Captain America
Komik
The Marvel dengan superhero
Captain America merupakan satu ikon paling popular di Amerika.
Beliau adalah seorang lelaki tipikal Amerika biasa yang jujur dan suka kepada kebaikan tipikal dan penuh dengan nilai-nilai murni seperti mempertahankan orang yang tertindas, berjuang untuk kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman dan penindasan. Dia mempunyai kuasa super kelajuan dan ketangkasan untuk melawan orang jahat di zamannya, iaitu Nazi. Malah trailer untuk filem ini juga agak baik!
Di Malaysia, kita juga perlukan superhero, iaitu (bunyikan drum-roll!), Kapten Malaysia, pembela kebenaran dan keadilan, mempunyai nilai-nilai murni yang sama seperti juga Kapten Amerika. Kita perlukan ikon yang boleh menjadikan impian Malaysia yang besar menjadi kenyataan.
Tetapi apa yang kita ada sekarang ialah Kapten Melayu! Membosankan! Siapa dia Kapten Melayu? Kenapa, tidak ada orang lainkah selain Ibrahim Ali?. Sudah tentu. Ketua Perkasa adalah Kapten Melayu kerana dia menjuarai memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan lebih daripada itu, beliau sentiasa melontarkan komen-komen perkauman terhadap orang Cina.
Kapten Melayu?
Tidak lemah dan flip-flop
Dimanakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sepatutnya menjadi Kapten Malaysia? Ya, suaranya telah tenggelam di dalam suara perang yang datang dari Kapten Melayu dan konconya, Timbalan Perdana Menteri, alias Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimana beliau masyhur dengan slogan
'I am Malay first and Malaysian second' (Melayu Dahulu, Malaysia Kedua).
Najib yang lemah tidak mampu untuk mengeluarkan atau membuat sebarang pendirian politik kerana takut tersingkir daripada parti UMNO.
Semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras semestinya memberi undi mereka kepada Kapten Malaysia. Jika Najib gagal menjadi Kapten Malaysia, kita mesti mengundi seseorang yang dapat memenuhi peranan itu, dan sekarang orang itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim!
Semuanya adalah tentang masa, untuk mengeluarkan Malaysia daripada belenggu kemurungan, dan menaikkan semula kecemerlangan nasional seperti era tahun 1950 apabila Malaysia mendahului di dalam Inggeris dan ekonomi di rantau ini. Sekarang kita telah jauh ketinggalan. Kita perlu 'peremajaan' dan 'penyegaran' semula. Sekarang ialah masa untuk diri kita, kita perlu bersedia untuk melakukan beberapa tugas yang penting.
Dan tugas penting yang pertama sekali perlu dilakukan ialah pentingnya mengundi (kerajaan) alternatif yang lain sebagai Kerajaan Persekutuan akan datang. Selepas itu barulah reformasi sebenar dapat dijalankan, rasuah dan kepincangan di dalam sistem kerajaan akan dirawat.
Jadi, nampaknya ada satu kekosongan untuk menjadi Kapten Malaysia. Siapakah yang paling layak mengisinya? Kemudian yang paling layak mengisinya, selepas itu barulah kita dapat mula bersaing dan melihat kekayaan ekonomi negara kita lebih berkembang. Malaysia memerlukan superhero! Sudah pasti kita tidak perlukan Ibrahim Ali sebagai Kapten Melayu.
Persoalannya, adakah rakyat atau masyarakat umum akan mengundi dengan bijak?
Kapten Harimau Malaya, Mohd Safiq Rahim
Kredit : MC