blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rahsia Jasad PARA SYUHADA Tidak Hancur

Sunday, June 5, 2011
YOGYAKARTA – Ulasan buku berjudul “The Miracle of Shaheed” yang dibuat di Masjid Al Mujahidin, kompleks Kampus Universiti Negeri Yogyakarta, Khamis (2/06/2011). Dalam ulasan buku tersebut terdapat kesimpulan yang menakjubkan mengapa jasad para syuhada tidak hancur dan tetap utuh. Subhanallah!

Ratusan pendengar dari kalangan lelaki dan wanita tekun mengikuti perbahasan tema tersebut yang menghadirkan dua pengulas iaitu Ustaz Fuad Alhadzimi, bekas Imam Masjid Al Hijrah Tempe, Sidney, Australia dan Dr Wahyu Alamsyah, dari residen Bedah Kedoktoran Universiti Gajah Mada (UGM).

Acara yang dimulakan pada jam lapan pagi dengan pengulas pertama Dr Wahyu, yang mengupas bagaimana sebuah jasad orang yang meninggal dunia melalui proses pereputan. Dijelaskan sebuah jasad orang yang mati akan melalui proses dekomposisi (pembusukan) atau degradasi tubuh mayat kerana proses autolis dan aktiviti mikroorganisme. Maksima dalam lima hari maka jasad si mati sudah mula membusuk, diikuti proses lain seperti perut menggelembung, scrotum (alat kelamin) membesar dan lain-lain lagi seperti yang di jelaskan di dalam buku yang diulas.

Doktor yang bertugas di UGM ini juga menceritakan sedikit pengalaman seorang rakan doktor lain yang merawat sebuah jasad. Diceritakan seorang doktor di luar negeri yang menerima jenazah orang yang sudah meninggal dunia, kemudian doktor tersebut cuba memeriksa jasad tersebut, tetapi sayup-sayup dia mendengar suara adzan, kemudian doktor tersebut mengambil stetoskop dan meletakkan pada dada jenazah tersebut, ternyata suara adzan itu berasal dari jenazah tersebut. Doktor itu kemudiannya memanggil jururawat lain untuk membantu memeriksa, para jururawat lain ternyata turut mendengar hal yang sama. Setelah di cari informasi, mayat tersebut adalah seorang yang ketika hidupnya bertugas sebagai muadzin, lelaki itu tidak pernah terlambat solat dan selalu rajin ke masjid.

Ketika menceritakan hal tersebut, Dr Wahyu sempat terhenti dan menitiskan air mata.

Jenazah para syuhada tidak membusuk

Doktor Wahyu menjelaskan proses pembusukan mayat adalah kerana tindakbalas mikroba, sebuah makhluk bernama mikroba yang Dr Wahyu jelaskan sebagai “pasukan Allah” untuk mereputkan atau membusukkan mayat sehingga hancur.

“Namun anehnya perintah mikroba untuk menghancurkan mayat ini tidak berlaku pada jasad para nabi, syuhada dan orang-orang yang hafaz Al Qur’an,” jelas Dr Wahyu.

Acara kemudian dilanjutkan pada sesi pengulas kedua, Ustadz Fuad Alhadzimi. Ustadz Fuad, Bekas Imam Masjid Sidney Australia ini memulakan acara dengan menayangkan gambaran orang-orang yang syahid di medan perang dalam sebuah filem singkat. Diperlihatkan potongan film komandan Khottob (Chechnya), Syaikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi serta Yahya Ayyash (Palestina), Syaikh Usamah bin Ladin, serta beberapa foto syuhada lainnya, termasuk dari Indonesia.

Ustadz Fuad memulakan dengan penjelasan keutamaan orang syahid, jihad serta penjelasan lainnnya sehingga adzan Dhuhur berkumandang. Tambahan informasi, buku The Miracle of Shaheed ditulis oleh Dr. Abdul Hamid Al Qudhoh, ia adalah seorang ahli ilmu mikrobiologi.
Read Full 1 comments

(GAMBAR) Sekitar Hari Penutup Muktamar PAS Ke-57

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan pengulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menunjukkan keratan artikel sebuah akhbar tempatan ketika menyampaikan ucapan pengulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) bersama timbalannya Mohamad Sabu berbincang sesuatu pada sesi ucapan pengulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Sebahagian perwakilan PAS tekun mendengar ucapan pengulungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Antara sebahagian pihak media yang membuat liputan ucapan pergulungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapan pengulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ketika menyampaikan ucapan pengulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Naib Presiden PAS,Salahudin Ayub ketika menyampaikan ucapan pergulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua, kanan) bersama timbalannya Mohamad Sabu (tengah) dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kiri) melambai kepada pihak media ketika bersalaman dengan pihak perwakilan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.




Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Kenaikan Tarif Elektrik, SALAH MAHATHIR : Bekas Pengerusi TNB

Isu kenaikkan tariff bekalan elektrik YANG PERLU anda FAHAM.

1. Ia dilakukan dengan sengaja oleh kerajaan untuk kepentingan beberapa rakan dan sahabat korporat pemimpin yang berkuasa. Rakyat telah tertipu dengan apa yang berlaku di dalam isi PPA (Power Purchase Agreement) di antara TNB dan syarikat IPP pada tahun 2006.

Pada masa itu Tan Sri Ani Arope telah meletakan jawatan dan sehingga hari ini beliau merasakan ketidakadilan yang dilakukan oleh EPU di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.Pengerusi TNB begitu kecewa dan marah dengan tindakan kerajaan memaksa TNB membeli bekalan tenaga dari IPP dengan harga yang tinggi dari yang sepatutnya.

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir. “TNB ialah budak belasahan.

2. Jika TNB mempunyai bekalan tenaga dengan harga 0.12 sen kenapa EPU memaksa TNB untuk membeli bekalan tenaga itu dengan harga 0.23 sen dari syarikat kroni?

3. Kenapa EPU sanggup memaksa TNB membeli dengan harga yang begitu tinggi dengan jumlah yang di tentukan oleh EPU sama ada bekalan itu diguna atau pun tidak. Bukankah ini satu tindakan yang sangat hina dan memalukan negara?

4. Tindakan PAKSA-BELI itu sama juga seperti syarikat IPP itu merompak segala dana yang ada di dalam TNB itu?

5. Kebanyakan infrastuktur pembekalan itu telah disiapkan oleh TNB dari awal lagi. Kenapa begitu zalim dan dimanakah letaknya maruah pemimpin yang bersama melakukan kerja yang sangat hina ini.

6. Tugas TNB ialah untuk mendapatkan bekalan yang semurah mungkin supaya rakyat tidak terbeban. Tetapi perjanjian itu menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga tariff yang tinggi hasil dari kos pembelian yang terlalu mahal dari syarikat IPP kroni pucuk pimpinan itu?

7. Apabila isu ini sudah menjadi pengetahuan umum, SANGAT WAJAR supaya perjanjian di antara TNB dan syarikat IPP terbabit di ‘declassify’kan untuk tatapan rakyat. Ini merupakan satu isu yang sangat serius dan ini bukannya isu kecil-kecilan. Ini adalah rompakan yang lebih merbahaya dari rompakan bersenjata.

8. Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata kerajaan tidak boleh mendedahkan perjanjian tersebut kerana melibatkan pihak swasta (IPP). Saya ingin bertanya kepada Peter Chin, kalau kerajaan tidak boleh melakukannya siapa yang boleh? Bukankah TNB itu kepunyaan rakyat dan kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat?. Ini merupakan jawapan yang tidak bertanggungjawab dan ianya menunjukkan dengan jelas yang perjanjian itu mempunyai elemen ‘hanky-panky’ yang tidak mungkin diampunkan rakyat jika mereka mengetahui perkara yang sebenarnya.

10. Dr Mahathir wajar menghadap rakyat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan orang ramai kerana beliau merupan PM ketika itu dan Jabatan EPU yang memaksa TNB menerima kandungan perjanjian itu terletak di bawah beliau.

11. Dr Mahathir mesti menjawab kenapa pilih untuk membeli tenaga dengan harga 0.23 sen/pKh sedangkan ada pihak yang berkemampuan untuk menjualnya kepada TNB dengan harga 0.12 sen/pKh.

12. Dr Mahathir juga perlu menjawab kenapa TNB diWAJIBkan membeli tenaga itu dengan jumlah yang di tentukan samada tenaga itu diperlukan atau pun tidak?



Kredit : AspanAlias
Read Full 1 comments

PAS Tuntut KEBAJIKAN Untuk KOMUNIS

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Perwakilan PAS telah menyeru kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyediakan kebajikan untuk askar-askar Melayu yang bergabung dengan pasukan komunis dan sama-sama menentang pendudukan British.

Zabur Nawawi, dari Batu, berkata Melayu-melayu “komunis” harus dipertimbangkan sebagai pejuang kerana mereka juga berjuang untuk kemerdekaan negara.

“Mereka bukan komunis. Mereka hanya bekerjasama dengan bintang tiga (Parti Komunis Malaya). Saya tidak menolak kerajaan Britain dan perikatan ketika itu mengeksploitasikan kumpulan Melayu ini dan melabelkan mereka sebagai komunis.


“Mereka bukan satu ancaman bagi negara dan kumpulan ini telah dieksploitasikan oleh Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama,” katanya.

Parti Komunis Malaya (PKM), yang dibentuk pada 1930, amat dikenali peranannya semasa darurat dan ketika berperang untuk kemerdekaan serta anti-British.

Dia menambah bahawa kumpulan ini telah terus menjadi angsa sejak dari zaman penjajahan British sehingga kepada kerajaan.

Zabur menyokong satu usul yang dibentangkan oleh PAS Johor yang mendesak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) supaya mewujudkan sekretariat kebajikan untuk veteran-veteran tentera di negara ini.


Kredit : TMI
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks