blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'Mat Sabu Belajar ITM Tak Habis', PERKASA

Saturday, June 4, 2011
Nampaknya faktor kemenangan Abg Mat dalam Pemilihan PAS kali ini memberikan impak yang amat besar. Tidak hanya kepada UMNO malah turut kepada PERKASA. Dan sebaik saja Abg Mat diumumkan kemenangannya sebagai Timbalan Presiden PAS, PERKASA sudah memukul canang 'politik peribadi'. Tidak mustahil dan saya amat yakin...tidak lama lagi, puak-puak ini akan menyambung siri 'politik dalam kain' yang akan dihalakan kepada Timbalan Presiden PAS yang baru.

Kita lihat apa kenyataan awal daripada Pemimpin Tertinggi PERKASA di atas kemenangan Abg Mat Sabu.


“Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi. Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi,”
- Presiden PERKASA, Ibrahim Ali.



“Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar. Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja. Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu,”
- Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali
Read Full 14 comments

(GAMBAR) Detik-detik Pengumuman Kemenangan Mohamad Sabu



KUALA LUMPUR, 4 Jun -- TAHNIAH... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu selepas diumumkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Ahli Jawatankusa Kerja PAS Pusat Penggal 2011-2013 dengan undian tertinggi dari perwakilan iaitu sebanyak 420 undi sempena majlis Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) bersalaman dengan Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu selepas diumumkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Ahli Jawatankusa Kerja PAS Pusat Penggal 2011-2013.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu sambil diperhatikan oleh bekas penyandang jawatan berkenaan, Nasharudin Mat Isa (kiri)


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu melambai-lambaikan tangannya kepada pihak media selepas diumumkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Ahli Jawatankusa Kerja PAS Pusat Penggal 2011-2013


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Bayi 3 Bulan Sudah BERPAYUDARA Dan Keluar HAID

Doktor di Russia bingung dengan apa yang terjadi kepada seorang bayi perempuan. Bayi ini sudah menunjukkan tanda-tanda akil baligh pada usia seawal 3 bulan!

Milana yang sekarang berusia 7 bulan, mempunyai kitaran haid yang teratur, payu daranya sudah mula membentuk dan dia sudah tumbuh bulu di kemaluannya, menurut laporan DailyMail.

Menurut sebuah sumber di Hospital Kanak-kanak Rusia berkata, "Ini adalah kes pertama kami tentang bayi mencapai akil baligh."

"Setakat ini, pendaftaran paling awal untuk kes seperti ini di dunia adalah untuk seorang budak perempuan berusia lima tahun." Budak itu berasal dari selatan Rusia, dan menurut doktor tempatan bayi itu lahir dalam keadaan normal sepenuhnya.

Mereka pada awalnya mendakwa ia adalah kerana tumor yang menyebabkan kejadian aneh ini berlaku kepada bayi ini selepas tiga bulan di lahirkan.

Mereka mengesyorkan kemoterapi, tetapi ditolak oleh pasangan ibu bapa bayi ini, Anna dan Yevgeniy Gaspirovich yang berumur 30 tahun.

Diagnosis tumor masih tidak disahkan dan Olga Bogdanova, Naib Ketua Doktor Hospital Novokubanskaya Tengah, berkata: "Kami tidak dapat memahami punca baligh awal yang luar biasa itu. Kami masih bingung. Mungkin ianya diwarisi secara abnormal (tidak normal). "

Setelah bayi ini dipindahkan ke Moscow untuk rawatan, dia didapati memiliki hormon wanita lima kali lebih tinggi berbanding seorang wanita dewasa.

Doktor merancang untuk merawatnya dengan terapi yang akan berlanjutan sehingga belasan tahun dengan suntikan tahunan terutamanya untuk hormon bayi itu.

Namun, ayah Milana, seorang pemandu khuatir mereka tidak mampu dengan kos perubatan £32,000 (lebih RM150 ribu).

Orang pertama yang menyedari gejala itu ialah nenek Milana, Valentina, yang mengatakan, "Saya memberitahu anak saya bahawa bukan perkara yang normal untuk bayi mempunyai bulu di kemaluan"
Read Full 0 comments

TAHNIAH! Abg Mat Sabu DARI SAMM Muar

Kenangan abang Mat ketika minum malam selepas ceramah bersama penyelaras SAMM dan ahli SAMM di PRK Merlimau. Dari kiri Sdr Ahmad Anwar, Sdr Mohd Faesal Mazian, abang Mat Sabu dan Penyelaras SAMM Chegubard. 

Kami SAMM Muar mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada Tn Hj Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan gelaran abang Mat di atas kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS...:Author Faethal


GOMBAK: Seperti yang dijangka Timbalan Presiden kini sah milik Mohamad Sabu apabila berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi. Seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat 399 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebentar tadi di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini sebentar tadi.

Dalam pemilihan PAS pada 2009 lalu, Mat Sabu tewas kepada penyandang Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharudin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mat Sabu memperolehi (261) undi.
Bagi Naib Presiden pula dua penyandang berjaya mengekalkan jawatan tersebut; Salahuddin Ayub (753), Datuk Mahfuz Omar (616) manakala Datuk Husam Musa berjaya memperoleh undi kedua tertinggi dengan 660 undi.

Melalui pengumuman kedua-dua jawatan tertinggi itu menyaksikan calon Ulama disingkirkan daripada senarai manakala golongan profesional memonopoli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2011-2013.
Read Full 0 comments

Tikus MAKAN BAYI Di Afrika Selatan


Banyak di antara jenis haiwan yang ditemui di Afrika memiliki ukuran yang lebih besar berbanding haiwan yang sama di benua lain. Tidak terkecuali tikus yang ditemui di perkampungan Cape Town Afrika Selatan yang mempunyai ukuran sebesar kucing dewasa, panjang ekornya hampir 90 cm dan yang mengerikan panjang giginya lebih dari satu inci. Tikus ini telah memakan kepala dua orang bayi di perkampungan tersebut.

Bayi malang...Lunathi Dwadwa
Lunathi Dwadwa bayi berusia 3 tahun yang sedang tidur di pondok orang tuanya di perkampungan di luar Cape Town dimakan kepalanya oleh si tikus raksasa, bermula dari kepalanya dan akhirnya bayi itu pun terkorban. Pada hari yang lain seorang lagibayi meninggal dunia kerana diserang seekor tikus raksasa di bandar Soweto berhampiran Johannesburg.

Ibu kepada bayi bernama Lunathi sangat terkejut apabila mendapati mata anaknya telah terkeluar serta dimakan bahagian alis dan pipinya oleh tikus tersebut.

"Saya tidak akan dapat melupakan bagaimana ketika melihat nasib anak saya yang matanya sudah dimakan. Tikus itu makan dari alis ke pipi, dan mata anakku sudah dilarikan oleh tikus," kata Bukiswa Dwadwa (27) ibu kepada bayi malang itu, seperti yang dilaporkan oleh The Sun pada Jumaat (3/6/2011).

Polisi tempat turut menyatakan, tidak ada (haiwan) lain yang melakukan perbuatan seperti itu kecuali tikus raksasa. Tidak lama kemudian polis turut menemui korban yang sama oleh tikus tersebut. "Kami dipanggil penduduk yang melaporkan kematian bayi dimakan tikus," kata anggota polis Bongani Mhlong. Sedangkan sebelum itu pihak polis sempat menuduh ibu kepada bayi malang tersebut telah melakukan pembunuhan sadis dengan bukti bukti yang ditemui.

Bagaimanapun tuduhan itu disangkal apabila semakin banyak laporan dibuat melibatkan mangsa yang mengalami nasib yang sama gara-gara keganasan tikus raksasa tersebut.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks