blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tinggal Di KUBURAN Kerana TIADA RUMAH

Thursday, June 16, 2011
Di Manila , untuk memiliki sebuah rumah amat sukar, beberapa keluarga tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa tinggal di sebuah tanah perkuburan.

Manila North Cemetery merupakan sebuah kawasan 'perumahan' untuk kira-kira 10,000 rakyat Filipina yang miskin.


Ada yang tinggal di sana secara kebetulan, dan ada yang tinggal di sana sejak daripada ibu bapa mereka lagi.

Jika ada masanya apabila kita merasakan rumah kita tidak cukup luas dan selesa bagi kita, kita sepatutnya memikirkan tentang mereka ini.

Lagi gambar di bawah.










Read Full 0 comments

Serangan ANONYMOUS Hanya KESAN KECIL : SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata serangan Anonymous ke atas sekurang-kurangnya 51 laman web kerajaan, yang menyaksikan portal rasmi pentadbiran persekutuan gagal dibuka sejak awal pagi ini hanya memberikan "kesan kecil".

Sambil mengesahkan bahawa 41 laman web yang disasarkan telah terganggu, SKMM berkata ia tidak menjangkakan "pemulihan keseluruhan laman web ini akan mengambil masa yang lama kerana kebanyakan daripada laman web yang diserang sudah pulih."

"Kita menjangkakan hanya terdapat sedikit impak kepada pengguna Malaysia hasil daripada serangan ini," katanya selepas memantau serangan yang bermula pada 11:30 malam tadi.

Operasi Malaysia, dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai Anonymous, dan berjaya menurunkan sasaran utamanya, malaysia.gov.my, pada kira-kira jam 04:00 pagi ini.

Walaupun laman web itu pulih selepas 11.30 pagi hari ini, serangan yang telah diumumkan pada awal minggu ini juga menyerang laman web lain, yang menyaksikan laman web pelancongan Sabah (sabahtourism.com) dan Tour Malaysia travel guide (tourmalaysia.com.my) turut digodam.

Penggodam telah mendedahkan satu set data pengguna yang didakwa berjaya dicuri dari laman Pelancongan Sabah dan disiarkan di Internet.

Data 392 akaun pengguna laman itu kemudian dimuat-naikkan ke sebuah portal bebas yang tidak dikenali dan turut memuatkan emel pengguna, nama pertama dan akhir pengguna serta juga kata lauan mereka yang telah dipadamkan.

SKMM berkata laman web mereka sendiri (skmm.gov.my) turut menjadi sasaran serangan tetapi berkata berjaya dipatahkan.

Bagaimanapun menurut seorang wakil Cyber Security Malaysia, sebuah agensi di Kementerian Sains dan Teknologi, hari ini berkata yang tiada langkah pencegahan dapat diambil bagi mencegah kumpulan penggodam pakar Anonymous daripada melumpuhkan 51 laman web kerajaan.
Read Full 0 comments

Laman Web Kerajaan Dan 27 Yang Lain DIGODAM

Portal kerajaan Malaysia tidak boleh dicapai dan tidak responsif pada jam 9 pagi, 16 Jun, 2011.


KUALA LUMPUR - Operasi Malaysia yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai Anonymous bukan saja berjaya menggodam laman web rasmi kerajaan Malaysia, tetapi juga menyerang ke atas sekurang-kurangnya 27 laman web yang lain.

Ini termasuklah sekurang-kurangnya lima laman web kerajaan yang lain seperti laman web Bomba,
Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Majlis Sukan Negara

Pada 8:30 pagi malaysia.gov.my masih tidak boleh diakses, sementara penggodam lain nampaknya telah bertindak sendiri menyerang laman-laman web lain seperti web pelancongan Sabah (sabahtourism.com) dan Tour Malaysia travel guide (tourmalaysia.com.my).

Di laman web Pelancongan Sabah, penggodam mendakwa telah mendapatkan butiran lebih 3,400 pengguna laman webersebut dan menghantar beberapa butiran kepada 392 akaun.

Walau bagaimanapun, laman web Pelancongan Sabah telah berjaya menguasai semula laman web tersebut tetapi berada pada status offline.


Laman web Tour Malaysia kekal dirosakkan oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force. Pelawat ke laman web yang disambut oleh lagu sebuah kumpulan rock heavy metal bertajuk “Through The Fire And The Flames” dan mesej mengkritik langkah kerajaan kerana menyekat laman web tertentu.

Anonymous telah memberi amaran awal minggu ini akan menyerang ke atas laman web rasmi kerajaan Malaysia kerana membantah terhadap langkah penapisan internet.
Read Full 1 comments

Anonymous VS Rais Yatim, SIAPA MENANG?


Anonymous - ia adalah satu kumpulan 'persaudaraan' rahsia di seluruh dunia di antara 'penjahat' internet. Sangat sukar untuk mendapatkan temubual dengan mereka. Jika anda menawarkan kepada kumpulan-kumpulan revolusi peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai, lazimnya mereka akan kembali kepada anda dalam masa dua hingga tiga jam, tetapi Anonymous tidak seperti itu, dan mereka bukan berkumpulan.

Atau mungkin juga berkumpulan, itu pun, jika anda dapat membuat mereka berbicara. Kebiasaannya mereka tidak akan tampilkan diri, melainkan dengan berlindung disebalik suara robot ala tahun 1980-an.

Sudah ramai yang ingin tahu tentang Anonymous sejak akhir-akhir ini, dan untuk kepada wartawan yang bertanya, ramai yang bukan anonymous telah bercakap tentang mereka. Kekecohan terkini yang dibualkan ialah pada Jumaat lalu, apabila polis Sepanyol mengumumkan mereka akan memburu tiga anggota kumpulan (atau perikatan, atau apa saja yang anda ingin sebut), yang telah menimbulkan kemarahan Sepanyol kerana laman web rasmi kerajaan telah digodam untuk sementara waktu pada bulan Mac lalu.

Pada hari Isnin baru-baru ini juga diumumkan bahawa Polis Turki telah berjaya menangkap 32 suspek ahli anggota tersebut. Beberapa hari sebelum itu, Anonymous telah menggodam laman web Pihak Berkuasa Telekomunikasi Turki dan menutupnya. Dengan kata lain, jika anda pergi ke laman web telekomunikasi nasional pada hari tersebut untuk mencari punca mengapa telefon anda tidak berfungsi, sebaliknya anda juga dapati laman web tersebut tidak berfungsi, dan anda boleh mengamuk.

Dan kemudian pada hari Selasa berikutnya, anda dapat menbaca laporan dari rumah anda: 'Anonymous sedang menuju ke Federal Reserve (Simpanan Persekutuan). Malah kumpulan ini turut mencetuskan siri serangan yang menyebabkan raksasa multinasional Sony 'terduduk' pada bulan April lalu. Ini adalah serangan dahsyat kumpulan ini ke atas mangsa yang sangat besar.

Namun, jika anda memandang rendah kemampuan kumpulan untuk melakukan kerosakan kepada musuh kuatnya, anda mungkin tidak menyedari bahawa mereka sudah memberi pukulan kuat terhadap beberapa lawan yang cukup hebat - kita memulakan dengan, Sony, MasterCard, dan Iran.

Atau baru-baru ini kumpulan ini telah menggodam laman web HBGary, sebuah firma keselamatan internet. CEO firma ini telah diancam untuk 'mengeluarkan' ahli Anonymous, dengan diterbitkan 50,000 e-mail dalaman dan no keselamatan sosialnya. Ini telah memalukannya dan ia berundur dari syarikat.

Pada bulan Disember tahun lalu, kumpulan ini telah menyerang laman-laman web MasterCard dan PayPal, kerana mereka mengumumkan akan menyekat dana milik Wikileaks. Anonymous melakukan serangan kerana membantah tindakan 'sekatan' itu yang melanggar hak asasi.

Pada bulan April, selepas Sony PlayStation menimbulkan tentangan kepada sebuah kumpulan yang didakwa telah menemui cara menggunakan aplikasi pihak ketiga kepada konsol-konsol permainannya (yang membolehkan Playstation dimain menggunakan perisian cetak rompak), sekali lagi Anonymous melakukan serangan. Mereka menyerang dengan askar Internet yang membedil laman web syarikat tersebut dengan mengautomatikkan penerimaan maklumat sehingga laman web itu terkeluar daripada talian.

Kumpulan Anonymous juga mendakwa tanggungjawab kerana menerbitkan lebih daripada 10,000 emel yang dicuri dari sebuah laman web kerajaan Iran, dan ia juga dikatakan telah membantu rakyat di Tunisia untuk memintasi halangan-halangan dan sekatan dalam internet yang dibuat oleh kerajaan sehingga mereka berjaya melakukan revolusi.

Dan terbaru di Malaysia, selepas berita mengenai 10 laman web akan disekat oleh SKMM, kumpulan Anonymous telah mengumukan akan melancarkan serangan terhadap laman web rasmi kerajaan Malaysia di www.malaysia.gov.my pada 07:30 GMT pada Rabu (Khamis 03:30 waktu Malaysia) dan telah menamakannya “Operation Malaysia".

Menurut Rais Yatim "Kita sudah memberitahu perkara ini kepada pihak berwajib dan kita sudah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya.

TETAPI berdasarkan rekod serangan hebat dan kemampuan kumpulan Anonymous ini, adakah Rais Yatim benar-benar MAMPU untuk menghalang serangan ini?. Sama-sama kita tunggu jam 3.30 pagi nanti..
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks