Nampaknya terdapat beberapa kekeliruan di kalangan jawatankuasa BERSIH itu. Jika tujuan pengumuman Agong semalam untuk mencampakkan
kucing di dalam sekumpulan merpati maka sudah tentu ia berjaya. Nampaknya ada orang lain yang pernah juga membaca Sun Sze.
Bagaimanapun, ketika anda sedang membaca ini, jawatankuasa BERSIH sedang di dalam sesi mesyuarat untuk memutuskan apakah tindak balas terhadap 'titah' Seri Paduka Baginda itu. Titah bermakna perintah diraja.
Persoalannya di sini ialah: adalah ia benar-benar titah Seri Paduka Baginda atau adakah ianya direka untuk Baginda? Kebanyakan rakyat Malaysia kini telah memahami bagaimana sistem bekerja dan tidak lagi kagum dengan perintah atau arahan diraja.
Dua ahli keluarga saya sendiri pernah duduk di atas singgahsana sebagai Agong - supaya kita tahu itulah Seri Paduka, pada baik, tinggal di sebuah sangkar berlian bertatahkan emas. Sangkar itu semestinya dibuat daripada emas dan berlian, tetapi ia tetap sebuah kurungan.
Ingat kembali pada lewat tahun 1950 apabila Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia dan Tuanku Abdul Rahman merupakan Agong yang pertama? Seorang menteri kabinet Inggeris cuba meredah masuk ke pejabat Tunku tanpa membuat temu janji dan Perdana Menteri enggan untuk berjumpa dengannya. Malaysia, selepas semua itu, telah mencapai kemerdekaan dan tidak lagi menjadi tanah jajahan British jadi Kwailo ini fikir dirinya siapa?
Tidak lama kemudian, semasa beliau bersama dengan YDP Agong, menteri kabinet Inggeris ini telah mengadu kepada Baginda dan mencadangkan supaya Baginda memecat Perdana Menteri kerana kurang ajar.
Mendengar cadangan itu Seri Paduka Baginda Agong menjawab bahawa di Malaysia bukan Raja yang menyingkirkan Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri yang menyingkirkan Raja.
Itu berlaku 50 tahun yang lalu dan sejak itu tidak banyak perkara yang berubah. Malah, sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan Perdana Menteri 30 tahun lalu, ia telah menjadi lebih buruk.
Bukankah Dr Mahathir orang yang terlibat dalam Krisis Perlembagaan Diraja pada pertengahan 1980-an di mana UMNO secara terbuka dan lantang mengingatkan Baginda bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa Raja menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Sultan menerima nasihat daripada Menteri Besar?
Ramai rakyat Malaysia pada masa itu memuji-memuji usaha Dr Mahathir sebagai 'berani' kerana 'mengecilkan kuasa diraja'. Dan Seri Paduka telah dihantar kembali ke istana mereka dengan ekor diraja berada pada kaki mereka, secara kiasannya.
Hari ini, berapa ramai yang percaya bahawa Raja-Raja telah membuat keputusan mereka sendiri? Berapa ramai yang percaya bahawa kenyataan dari Istana Negara adalah merupakan satu kenyataan dari mulut Baginda Seri Paduka Agong?
Tidakkah Istana Negara itu terletak secara langsung di bawah Jabatan Perdana Menteri? Dan sejak di zaman Dr Mahathir kenyataan dari Istana Negara disemak oleh Jabatan Perdana Menteri dan diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum ia boleh dikeluarkan? Dan bukankah ia sudah menjadi prosedur bahawa Jabatan Perdana Menteri mendraf semua kenyataan dan ucapan Seri Paduka Agong?
Saya masih ingat ketika Almarhum Sultan Johor menjadi di-Pertuan Agong dan, seperti biasa, dia membacakan ucapannya yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri. Baginda tidak pernah melihat ucapan itu sehinggalah tiba masanya untuk menyampaikan dan jelas beliau bergelut dengannya.
Selepas baginda berucap separuh jalan, dengan wajah Seri Paduka yang meradang dan menempelak: siapa tulis ni?
Tetapi kemudiannya Baginda Sultan Johor telah dikenali kerana kegemarannya melakukan sesuatu yang 'diluar skrip' seperti peristiwa baginda melompat pagar semasa perlawanan bola sepak atau turun daripada pentas VVIP untuk mencuba sendiri menunggang superbike semasa perarakan Hari Merdeka.
Jarang sekali di Malaysia kita melihat di-Pertuan Agong yang 'berwarna-warni' sejak 53 tahun Merdeka dan mungkin ia tidak akan berulang kembali.
Jadi itulah ia: cerpen saya mengenai sistem beraja di Malaysia dan mengapa BERSIH mesti meneliti sama ada titah dari Agong yang dikeluarkan semalam perlu lagi diperjelaskan sebelum jawatankuasa membuat keputusan sama ada untuk membatalkan perhimpunan BERSIH yang dirancangpada SABTU, 9 Julai, 2011 atau meneruskannya. Dan selepas hari ini kita akan tahu jawapan kepada soalan itu.
***********************************
PERKEMBANGAN TERKINI
BERSIH akan berusaha mengadap Tuanku Agong untuk mendapatkan penjelasan mengenai titahnya semalam. Jika jelas Baginda ingin mengelakkan sebarang masalah keselamatan dan ingin perarakan dibatalkan, BERSIH akan cuba berkompromi.
Salah satu kompromi itu adalah dengan mengadakan perhimpunan di stadium dan bukan berarak di jalan-jalan rayaseperti yang dirancang pada awalnta. Stadium Merdeka merupakan salah satu stadium itu yang dicadangkan.
Jawatankuasa BERSIH kelihatan berbeza di dalam perkara ini. Tidak hairanlah kerana tidak ramai yang mahu dilihat sebagai durhaka dengan mengabaikan titah baginda - jika ia benar-benar adalah titah Seri Paduka Baginda.
Ada yang berpendapat bahawa pengerusi BERSIH mungkin menjadi takut dengan perkembangan terbaru ini daripada titah Seri Paduka Agong - ditambah pula dengan amaran penglibatan tentera, lebih ramai tangkapan dan penahanan tanpa bicara dibuat, seramai 4,000,000 ahli silat akan menentang BERSIH , Versi 13 Mei 2.0, dan penganut Islam mengisytiharkan jihad terhadap BERSIH, dan lain-lain.
Jika Ambiga merasakan bahawa perkara ini telah menjadi tidak terkawal dan telah menjadi sangat berbahaya, maka beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan untuk membenarkan orang lain yang lebih bersedia mengambil alih tempatnya. Kami boleh faham mengapa, kerana Ambiga kini hidup di bawah keadaan tekanan dan ketakutan berdasarkan keadaan semasa, dan tiada siapa yang akan menyalahkan beliau jika dia melepaskan tanggungannya.
Walau bagaimanapun, sama ada perarakan BERSIH akhirnya digagalkan, atau akan diadakan di stadium, atau berjalan seperti yang dirancang, mesej utamanya telah sampai. Apa yang BERSIH mahu lakukan ialah untuk menarik perhatian kepada keperluan untuk reformasi pilihan raya dan kini ia telah dicapai.
Mari kita tunggu dan lihat ke manakah arah BERSIH selanjutnya...
Kredit :
m2day