blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

8 Gadis BUKA PAKAIAN Di Jalanan CARI CALON SUAMI

Wednesday, June 15, 2011
Mereka melucutkan pakaian di jalanan dengan harapan untuk sebuah perkahwinan.

Lapan orang gadis di China yang berpendidikan di Kanton, menanggalkan pakaian mereka untuk memikat bakal calon suami, menurut Stomp, sebuah portal Singapore Press Holdings.

Stomper HoneyHubby, yang melaporkan mengenai insiden tersebut, berkata:

"Gadis-gadis cantik ini berkumpul di luar stesen kereta api Lu Xiao Bei, menari dengan iringan muzik, dan mula menanggalkan pakaian di hadapan penonton yang ghairah berkumpul walaupun didalam keadaan hujan renyai.


"Gadis-gadis yang berusia di antara 25 dan 35 tahun, semuanya berpendidikan dan cantik, tetapi malangnya mempunyai masalah dalam mencari suami. Lalu mereka menmbuat keputusan untuk tampil separa telanjang dengan penuh kejujuran dan keyakinan diri '.

Anda ingin tahu kriteria untuk menjadi calon suami mereka?


Berdasarkan terjemahan sepanduk yang dibawa mereka, para calon suami haruslah berusia di antara 31 dan 36 tahun, mempunyai ketinggian lebih dari 1.7m dan berpendidikan.

Tidak dapat dipastikan sama ada tindakan mereka itu adalah kerana didorong oleh kreativiti atau kerana terlalu terdesak.

"Namun nasihat saya kepada para gadis di Singapura (dan Malaysia) yang mungkin ingin meniru aksi seperti ini - JANGAN LAKUKAN. Anda mungkin akan menarik polis lebih cepat berbanding anda menarik calon suami," menurut HoneyHubby.

Lagi gambar di bawah :









Read Full 6 comments

BOS Playboy PUTUS Tunang, Majlis Perkahwinan DIBATALKAN

Hefner dan Harris tiba di TCM Classic Film Festival 2011 di Hollywood, California April 28, 2011.


LOS ANGELES, 15 Jun - pengasas Playboy Hugh Hefner berkata perkahwinannya yang akan dilansgungkan pada hujung minggu ini telah dibatalkan kerana tunangannya yang berusia 25 tahun, seorang playmate di majalahnya telah berubah fikiran.

Hefner, 85, dan Crystal Harris sepatutnya akan berkahwin di hadapan lebih dari 300 orang tetamu di Playboy Mansion, Los Angeles pada hari Sabtu ini. Ia sepatutnya adalah perkahwinan ketiga Hefner.

300 kad jemputan telah diedarkan untuk majlis perkahwinannya pada hari Sabtu ini.



"Pernikahan dibatalkan. Crystal telah berubah hati," tulis Hefner di dalam Twitter.

Berita pembatalan perkahwinan ini pertama kali dilaporkan oleh TMZ, yang berkata telah berlaku "pertengkaran besar" di antara pasangan ini menerusi panggilan telefon sejak lebih seminggu dan Harris akhirnya keluar dari rumah besarnya itu.

Hefner melamar Harris pada malam Krismas, beliau telah mengumumkan di dalam Twitter pada saat itu. Sejak itu Hefner telah merancang perkahwinannya.

Sebuah siaran langsung perkahwinan selama dua jam dirancang akan ditayangkan di saluran tv Lifetime pada 13 Julai.

Hefner bercerai dengan isteri keduanya, Kimberley Conrad, pada tahun 2010 selepas tidak bersama dalam tempoh yang panjang. Perkahwinan pertamanya dengan Mildred Williams berakhir dengan perceraian pada tahun 1959. Dia mempunyai dua anak dari setiap perkahwinan.

Hefner, dikenali di seluruh dunia dengan gelaran, Hef, telah memperjuangkan kebebasan seksual dan hak-hak sivil, telah menerbitkan cerita yang mencabar McCarthy dan Perang Vietnam, menyokong gay dan kebenaran penggunaan ganja.

Paparan gambar Marilyn Monroe sebagai muka hadapan kalendar, Hefner telah menyiapkan edisi pertama Playboy di meja dapur apartmen di Chicago pada tahun 1953 dengan kos sebanyak US$ 600 ( RM1,800). Ia berjaya terjual sebanyak 51,000 naskah - cukup untuk membiayai keluaran kedua - dan menyebabkan kepada keuntungan berjuta-juta dolar.

Dibesarkan di San Diego di dalam keluarga Inggeris, Harris bertemu Hefner di pesta Halloween anjurannya pada 2008.

Dia berpindah ke mansion selepas beberapa minggu menjadi playmate Playboy of the Month pada bulan Disember 2009. Dia akan menjadi penghias muka hadapan keluaran Julai majalah tersebut. -



Kredit : Reuters
Read Full 0 comments

Kenapa PERKASA Menentang BERSIH?

Ramai orang  menganggap Ibrahim Ali umpama badut, termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz. Ibrahim sekali lagi bercakap seperti badut ketika baru-baru ini dia mengumumkan pertubuhannya, PERKASA, akan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancangkan pada tarikh 9 Julai dengan melakukan perhimpunan balas. "Ini bererti pada hari tersebut akan berlaku pertembungan" seperti yang dia sendiri akui.

Ini ucapan pengganas. Ini adalah ancaman untuk menimbulkan keganasan. Dan sambil menambah minyak, Ibrahim telah berjanji , "Saya akan berjuang habis-habisan".

Tetapi mengapa PERKASA ingin menentang perhimpunan BERSIH 2.0? Perhimpunan ini tidak ada kaitan dengan bangsa - ia bukan menentang ketuanan Melayu, kerana itulah tujuan asal Perkasa ditubuhkan. Perhimpunan ini untuk menuntut perubahan dalam institusi pilihan raya. Ia menuntut Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21, reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali, capaian media aliran utama untuk parti pembangkang, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya, menghapuskan rasuah pilihan raya.

Adakah Perkasa menentang pilihanraya umum yang bebas dan adil? Bermakna ia menentang untuk menghalang korupsi?

Ibrahim menjelaskan: Sebuah demonstrasi besar seperti perhimpunan Bersih, yang dijangka menarik kira-kira 100,000 penunjuk perasaan, akan menimbulkan kekacauan. Ia boleh menjadi seperti protes di Timur Tengah.

Ibrahim fikir orang akan membaling batu, membakar kereta, dan menyebabkan kecederaan seperti di Tunisia.

Sejarah telah menunjukkan bahawa ini tidak berlaku ketika perhimpunan Bersih pada akhir tahun 2007. Sekitar 40,000 orang telah menyertainya, dan ianya adalah perhimpunan aman, kecuali ketika polis menembak meriam air dan melemparkan gas pemedih mata ke arah demonstran. Tidak ada yang melemparkan batu atau membakar kereta.

Perhimpunan kali ini juga perhimpunan aman yang bertujuan menimbulkan kesedaran rakyat Malaysia akan perlunya reformasi pilihan raya. Jika tidak ada campur tangan, termasuk polis, jika permit diberikan dan polis mengawal daripada insiden yang tidak diingini, seharusnya tidak akan ada kecederaan.

Jadi, ramalan Ibrahim sebenarnya tidak berasas. Selain itu, apabila ia merujuk kepada Tunisia ianya adalah sangat ironis. Protes di sana telah menjatuhkan sebuah rejim yang tidak popular dan represif. Ia menyebabkan hasil yang positif, seperti juga Bersih 2.0 yang dikaitkan dengan hal negatif?

Pada hakikatnya, apa yang akan menyebabkan kekacauan adalah pertembungan yang boleh berlaku jika Perkasa dan lain-lain NGO lain bercadang untuk turut turun ke jalan pada masa yang sama untuk menentang perhimpunan Bersih 2.0. Apa yang ia cadangkan itu sangat bahaya. Tetapi Ibrahim tahu dia akan bebas bercakap seperti itu kerana ia tidak pernah disentuh pada masa lalu. Sudah banyak kali dia bercakap hal-hal yang boleh menyebabkan dia dikenakan dakwaan hasutan, tetapi tidak pernah ia dipanggil untuk memberikan penjelasan. Bulan lepas, ia mengatakan akan melancarkan jihad terhadap umat Kristian Malaysia jika mereka cuba menggugat kedudukan Islam, dan sebelum itu ia mengatakan hal-hal lain yang menghasut kebencian terhadap bukan Melayu.

Mungkin juga kerajaan tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menganggap dia adalah badut, atau umpama zhǐ lǎohǔ/harimau kertas (pepatah cina yang bermaksud, kelihatan seperti menakutkan tetapi sebenarnya tidak merbahaya). Atau mungkin ia sebenarnya membantu kerajaan dengan menentang perhimpunan Bersih 2.0 kerana parti pemerintah nampaknya tidak menyokong idea-idea untuk sebuah pilihanraya yang bebas dan adil. Tambahan pulan, perhimpunan Bersih 2007 berperanan dalam kehilangan majoriti dua pertiganya. Parti pemerintah pastinya bimbang bahawa perhimpunan tersebut mampu mengaburkan peluang pada pilihanraya umum akan datang.

Apapun alasannya, konteks kenyataan Ibrahim ini, ia memburukkan kerajaan. Spekulasi meluas mengatakan bahawa Perkasa sebenarnya sebahagian dari UMNO, ia adalah organisasi luar UMNO yang tugasnya untuk membela Ketuanan Melayu, supaya UMNO tidak kelihatan rasis. Sekarang apabila Perkasa sudah keluar daripada agenda dan raison d'etre (tujuan asal) menjadi sebuah organisasi yang akan menentang Bersih 2.0, nampaknya ia sudah menjadi konco kerajaan.

Dalam politik, persepsi sering kali mengatasi realiti, sekalipun tidak benar Perkasa bergabung dengan UMNO, tetapi persepsi telah mengesahkannya.

Ibrahim berkata dia akan menghentikan perhimpunan Bersih 2.0 atas nama demokrasi. Ini kerana berdasarkan tanggapannya bahawa "ada rakyat yang tidak bersetuju dengan perhimpunan ini". Yah, baiklah. Mereka yang tidak bersetuju juga mempunyai hak untuk menyatakan secara terbuka. Atas dasar yang sama, Bersih 2.0 juga mempunyai hak untuk berhimpun, jadi apabila anda menghalangnya bermakna anda sebenarnya anti-demokrasi.

Dia juga dilaporkan berkata tidak bimbang dengan bilangan peserta yang akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang djangkan sehingga 100,000 orang kerana rakyat Malaysia tidak akan menerima tuntutan gerakan ini. Jika dia tidak bimbang, mengapa kecoh-kecoh hendak menentang perhimpunan itu? Dia memberi alasan bahawa Malaysia mempunyai 27 juta orang penduduk, bahkan jika Bersih 2.0 berjaya mengumpulkan 300,000 peserta menyertai perhimpunan itu, masih ada 26 juta lebih rakyat yang tidak bersetuju. Matematiknya ok, tapi alasannya jelas salah dan nampak berputus asa.

Nazri mungkin betul menggelar Ibrahim Ali sebagai badut selepas melihat semua ini. Namun demikian, jika ada gerakan yang berkempen untuk melakukan reformasi, badut seharusnya tidak dibenarkan untuk merosakkan parti. Terutamanya jika badut itu berkemungkinan menyalakan api yang tidak diingini.


Kredit : Malaysian Digest
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks