blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ayah MAHU Namakan Anaknya MEGATRON

Wednesday, June 29, 2011
Seorang lelaki telah melancarkan kempen di dalam Facebook untuk menamakan anaknya yang masih di dalam kandungan dengan nama 'Megatron' watak Transformers jahat.

Jika dia menerima 1,000,000 'Likes', isterinya akan bersetuju dengan nama itu.

Halaman bayi Megatron itu kini telah mendapat 'Like' lebih daripada 360,000 kali.

Lelaki itu menulis di dinding Facebook beliau: "INI BUKAN jenaka, saya BENAR inginkan anak saya dipanggil Megatron ... Kenapa 1,000,000 'LIKE'? Kerana isteri saya berpendapat bahawa ia tidak mungkin untuk mendapatkan 1,000,000 'LIKE' & bersetuju dengan cabaran ini?"

Dalam posting terbaru beliau, katanya: "YA, saya akan memuat naik gambar, salinan sijil kelahiran & rasa TERIMA KASIH di atas sokongan anda apabila Megatron lahir ke dunia pada 12 Ogos 2011."



Kredit : www.digitalspy.co.uk
Read Full 0 comments

TELAN Puluhan Ribu Duit RASUAH Untuk HILANGKAN BUKTI

anton_gritsay_arrest_europics_172e2df9c4dd5d62a44d75367a4311f5.jpg (400×225)



ZELENOGRAD - Lelaki Rusia ini memang nekad. Demi untuk menghilangkan barang bukti mengambil rasuah, seorang pegawai kerajaan di Rusia nekad memakan wang puluhan ribu Rubel (matawang Rusia).

Pemuda bernama Anton Gritsay (38), yang merupakan Ketua Bahagian Keselamatan di Zelenograd mendapat maklumat bahawa dirinya akan segera ditangkap. Gritsay kemudian menguncikan dirinya di dalam tandas.

Tidak lama kemudian polis menyerbu masuk ke dalam pejabatnya untuk mebuat tangkapan. Secara diam-diam rupanya dia sudah memakan habis wang rasuah yang diterimanya.

Sayangnya, langkah menghapuskan bukti Gritsay ini diketahui polis. Lalu pihak polis membawa pemuda berusia 38 tahun ini ke hospital. Sebaik tiba di hospital, apa kata doktor bedah?

Wang sebanyak 35 ribu Rubel ditemui di dalam perut Gritsay. Wang yang dipercayai hasil rasuah itu boleh menjadi bukti untuk mengheretnya ke pengadilan. Penangkapan itu sendiri dirakamkan oleh petugas.

Seorang jurucakap polis berkata penangkapan terhadap Gritsay berasal dari maklumat yang dikumpulkan. "Kami telah menyiasat aduan yang diterima bahawa ia telah menerima rasuah kerana melepaskan suatu pelanggaran dalam pemeriksaan standard keselamatan kebakaran," kata juru bicara polisi seperti dikutip dari orange.co.uk, Rabu (29/6/2011).

Gritsay akhirnya mengaku bersalah menerima rasuah dan kemudian dibebaskan dengan jaminan. Ia telah dipecat dari pekerjaannya.

Modus menghilangkan barang bukti dengan memakan wang bukan pertama kali berlaku di Rusia. Pada Mac 2010, seorang polis di wilayah Chelyabinsk juga memakan wang rasuah bernilai 2.000 rubel. Pemegang rekod sebelum ini iaitu polis dari wilayah Saratov juga menelan 15.000 rubel pada Mac 2011.
Read Full 0 comments

LEHER Wanita TERSEPIT Pada PINTU BAS

Wanita malang ini pasti tidak akan dapat melupakan peristiwa apabila lehernya tersepit pada pintu bas yang tertutup. Penumpang ini ingin pergi ke bandar Maanshan, Wilayah Anhui China, apabila pemandu bas itu tidak sabar-sabar menutup pintu ketika kepalanya masih terjulur keluar.

Wanita itu di dalam kesakitan manakala pemandu bas yang tidak sedar dengan insiden itu.

Aduh: Kepala wanita ini tersepit di lehernya apabila pintu bas tertutup.


Ada penumpang yang terpinga-pinga melihat wanita itu di dalam kesakitan.

Nasib baik ada rakan penumpang yang menyedari kejadian itu dan menjerit kepada pemandu supaya berhenti dan membuka pintu bas.


Sebaik saja pintu bas dibuka, wanita yang malu dengan kejadian tersebut terus keluar daripada bas sambil menggosok lehernya, tanpa mengadu.
Read Full 4 comments

Pegang Watak SUU KYI, Michelle Yeoh DIHARAMKAN Masuk Myanmar

Michelle Yeoh (kiri) dan ikon demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi


YANGON - Bintang Hollywood Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem yang akan datang, telah dihantar pulang oleh Myanmar dan disenaraihitamkan, menurut laporan AFP.

"Dia tidak mempunyai peluang untuk memasuki Myanmar lagi. Dia terus pulang dengan penerbangan pertama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon," kata seorang pegawai Myanmar kepada AFP.

Seorang lagi pegawai lain berkata pelakon wanita itu kini telah disenarai hitam tetapi dia tidak memberikan sebarang sebab.

Gadis Bond kelahiran Ipoh itu telah bertemu dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi di rumahnya di Yangon pada Disember lalu selepas melakonkan adegan tembak menembak di Thailand.

Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Michelle Yeoh sebagai Aung San Suu Kyi dan David Thewlis sebagai suaminya, Michael Aris


Suu Kyi dibebaskan pada November lalu selepas tujuh tahun dikenakan hukuman sebagai tahanan di rumah, kurang daripada seminggu selepas pilihan raya dimana ramai pengkritik berkata langkah itu penuh kepura-puraan dan bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan tentera bertopengkan seorang awam di Myanmar.

Pada tahun 1990 parti Liga Demokrasi Negara pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen tetapi tidak pernah diiktiraf oleh pemerintah tentera Myanmar.

Yeoh, 48, bekas Miss Malaysia, mula terkenal di peringkat antarabangsa selepas ia berlakon bersama dengan Pierce Brosnan pada tahun 1997 dalam filem James Bond "Tomorrow Never Dies".

Dia juga membintangi dalam produksi Ang Lee "Crouching Tiger, Hidden Dragon" dan "Memoirs of A Geisha" berdasarkan novel terlaris karya Arthur Golden.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks