blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

HEBATNYA Kann Trichan, Menggoreng Ayam Dengan TANGAN KOSONG!

Wednesday, June 8, 2011
Kann Trichan adalah seorang lelaki berusia 50-an yang pekerjaan hariannya ialah sebagai penjual ayam goreng di Chiang Mai, Thailand. Uniknya, ia hanya menggunakan tangan kosong untuk menggoreng ayam di dalam kuali yang berisi minyak panas yang mendidih.

Dengan kehebatannya itu, meskipun kuali itu berisi minyak panas Kann Trichan kelihatan tidak merasakan sakit walau sedikit pun.


Kann Trichan sama sekali tidak merasakan sakit ketika tangannya masuk ke dalam minyak panas ketika menggoreng ayam.


Trichan memegang rekod dunia menggoreng dengan tangan kosong 20 potong ayam dalam masa satu minit.


Sejak 7 tahun terakhir ini Trichan telah menjadi sangat terkenal, ramai orang yang datang untuk melihat secara langsung kemampuannya menggoreng dengan tangan.


Trichan mula mengetahui kemampuan dirinya yang mampu tahan panas adalah ketika ia secara tidak sengaja terpercik minyak panas namun tidak mengalami sebarang luka.

Read Full 4 comments

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 2

Dato Seri Abu Kassim adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika Teoh Beng Hock meninggal dunia pada tahun 2009. Ketika pertama kali berita kematian Teoh Beng Hock diketahui mereka berusaha untuk memesongkan maklumat dan mengklasifikasikan sebagai 'bunuh diri', kemudian Pengarah SPRM Selangor Hishamudin Hashim menjadi panik dan berjumpa dengan Abu Kassim untuk mendapatkan 'arahan selanjutnya'.

Teoh Beng Hock di saat bahagia


Suruhanjaya Penyiasatan Diraja kes Teoh Beng Hock (TBH RCI) telah menemui beberapa bukti jahanam penipuan dan manipulasi fakta oleh SPRM untuk menutup apa yang terjadi pada waktu itu - termasuk pendedahan bahawa pegawai-pegawai SPRM biasa menonton pornografi di pejabat.

Bagi mengalihkan perhatian awam dari bukti buruk ini, pada tarikh 1 April 2011, Abu Kassim yang sekarang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, telah melancarkan satu serangan hebat terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan berita sensasi bahawa terdapat pakatan sulit pegawai-pegawai Kastam dengan ratusan syarikat-syarikat pengangkutan yang menipu wang kerajaan sebanyak RM108 bilion dalam pendapatan cukai.

Perkara itu kemudiannya mendatangkan masalah kepada SPRM kemudiannya, pada tarikh 6 April sekitar jam 11:00pagi, Timbalan Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati, dilempar dari lantai aras tiga di bangunan pejabat baru SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur.


Polis mengeluarkan jasad Ahmad Sarbani dari Pejabat SPRM KL


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, memberikan kenyataan akhbar petang itu bahawa Ahmad Sarbani telah datang ke pejabat SPRM dengan sukarela dan tanpa temu janji.


Pengarah Siasatan SPRM Dato' Mutafar Ali mengeluarkan kenyataan berikutan kematian pegawai Kastam di pejabat SPRM.


Malaysia Today telah menerima laporan 'sumber dalaman' dari SPRM serta dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kenyataan Datuk Mustafar adalah tipu dan dibuat untuk menafikan fakta bahawa Ahmad Sarbani meninggal dunia ketika di dalam tahanan SPRM, sama seperti yang terjadi kepada Teoh Beng Hock.

Inilah apa yang dikatakan oleh 'sumber dalaman' SPRM kepada Malaysia Today:

"Kepimpinan SPRM tidak boleh dipercayai. Mereka berbohong dan cuba menutup kematian Teoh Beng Hock. Dan sekarang mereka telah melakukan hal yang sama dalam kematian Ahmad Sarbani. "

SPRM memerlukan sesuatu yang sensasi untuk menutupi reputasi buruk dalam TBH RCI. Mereka berbohong kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan mengatakan bahawa rasuah yang meluas di dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian cukai sebanyak RM108 bilion.

Ini menyebabkan Najib teruja. Anda lihat, Malaysia semakin muflis dan perolehan Najib pula sangat buruk dan terfikir bahawa ini adalah salah satu cara negara untuk 'mendapatkan wang'.

Untuk penyiasatan di Selangor ia dijalankan oleh Pengarahnya, Yusof Akope, dan Timbalannya, Fauzi Mohd. Pengawai Penyiasatan Kanan (SIO) untuk kes ini adalah Abdul Ghani.

Namun, daripada melakukan siasatan yang adil, tidak bias dan mengatakan perkara sebenar, mereka bertiga telah merancang untuk menyokong rancangan HQ SPRM dalam menjadikan tuduhan kehilangan RM108 bilion ini dipercayai.

Mereka sepatutnya belajar dari CIA, yang telah membuat laporan perisikan palsu tentang wujudnya senjata pemusnah besar-besaran (WMD) semata-mata untuk menyokong rancangan Presiden Bush dalam menyerang Iraq dan Saddam Hussein. Sekarang seluruh dunia tahu bahawa Saddam tidak pernah mempunyai senjata pemusnah. Kesudahannya hanyalah untuk - Saddam digantung mati.

Media utama Malaysia milik kerajaan telah mengheret serangan sensasi dengan penangkapan 62 pegawai Kastam di Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Pahang oleh kumpulan petugas khas, yang kononnya terdiri daripada SPRM, Inland Revenue Board, Bank Negara dan Jabatan Kastam.

Reaksi segera dari Jabatan Kastam, Dato' Mohamed Khalid Yusuf, ialah menyatakan rasa terkejut dan sedih di atas kerugian cukai yang besar dan kematian yang sangat terkesan. Malah, pimpinan atasan Jabatan Kastam sebenarnya masih kabur dengan rencana SPRM dan tidak tahu apa-apa tentang apa yang sedang berlaku - ini bertentangan dengan apa yang dimaklumkan kepada kami.


Ketua Pengarah Kastam Dato' Khalid (tengah) memperjelaskan tuduhan-tuduhan kesalahan SPRM bersama dengan Presiden FMM Tan Sri Mustafa Mansur and Naib Pengerusi FMM Customs Committee Datuk Tan Kwong Jin.


Sasaran tidak memerlukan kecerdasan yang tinggi untuk dikenal pasti. Lihat pada teori bahawa kerugian pendapatan adalah kerana dari kegiatan import dan eksport, mereka hanya memfokuskan kepada pintu masuk kastam dan menganggap bahawa semua petugas di bahagian ini korup.

Di sinilah bagaimana SPRM mengetuai serbuan. Tidak ada penyiasatan terlebih dahulu. Semua SPRM harus bekerja berdasarkan firasat. Tapi mereka tidak peduli kerana tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari RCI TBH. Inilah apa yang firma perhubungan awam APCO ajar kepada mereka - ia adalah tentang menguruskan persepsi awam.

Pada hari-hari berikut serangan sensasi ini, media utama terus memainkan cerita yang dibocorkan oleh pegawai SPRM sendiri tentang kononnya terdapat seorang pegawai yang memiliki beberapa juta ringgit di dalam akaun banknya dan seorang lagi pula hampir RM1 juta. Dua pegawai yang lain dipercayai mempunyai lebih dari RM500,000 masing-masing. Cerita serbuan ini yang berjaya mendapatkan semula jongkong emas dan lebih dari RM600,000 dalam bentuk tunai yang disimpan dalam beberapa beg telah dimainkan semaksimum mungkin.

Dengan 'bukti' kuat seperti itu, anda pasti membayangkan akan ada pegawai yang akan dikenakan dakwaan. Bagaimanapun selepas dua bulan sejak serbuan dan penangkapan, namun tidak ada seorang pegawai pun yang didakwat!

Sementara itu, Akope Yusof, Mohd Fauzi dan Abdul Ghani terus mencemarkan nama baik Ahmad Sarbani yang meninggal dunia sebagai seorang pegawai yang sangat rasuah dan menggambarkan ia sebagai mastermind kepada penipuan berbilion ringgit Jabatan Kastam.

Mereka berkata kepada IO Polis, ASP Zuhairi Mohamed, bahawa Ahmad Sarbani melompat dari Pejabat SPRM dan membunuh diri kerana takut bahawa siasatan SPRM akan menunjukkan berbilion-bilion wang tunai yang ia telah sembunyikan. Bahkan mereka menggelar kes ini sebagai kes 3B (RM3 bilion).

Lihat bagaimana sebegitu cepat ia turun daripada RM108 bilion menjadi tidak lebih dari RM3 billion!

Mereka juga mengatakan kepada ASP Zuhairi dan DSP Shafie bahawa Ahmad Sarbani mengakui bahawa dia menerima rasuah Ah Seng dari Top Markus Freightforwarding dan Wan Zainal Abidin dari Schenker Logistik.

Perkara pertama yang ASP Zuhairi lakukan adalah untuk menemuramah rakan Ahmad Sarbani dan ia menemui gambaran yang sama sekali berbeza daripada arwah yang banyak difitnah. Kenyataan saksi yang diperolehi ASP Zuhairi terhadap Ahmad Sarbani ialah seorang pegawai yang bertanggung jawab dan pekerja rajin dan suka membantu setiap orang yang berurusan dengan Bahagian Eksport & Import Jabatan Kastam Port Klang.

ASP Zuhairi mendapati bahawa cerita yang Ahmad Sarbani stres juga tidak benar. Pada 4 April, selama solat Zuhur di surau Jabatan Kastam Port Klang, Ahmad Sarbani dilihat mendakap dan menceriakan rakan pegawai Basharuddin yang baru saja dibebaskan dari tahanan SPRM.

Menurut Basharuddin, Ahmad Sarbani telah mengatakan kepadanya supaya yakin kepada Allah dan tidak takut, kerana kebenaran pasti akan menang.

Rupanya, Ahmad Sarbani juga merupakan Imam Zuhur di surau itu dan merupakan seorang Muslim yang soleh. Bagi ASP Zuhairi, semua ini tidak konsisten dengan kelakuan seseorang yang stres, apatah lagi seorang pegawai rasuah yang membunuh diri.

Kita akan meneruskan cerita ini dengan bahagian 3, nantikannya.


Kredit : M2day
Read Full 0 comments

FAKTA MENARIK : Nooryana Najwa, Daniyar Nazarbayev, Kazakhtan & Mongolia

Berita mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib pergi ke Kazakhtan untuk merisik perkahwinan anak perempuannya mula-mula sekali disentuh oleh blogger Tukar Tiub atau nama sebenarnya Hishamuddin Rais.

Kemudian semalam ia didedahkan pula oleh ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berikut:

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan. Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,".

Siapa lagi yang menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika jika bukan Nooryana Najwa.



Nooryana Najwa.
Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service. Kurikulum School of Foreign Service mewajibkan pelajarnya untuk mempelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun, dan Bahasa Arab menjadi pilihan Nooryana semasa pengajian di sana.

Beliau mendapat kelulusan ijazah pertama daripada Georgetown School of Foreign Service.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja ke New York dan Washington DC dari 16 hingga 24 Mei, beliau telah hadir ke majlis konvokesyen Nooryana Najwa di Healy Lawn universiti itu pada 22 Mei.

Turut hadir dalam majlis itu ialah anak lelaki mereka Nor Ashman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Sebab itulah Dzulkefly Ahmad menegur bagaimana beliau menggunakan dana kerajaan untuk keluar negara atas nama urusan rasmi negara, tetapi dalam masa yang sama pergi ke majlis konvokesyen anaknya.

Begitu juga dalam lawatan kerja ke Kazakhtan, beliau dan isteri menggunakan kesempatan ini untuk merisik perkahwinan Nooryana Najwa. Tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.


Daniyar Nazarbayev
Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun ada kemungkinan juga ia tidak mempunyai sebarang kaitan.

Latar belakang Daniyar, mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana 'tuah' nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas bercerai dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

Pada Oktober 2006, New York Post melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Tidak pasti sama ada ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar ada melaporkan ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,”.

Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva kerana menukar nama akhir beliau dan segala transformasi/perubahan yang berlaku adalah kerana nama akhir tersebut.

“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid.

Leonid Komarovskiy ialah seorang “wartawan” daripada New York dan menulis peribadi Daniyar ini di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”


Kazakhtan dan Mongolia
Tahukah anda negara Kazakhtan berjiran dengan Mongolia di sebelah timurnya....hehehe.


Read Full 12 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks