Khairi Jamaluddin
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Beliau juga merupakan menantu kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah berkahwin dengan Nori Abdullah.
Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).
Beliau hanya muncul di dalam politik ketika di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-4, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketika itu beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato' Seri Hishamuddin Hussein.
MENYERTAI PILIHANRAYA
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Khairy bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan. Khairy telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26525 mengalahkan calon lawan ialah Badrul Hisham Shaharin dari PKR mendapat 20,779 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 77% . Undi rosak sebanyak 1086.
Walaupun Khairy telah diumumkan secara rasmi sebagai Ahli Parlimen Rembau setelah memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, ia dikatakan memenangi kerusi tersebut melalui penipuan undi dalam pilihan raya. Dilaporkan bahawa semasa proses pengiraan Khairy kalah 800 undi di belakang pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin, sebelum proses pengiraan semula diminta. Dan selepas proses pengiraan semula dibuat Khairy mendahului dengan 5,746 undi.
BERTANDING KETUA PEMUDA UMNO
Pada 17 September 2008, beliau mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, seramai 40 ketua pemuda UMNO seluruh Malaysia turut hadir menyatakan sokongan. Antara yang hadir ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan; exco Pemuda Datuk Rezal Merican Naina Merican dan ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Turut bertanding jawatan tersebut ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.
Pada tahun 2009, Khairy bertanding sebagai calon bagi Ketua Pemuda UMNO yang baru setelah pendahulunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan jawatannya. Namun demikian, kontroversi tercetus apabila Khairy dibenarkan bertanding oleh Lembaga Disiplin UMNO walaupun dia didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang, sementara pesalah lain yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama, seperti Mohd Ali Rustam yang sepatutnya bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO, tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan masing-masing. Namun demikian, Khairy menafikan tuduhan tersebut, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan di laman blognya.
Khairy Jamaluddin memeluk isterinya Nori Abdullah semasa para penyokongnya meraikan kemenangannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan pergerakan UMNO ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Daniyar Nazarbayev
Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.
Latar belakang Daniyar, mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana 'tuah' nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya, Maira Nazarbayev selepas bercerai dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.
Pada Oktober 2006, New York Post melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street. Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Tidak pasti sama ada ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar ada melaporkan ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,”.
Daniyar, 22, menuntut di Universiti Columbia, New York dan mula mengenali Nooryana Najwa ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat.
BERTUNANG
Daniyar bersama bakal isteri Nooryana Najwa
Pada 17 Jun 2011, Daniyar Nazarbayev secara rasmi telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya. Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka selain kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
*****************************************************
Apakah selepas Daniyar menjadi menantu kepada Perdana Menteri, ia akan mengikuti jejak langkah Khairi Jamaluddin untuk menceburi di dalam politik?. Ia bukan sesuati yang mustahil, sedangkan Rosmah yang sekadar isteri Perdana Menteri boleh mempunyai kuasa 'lebih' daripada seorang menteri, inikan pula menantu.
Khairi Jamaluddin sudah membuktikan, dia mampu menjadi Ketua Pemuda selepas Pak Lah menjadi PM. Tetapi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri termuda sebelum berusia 40 tahun terbantut selepas Pak Lah meletak jawatan.
Mungki Daniyar yang masih muda, 22 tahun mampu menyambung cita-cita KJ untuk menjadi Perdana Menteri termuda demi menjaga legasi kekuasaan Rosmah. Dan KJ hanya mampu sekadar menjadi
'beruk-beruk di jalanan'...