blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pemuda Dikurung Ayah DALAM KOTAK 8 Minggu, Kerana MENCURI AYAM

Friday, June 17, 2011

Seorang ayah telah mengunci anak lelakinya yang berumur 21 tahun dalam sebuah kotak kayu yang sempit — sebagai hukuman kerana mencuri ayam.

Di tingkat bawah di rumahnya di Santa Cruz, Bolivia, Johan Knelsen tinggal di dalam sangkar seakan almari fail selama lapan minggu sebelum polis membebaskannya.

David Knelsen, seorang ayah berasal dari Kanada, memberitahu pihak berkuasa bahawa anak lelakinya mempunyai masalah mental dan hendak menghukum anaknya kerana mencuri tiga ekor ayam.

Dia mengurung anak lelakinya di dalam sebuah kotak kayu selama lapan minggu kerana mencuri ayam-ayam

Media tempatan turut melaporkan Johan termasuk di dalam senarai kesalahan bapanya kerana menggunakan sebuah telefon.

Keluarga ini bermazhab Mennonite, pengikut yang taat dengan kitab Bible dan mengelakkan dari penggunaan sebarang teknologi.

Ketika Johan dikeluarkan dari kotak, pihak polis menemui ia duduk bersesak bersama bantal-bantal dan botol-botol berisi air kencing.


Melihat keluar . Johan hanya mempunyai satu tingkap kecil

Johan berkata: "Saya berada di luar rumah, dan apabila saya balik ke rumah mereka marah dengan saya. Ada di antara mereka mengikat dan meletakkan saya di sini sejak lapan minggu lalu.

"Saya makan dan tidur di sini. Semuanya di sini. Saya makan dan minum air dan mencuci di sini."

Peguam pendakwa yang mengendali kes ini berkata tindakan mengunci seseorang seperti itu satu adalah satu kesalahan undang-undang.


Sempit. Kotak ini kelihatan seperti satu almari fail di tingkat bawah rumah


Ever Merida menambah: "Tidak dibenarkan sama sekali seorang budak lelaki secara fizikal dan psikologi diseksa di dalam sebuah penjara. Ia merupakan pencabulan undang-undang Bolivia."

Di bawah arahan polis, bapa Johan membuka kotak dan mengeluarkan pemuda malang itu.


Kredit : TheSun UK
Read Full 1 comments

Kanak-Kanak 2 tahun, Tikam ATUK Kerana DILARANG MEROKOK

PASURUAN – Kes kanak-kanak merokok, kembali muncul di Pasuruan. Walaupun masih kanak-kanak, namun dia sangatlah mahir menghisap rokok di tangannya.

Khoirul Anam (2) seorang kanak-kanak lelaki, anak ketiga pasangan arwah Asmad dan Salamah (27) ini telah menarik perhatian penduduk Kota Pasuruan, kerana telah mahir merokok diusia kecil.

“Rokok kretek, katanya seperti coklat. Tetapi kalau rokok filter, rasanya seperti gula-gula. Setiap hari, Khoirul hanya merokok tidak lebih dari tiga batang,” kata Slamet, atuk kepada Khoirul Anam, ketika ditemui, Khamis (16/6/2011).

Slamet menjelaskan cucunya mula merokok seawal jam 07:00 pagi selepas mandi. “Kemudian dia merokok kembali  pada siang hari sekitar pukul 12:00 tengahari. Kadang-kadang ia juga merokok pada waktu petang atau pun malam hari,” jelas Slamet.

Bukan perokok biasa, malah Khoirul juga memiliki rokok kegemaran. Soal seleranya lebih menyukai rokok yang ada filternya berbanding kretek, kerana dirasa lebih enak.

“Kalau rokok kretek, biasanya sebatang tidak habis (dihisap). Tetapi, jika rokok filter seperti Gudang Garam Surya dan LA, pasti dia hisap habis,” katanya lagi.



Selain merokok Khoirul Anam juga gemar meminum kopi. Setiap hari selain rokok, khoirul Anam pasti meminta segelas kopi

“Setiap hari cucu saya ini juga suka meminum kopi. Setiap hari dia habiskan satu gelas besar. Seperti rokok dan kopi tidak boleh dipisahkan dari hidupnya,” jelas Slamet.

Slamet mengatakan dia bukan tidak pernah melarang cucunya untuk tidak merokok, namun kebiasaan merokok Khoirul sangat sukar untuk diberhentikan.

"Ketika pertama kali ida merokok, saya sempat melarang. Dan saat itu juga, saya langsung ditikam pisau. Akibat tikaman itu, perut saya mendapat 4 jahitan. Pertama kali dia merokok, ketika berusia 20 bulan. Kali terakhir, pada hari Ahad (12/6/2011) dia tikam tangan saya, kerana saya larang merokok" tambah Slamet.





Betul ke kena tikam? Dahsyat juga...baru berusia 20 bulan dah pandai nak tikam perut orang. Lepas tu orang dewasa tak boleh elak pula tikaman dari budak yang tak sampai 2 tahun tu...hmmmmm : Author Faethal
Read Full 4 comments

PEMBONCENG Motosikal Paling COMEL


Mungkin inilah dia pembonceng motosikal PALING COMEL di dunia. Menurut penghantar gambar ini, pada awalnya ia menyangkakan pembonceng motosikal ini adalah seorang lelaki yang berpakaian kostum anak patung beruang. Kemudian akhirnya barulah ia sedari sebenarnya itu adalah anak patung beruang yang sagat besar.

"Mungkin ianya adalah harijadi 'seseorang' di rumah" tambah pengirim lagi..

Read Full 2 comments

Asyik BERCUMBUAN Di Sebalik RUSUHAN Dan GAS PEMEDIH MATA


Ditengah kekecohan ditengah bandar setelah penyokong Vancouver Canucks membuat rusuhan setelah pasukannya gagal memenangi Piala Stanley. Banyak kejadian kebakaran, rompakan dan pergaduhan berlaku sepanjang rusuhan Vancouver 2011. Pastinya pelbagai reaksi berbeza dapat dilihat setelah keghairahan diluahkan di jalanan.

Pada masa yang sama juga, ada pula sepasang kekasih asyik bercumbuan di jalanan. Tetapi ia tidak akan bertahan lama.

Apabila sebuah foto unik pasangan kekasih ini bermesra dan bercumbu disebalik tembakan gas pemedih mata yang ditembak pihak polis pada pagi Khamis lalu, sudah pasti ia menjadi perlumbaan kepada pihak media untuk mendapatkan berita tentangnya.

Dan yang pastinya, akan ada seribu pertanyaan ditimbulkan media. Siapakah mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Dan siapa yang dapat mengesan mereka terlebih dahulu?

"Kami sedang mencari pasangan bercium di dalam foto ini," menurut tweeted CBC News pada pukul 10.00 pagi Khamis. "Anda kenal mereka?"

Permulaan yang baik. Lagipun, Twitter seperti kebiasaannya dapat mendapatkan imej tersebut dengan cepat.

Nampaknya manusia pertama yang mengesan foto unik ini ialah Gerrard Trojillo (gt23GOTHUNDER) yang menulis di dalam Tweet, "Kelakar, pasangan ini bercium semasa rusuhan canuck" pada kira-kira jam 10.00 pagi Khamis. Beliau merujuk kepada blog Esquire yang pertama sekali menerbitkan foto ini.

Rusuhan bermula selepas Vancouver Canucks gagal memenangi Piala Stanley malam tadi kepada Boston Bruins.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks