blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ziarah Ke Kubur Pak Uda : Man Kadir @ Pak Jabit

Tuesday, June 28, 2011

Petang tadi aku ditemani oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Gajah (Sdr Adanan) menziarahi makam Allahyarham sahabatku Sdr Zami Ismail. Kebetulannya tika itu anak kedua Allahyarham Sdr Mohd Yamashita (Mat Bros) bersama isteri dan anak lelakinya ada sama. Terasa amat sayu kehilangan sahabatku itu.~Al-Fatehah : Man Kadir
Read Full 0 comments

CIUMAN Gadis Ini GAGALKAN Percubaan BUNUH DIRI


Liu Wenxiu secara tiba-tiba popular di China. Gadis 19 tahun ini berjaya menggagalkan usaha seorang pemuda untuk bunuh diri dengan ciumannya.

Kisahnya bermula ketika dia keluar berbelanja bersama teman-temannya di sebuah pusat membeli belah di Shenzhen, Wilayah Guangdong. Sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran, mereka terlihat ramai pengunjung sedang mengerumuni sesuatu. Rupa-rupanya, mereka sedang menonton seorang pemuda yang hendak menghiris lehernya dan terjun dari tingkat atas.

Liu melihat tiada seorangpun yang berusaha untuk memujuk pemuda itu. Malah polis di sekitarnya hanya sekadar berjaga-jaga.

Liu berlari mendekati pemuda itu tetapi polis telah menghalangnya. Tidak putus akal, ia mengaku kepada polis bahawa dia aalah teman wanita pemuda itu, dan pemuda itu hendak bunuh diri kerananya. Sebenarnya cerita itu hanya rekaan Liu sahaja.

“Saya hanya ingin mendekatinya, mengajaknya berbual, dan syukur dia menangguhkan niatnya,” katanya.




Liu mendekati pemuda itu dan mengajaknya berbual, barulah diketahui bahawa pemuda itu telah berputus asa kerana masalah keluarga. Kerana Liu juga seorang anak yang pernah melalui perpecahan di dalam keluarga, ia memahami perasaan pemuda itu. Lalu mereka dapat berbual panjang.

Entah apa yang mereka bicarakan, yang pastinya hati pemuda itu semakin lunak. Liu kemudian berjalan perlahan mendekatinya, merangkulnya, dan kemudian menciummnya. Pemuda itu melepaskan pisau, dan membiarkan petugas pemadam kebakaran membantunya melepasi pagar dan menyelamatkan dirinya.


Liu WenXiu

Apa yang mereka bualkan? Liu merahsiakannya. “Ceritanya menyentuh hati saya. Secara tiba-tiba saya berasa sangat memahaminya dan terasa seperti saya adalah teman wanitanya,” katanya, tersipu malu.



Kredit : CZ
Read Full 2 comments

Siapa KOMUNIS Sekarang?

Pihak polis berkata, mereka sedang menyiasat 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana disyaki memulihkan semula fahaman komunisme dan telah "melancarkan perang terhadap raja".

Buktinya? T-shirt yang mereka pakai terdapat gambar bekas pemimpin komunis Malaya dan beberapa risalah tentang Bersih 2.0 dan PSM.

Menambahkan lagi perisa di dalam dakwaan ini, Bersih 2.0 didakwa telah dibiayai oleh kumpulan-kumpulan Kristian dari luar negara.

Nampaknya ia kelihatan sepeti Kristian telah membayar kepada pihak komunis untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil untuk mengambil alih Malaysia.

Dan kita di Malaysia tidak suka kepada komunis, kita telah berjuang menentang mereka pada 1948-1960 ketika Darurat. Mereka akhirnya meletakkan senjata mereka pada tahun 1989, 15 tahun selepas terjalian hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Beijing, penaung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.

Ironinya adalah, UMNO mempunyai rakan-rakan seperti Parti Komunis China dan Parti Buruh Korea Utara.

Pak Samad selepas keluar dari Balai Polis semalam.

UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) dan memerintah negara ini menggunakan pihak polis untuk memanggil sasterawan negara seperti A. Samad Said kerana membacakan puisi di dalam satu acara Bersih.

Bukankah tindakan itu sama seperti China yang menahan seorang seniman Ai Wei Wei kerana menyuarakan pandangan beliau? Siapa komunis sekarang?

Ai Wei Wei


Amat mudah untuk menuduh sesiapa pun sebagai komunis di Malaysia ini walaupun sosialis ternyata sangat jauh berbeza daripada komunis. Sama ada mereka yang memakai kemeja-T Abdullah CD atau Che Guevara yang mudah didapati di Pasar Seni di Kuala Lumpur atau kedai-kedai kecil di tempat lain.

Tetapi itu adalah pandangan cetek. Mereka nampaknya telah menggunakan taktik keras ini, dan melabelkan seseorang yang meluahkan pandangan peribadi, adalah seorang komunis.



Kredit : TMI
Read Full 1 comments

Laman Web SUARAM Digodam, Ada Kaitan Dengan BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR: Penggodam telah berjaya merosakkan laman web pertubuhan hak asasi tempatan Suaram hari ini, dan ia dipercayai antara sebahagian daripada “tindakan keras” serangan terhadap aktivis sejak kebelakangan ini.

Penyelaras Suaram E Nalini berkata pencerobohan ini telah dikesan pada jam 6.45 ptg hari ini dan NGO masih cuba mendapatkan pakar-pakar teknologi maklumat untuk memulihkan laman web, yang telah sepenuhnya digantikan dengan satu halaman tunggal “Indonesiancoder Team”.

Logo senapang AK-47S berkembar kelihatan di bawah tulisan tajuk berapi manakala di bawahnya pula ialah mesej perkataan “Hacked by Dr. Cruzz”. Ikon laman web pula digantikan dengan wajah demon dan latar belakang berwarna kelabu dengan animasi salji.

Bacaan ayat al-Quran juga dimainkan menjadi latar belakang halaman ini.

Juga terdapat tulisan-tulisan pada laman web itu seperti “Marhaban Ya Ramadhan that will come soon” dan “Get the Codes and Feel the Soul”.

“Kami tidak tahu apa yang telah terjadi tetapi kami mengesyaki ia ada kaitan dengan 'tindakan keras' terhadap aktivis-aktivis kami yang dilihat menyokong Parti Sosialis Malaysia and Bersih,” Nalini memberitahu FMT.

Beliau berkata keadaan laman web begitu teruk digodam sehingga arkib maklumat tidak dapat diakses.

“Kami pernah digodam pada Oktober 2008 ketika waktu itu (penulis blog) Raja Petra (Kamarudin) telah ditahan,” Nalini berkata sambil menambah bahawa ia mengambil beberapa bulan sebelum laman web itu berjaya dikembalikan sepenuhnya.

UPDATE : Laman web Suaram.net ketika ini dipautkan kepada halaman facebook SUARAM sementara usaha memulihkan dilakukan.


Kredit : FMT
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks