blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tunjuk HEBAT, Wanita Ini Makan AYAM HIDUP (AWAS 18SG)

Friday, June 10, 2011
Seorang wanita bernama Miskaulah (38), yang tinggal di Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo ini, mendakwa dirinya biasa memakan ayam hidup.

Bagi membuktikan dakwaannya itu dan tidak mahu dipandang sebagai seorang yang banyak cakap atau seorang pembohong besar, Mama Pretty pun -begitulah nama manjanya- menunjukkan 'kehebatannya' secara langsung kepada wartawan yang berkunjung ke rumah saudaranya di Dusun Kemloko Selatan, Desa Beji, Kecamatan Beji, Kabupaten Pasuruan Jumaat (10/6/2011).

Kepada sesiapa yang mabuk darah, DINASIHATKAN supaya tidak melihat gambar-gambar wanita ini sedang memakan seekor ayam hidup di bawah.











Adoi...bodoh la perempuan ni!. Nak kata kafir, pakai tudung. Maknanya dia penganut agama Islam.
Satu benda yang memang aku pelik di Indonesia ni..Islam dia memang 'lain sikit'.
Contoh bab makan ayam hidup...sah-sah HARAM. Dengan tak sembelih, siap makan darah...aku ingat taik ayam pun dia balun semacam.
Apa punya kepala bana pompuan ni.!!
:Author Faethal
Read Full 8 comments

GERAKAN PENANG Turut Serta Dalam BERSIH

Walaupun pengerusi Gerakan Kedah Cheah Soon Hai, semalam, melabelkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai 'lawak bodoh yang tidak bermanfaat', namun rakannya di Pulau Pinang akan menyertai acara itu bersama sekumpulan peguam.

Menurut ketua biro hak asasi dan undang-undang Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, beliau bersama 10 peguam lain dari negeri itu akan menyertai Majlis Peguam memantau perhimpunan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Baljit berkata keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman.

Kumpulan itu akan menyerahkan nama-nama peguam yang akan terbabit dan mereka juga akan membekalkan perkhidmatan perundangan kepada peserta BERSIH sekiranya tangkapan dibuat.

"Setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan besar-besaran itu akan diketuai oleh beberapa NGO dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.


Kredit : Mkini
Read Full 0 comments

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 4

Polis mengeluarkan jasad Ahmad Sarbani dari Pejabat SPRM KL

Ini adalah episod terakhir dari kisah 'bunuh diri' Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Ahmad Sarbani Mohamed. Ambil perhatian bahawa apa yang kami tulis di dalam empat episod dari cerita ini adalah berdasarkan pada pengakuan 'sumber dalaman' kami di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Malaysia (KDRM).

Para pegawai Polis dan Kastam tidak lagi percaya kepada kerajaan mereka sendiri. Mereka lebih mempercayai Malaysia Today dalam melihat keadilan dilakukan. Dan itulah sebabnya mereka telah meminta Malaysia Today untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku kepada Ahmad Sarbani.

Kepada rakan-rakan saya di dalam pasukan polis yang telah berusaha keras untuk menjaga keselamatan saya dari bahaya, saya ucapkan terima kasih. Tanpa kalian, saya tidak akan dapat melarikan diri ... baik, anda tahu tidak. Dan kepada teman-teman saya di Jabatan Kastam yang selalu berhubung dengan saya untuk menanyakan tentang kesihatan saya, saya juga ucapkan terima kasih. Saya percaya Malaysia Today telah memberikan perkhidmatan kepada anda dengan mendedahkan kisah sebenar di sebalik kematian Ahmad Sarbani.


Isteri Ahmad Sarbani, Marziah yang kesedihan.

Ok, kita sambung cerita.

Setakat ini apa yang 'sumber dalaman' di Angkatan Polis dan Kastam Jabatan telah dedahkan ialah Ahmad Sarbani tidak membunuh diri. Dia tidak naik motosikal sepanjang perjalanan ke pejabat SPRM di Jalan Cockrane di Kuala Lumpur semata-mata hanya untuk membunuh diri dengan melompat keluar dari tingkap seperti yang mereka tuduh kepada Teoh Beng Hock.

Nampaknya pegawai polis (IO) yang menyiasat juga membuat kesimpulan bahawa Ahmad Sarbani bukanlah seorang pegawai Jabatan Kastam yang korup sehingga menjadi takut dan membunuh diri. Peguam Negara tidak senang dengan kesimpulan ini. Itulah sebabnya AG memulangkan laporan siasatan polis ini semula sehingga TIGA KALI.

Peguam Negara mendesak walau dengan apa cara sekalipun mereka haruslah keluar dengan satu keputusan membunuh diri. Jadi, sementara AG terus 'bermain' dengan Pengarahnya, Polis telah diperintahkan untuk 'bermain' dengan para 'saksi' dan memaksa mereka untuk melibatkan arwah dengan rasuah dan membuat kesimpula bahawa ia bunuh diri kerana itu.

Apa menghairankan IO PDRM ASP Zuhairi Mohamed adalah rakaman CCTVjelas tidak menunjukkan insiden ini - menunjukkan bahawa satu usaha cover-up berlaku di peringkat pimpinan atasan SPRM dan Dato' Mustafar Ali telah berbohong dalam kenyataan akhbarnya.

Apa yang lebih menghairankan adalah selepas Wan Zainal memberikan kenyataan ketiga dan terakhir kepada polis, Yusof Akope dan Mohd Fauzi terus mengarahkan SIO Abdul Ghani untuk membawa Wan Zainal untuk dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat.

Tujuan soal siasat SPRM adalah untuk mengorek maklumat apakah yang Wan Zainal telah katakan kepada ASP Zuhairi dan dokumen yang diberikan kepada polis. Ini menunjukkan niat mereka untuk memintas siasatan polis.

Wan Zainal disoal siasat diantara 3:00ptg -11:00mlm.

SPRM cuba menakutkan Wan Zainal dan dua rakan yang lain, Maggie dan Eddie, dalam sesi soal siasat maraton dalam minggu-minggu berikutnya. Mereka mengancam bahawa jika mereka menolak untuk 'bekerjasama ', maka SPRM akan mensasarkan mereka dan syarikat mereka dalam tindak lanjut penyiasatan terhadap dakwaan rasuah ini. Dengan kata lain, mereka bantu SPRM 'mengenakan' Ahmad Sarbani atau jika tidak SPRM akan 'mengenakan' mereka sebagai gantinya.

Setelah gagal untuk mendapatkan kerjasama dari syarikat pengangkutan, Akope Yusof dan Mohd Fauzi mengubah taktik.

IOS SPRM telah diarahkan untuk mendapatkan 'kerjasama' dari petugas Jabatan Kastam yang belum dapat menjelaskan wang di dalam akaun bank mereka. Pegawai-pegawai Kastam ini diberitahu, jika mereka dapat menuduh arwah Ahmad Sarbani Mohamed (dengan rasuah) , SPRM akan menolong mereka dan tidak akan mendakwa mereka, bahkan mungkin mengubah mereka menjadi 'saksi'.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah untuk mengatakan bahawa semua wang yang tidak dapat dijelaskan di dalam akaun bank mereka sebenarnya adalah milik Ahmad Sarbani. Oleh kerana itu, jika mereka bersetuju untuk 'mengenakan' Ahmad Sarbani maka SPRM akan melepaskan mereka pergi, bahkan mereka boleh terus menyimpan wang itu di dalam akaun bank mereka walaupun mereka tidak dapat jelaskan dari mana datangnya.

Membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah adalah satu hal, tetapi menuduh orang yang sudah mati dan tidak boleh membela diri adalah sudah keterlaluan sehinggakan pegawai kerajaan yang korup juga tidak dapat menerima perkara ini. Jadi mereka menolak untuk daripada 'bekerjasama'.

Beginilah dahsyatnya kepimpinan SPRM boleh lakukan semata-mata untuk menutup perbuatan jahat mereka. Mereka perlu menjelaskan bagaimana Ahmad Sarbani meninggal dunia dan mereka ingin meyakinkan kita bahawa ia telah membunuh diri kerana ia menerima rasuah dan takut menghadapi akibatnya. Orang Melayu menyebutnya seperti kambing menjaga daun sireh atau orang Inggeris mengatakan, musang mengawal reban ayam. Sebuah badan yang ditugaskan untuk memerangi rasuah dengan cepat telah berubah menjadi badan yang paling korup, malah sanggup melakukan pembunuhan.

Oleh kerana kisah bunuh diri ini hanya dapat diterima akal jika Ahmad Sarbani memiliki kekayaan yang lebih dan luar biasa, mereka mahukan pegawai Kastam lain untuk mengatakan bahawa semua kekayaan mereka yang tidak dapat dijelaskan sebenarnya adalah milik arwah. Dan SPRM bersedia untuk memberikan kekebalan kepada pegawai Kastam yang korup ini jika mereka bersetuju untuk melakukan hal ini.

Mereka perlu menunjukkan bahawa Ahmad Sarbani sangat hina dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mencapai hal ini. Lihatlah bahawa mereka ini adalah Muslim yang bersembahyang lima kali sehari, berpuasa selama sebulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Mekah, cuba anda fikirkan! Namun mereka tidak ragu-ragu untuk melakukan perbuatan yang paling hina - memfitnah orang yang sudah mati.

Tetapi pegawai polis dan pegawai Kastam ini terus melawan. Mereka tidak akan membenarkan SPRM untuk memfitnah Ahmad Sarbani. Mereka ingin dunia tahu bahawa arwah adalah seorang yang bersih dan ia tidak membunuh diri. Dan mereka mahu kita tahu bagaimana SPRM merancang sebaliknya. Dan untuk itu mereka telah meminta bantuan Malaysia Today.

Pada bahagian seterusnya, bahagian 5, kita akan dedahkan siapa yang membunuh Ahmad Sarbani - tetapi hanya jika perlu. Kami akan tahan bahagian ke-5 untuk menunggu kenyataan rasmi dari kerajaan bagaimana Ahmad Sarbani meninggal dunia. Kerana AG telah mengumumkan bahawa akan ada Inkues, biar kita berikan Polis peluang untuk mendedahkan bukti sebenar di dalam Inkues ini dan mari kita berharap bahawa mereka dapat melakukannya dengan benar kali ini.

Jika SPRM, AG Gani Patail dan Polis mengulangi apa yang mereka lakukan dalam usaha untuk menutup kematian Teoh Beng Hock, maka Malaysia Today akan mendedahkan laporan siasatan lengkap berkenaan siapa yang membunuh Ahmad Sarbani. Dan jika mereka mahu mengatakan kami bohong dan mereka-reka cerita, harap mereka tidak berfikit untuk melakukannya, kerana mereka tidak mengenali Malaysia Today dengan cukup baik. Kami sukakan cabaran dan akan menyambut cabaran apa sekalipun.

Jadi jangan paksa kami melakukan hal ini. Tapi kami akan buat untuk membersihkan nama orang yang sudah mati dan tidak berdosa, yang tidak membunuh diri tetapi sebenarnya dibunuh. Jadi, hinggat tiba masa berikutnya, bahagian ke-5, jika keadaan memaksa kita akan keluarkan bahagian ke-5, jaga diri dan terus berjuang untuk perubahan.



Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 1


Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 2


Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 3


Kredit : m2day
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks