KUALA LUMPUR: Beberapa penganalisis berkata perubahan tempat untuk perhimpunan Bersih menyebabkan ianya memberi kesan yang kurang 'efektif' dan menjadi isyarat kemenangan bagi pentadbiran Najib.
"Ia tidak akan memberi kesan yang sama," kata penganalisis politik Ong Kian Ming.
Beliau menyifatkan perubahan tempat - dari jalan raya ke stadium - sebagai "kemenangan strategik" bagi Barisan Nasional (BN).
Azmi Sharom dari Universiti Malaya bersetuju bahawa ia adalah kemenangan bagi parti pemerintah, tetapi beliau menggelarnya sebagai
"kemenangan kotor".
"Akhirnya yang rugi adalah Bersih," katanya.
"Idea asalnyanya adalah untuk mendapatkan kepercayaan, dan di ungkapan di jalan raya."
Tujuan penyokong Bersih untuk turun ke jalan raya pada 9 Julai ini adalah untuk menuntut reformasi di dalam proses pilihan raya. Acara ini dipanggil
"Berjalan untuk Demokrasi" (Walk for democracy).
Azmi menyalahkan Pemuda Umno, Perkasa, dan pihak polis yang telah menyemai rasa takut kepada penyokong Bersih. Beliau merujuk kepada tiga kumpulan sebagai
"subkontraktor parti pemerintah".
Seorang lagi penganalisis, James Chin, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengendalikan isu ini dengan bijak.
Beliau berkata:
"Selepas Raja campur tangan, Bersih tidak mempunyai pilihan. Mengapa? Kerana sebahagian besar daripada penyokongnya adalah orang Melayu dan mereka tidak mahu dilihat sebagai derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Penyokong Bersih mungkin melihat tindakan Ambiga ini sebagai mengalah." S Ambiga adalah Pngerusikan jawatankuasa Bersih 2.0.
Para penganalisis mengkritik penglibatan Pakatan Rakyat di dalam yang keterlaluan. Mereka berkata penglibatan Pakatan telah menghilangkan sifat bukan partisan pergerakan itu.
"Sepatutnya Pakatan yang harus mengikuti Bersih, bukan sebaliknya," kata Azmi.
Penganalisis Koo Kay Peng menuduh Pakatan Rakyat cuba untuk "merampas" perarakan itu untuk digunakan sebagai platform mereka untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kredit : MC