial dalam apa jua cara, jika tidak pihak berkuasa akan dilihat sama sekali tidak berbeza seperti diktator Timur Tengah yang telah mengambil langkah-langkah yang sama dan tidak mendapat sebarang kejayaan, "katanya.

Jawatankuasa itu berkata penindasan, ugutan dan halangan lain tidak akan menghalang mereka untuk berkumpul di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang hari Sabtu.

"Selepas itu, kami akan bersurai secara aman," menurut kenyataan itu.

Sekiranya mana-mana langkah menindas itu berkuat kuasa, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak dan menunjukkan kecenderungan ekstrim yang tidak munasabah dalam usaha mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil.

Kredit : Mkini
Read Full 2 comments

Pengundi Akan TOLAK BN - Dr M

KUALA LUMPUR: Tindakan keras yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menambah bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Barisan Nasional jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabul hak-hak mereka.

"Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Tetapi ada beberapa orang yang berfikir bahawa kerajaan terlalu lembut ... contohnya, (ada yang bertanya) "Mengapa mereka harus membenarkan demonstrasi di dalam dewan?"

Mahathir bagaimanapun, mengelak sama ada kerajaan telah keterlaluan dalam tindakan keras ke atas Bersih, sambil berkata "itu sekadar pendapat".

"Saya fikir kerajaan berpendapat mereka perlu mengambil tindakan keras, sesetengah orang berfikir kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras. Malah di dalam kerajaan, terdapat beberapa (orang) yang setuju, dan ada beberapa (orang) yang tidak; ini adalah perkara biasa," katanya.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan telah mengambil tindakan keras ke atas aktivis dan penyokong Bersih.

Dengan mengambil pendirian keras, polis telah menahan ramai orang yang hanya memakai baju-T Bersih. Pejabat Bersih di Petaling Jaya telah di serbu tanpa waran, dengan beberapa penganjur kumpulan itu dipanggil untuk disoal siasat.

Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, ditahan kerana memiliki kemeja-T yang menampilkan wajah-wajah pemimpin komunis. Enam daripada mereka telah ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Kementerian dalam negeri juga telah bertindak keras untuk menghapuskan Bersih, terus menganggap ianya menyalahi undang-undang, walaupun NGO ini mendapat pengiktirafan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.



Kesan menjejaskan

Untuk demonstrasi, Mahathir berkata bahawa mereka hanya boleh dibenarkan jika sudah tidak mempunyai jalan lain.

"Jika anda mahu berdemonstrasi, lakukan apabila sudah tiada cara lain untuk menyuarakan pandangan," katanya, sambil menambah bahawa tuntutan pilihan raya Bersih dapat diselesaikan dengan cara yang lain.

Beliau juga berkata demonstrasi adalah hak kebebasan yang dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi.

Walau bagaimanapun, dengan melihat Mesir sebagai contoh, beliau memberi amaran bahawa perhimpunan yang berterusan mungkin mempunyai kesan yang menjejaskan sesebuah negara.

"Anda perlu berhati-hati setiap kali anda melakukan perkara ini. Saya baru pulang dari Mesir ... mereka melakukan demonstrasi besar untuk menumbangkan kerajaan. Tetapi selepas itu, mereka masih melakukan demonstrasi," katanya.

Mahathir menambah bahawa sebagai kesan daripada demonstrasi yang berterusan di sana, negara itu telah mengalami kemerosotan ekonomi.

Beliau juga berkata bahawa dia mengetatkan kawalan demonstrasi dari kedua-dua belah pihak politik ketika beliau berkuasa.

"Pada tahun 1986, apabila Umno mahu menunjukkan kekuatan, mereka mahu membawa masuk 500,000 orang ke Kuala Lumpur. Kami menghalangnya. Bukan sahaja kepada pembangkang, kita juga menghalang walaupun dari pihak kerajaan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengelak apabila merujuk kepada komen pedas anak perempuannya Marina Mahathir terhadap penghapusan Bersih.

"Saya tidak selalunya bersetuju dengan anak perempuan saya, tetapi itu adalah haknya. Saya memberikan kebebasan demokrasi. Saya tidak ada pendapat (mengenai dirinya)," katanya sambil ketawa.

Marina sebelum ini mengutuk kerajaan seperti "negara dunia ketiga", dan menyerang pihak-pihak tertentu yang melakukan serangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan.


Kredit : FMT
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks