blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki 20 Tahun, Cuba MEROGOL Nenek 76 Tahun

Friday, June 3, 2011
Seorang lelaki muda berusia 20 tahun di Scotland menumbuk nenek berumur 76 tahun di bahagian kepala, menyeretnya ke tempat tidur dalam usaha untuk merogolnya. Demikian dilaporkan The Sun, Jumaat (3/6/2011).

Lelaki bernama Ryan Lidell dikenakan tuduhan melakukan kekerasan dan cubaan merogol. Liddell, yang bekerja sebagai tukang masak, masuk ke rumah mangsa pada malam hari namun berjaya lari setelah jiran kepada nenek malang itu mendengar bunyi kekecohan dan suara meminta tolong. Kini, nenek malang itu ditempatkan di sebuah rumah jagaan warda tua dan 'menangis sepanjang waktu'.

Liddell, berusia lima tahun, ketika ia ditembak di bahagian lengan dan dada oleh penjenayah gila Thomas Hamilton. Lelaki itu membunuh seorang guru dan 16 kanak-kanak sebelum akhirnya membunuh diri.

Liddell menderita gangguan tidur dan rasa takut yang teruk. Ia menolak semua tuduhan rogol yang dikenakan. Dari semua mangsa jenayah Hamilton iaitu 16 kanak-kanak, yang terselamat hanyalah Liddell seorang dan nasibnya kini bergantung di muka sidang pengadilan.
Read Full 0 comments

DITAHAN Kerana Jual KONDOM OBAMA


NEW YORK – Pihak Polis New York telah menahan seorang lelaki kerana menjual kondom bergambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk kali ketiga.

Jose Andujar (43) ditahan di Times Square kerana didapati menjual kondom Obama. Pihak polis berkata, penangkapan itu untuk kali ketiga itu adalah kerana melakukan penjualan barang tidak berlesen, menurut laporan DailyMail.

Sebelum itu, Penghakiman Negeri pernah memutuskan Andujar tidak memerlukan lesen untuk menjual kondom tersebut, dan produknya dilindungi perlembagaan di atas nama kebebasan bersuara. Namun, pihak polis tetap berkeras untuk menahannya.


Selain kondom Obama, Andujar turut menjual satu lagi kondom yang menggunakan nama tokoh politik Amerika Syarikat Sarah Palin. Slogan-slogan politik mereka dijadikan ayat iklan untuk menarik pembeli.
Read Full 0 comments

Osama DIBUNUH Dengan PELURU MINYAK BABI

WASHINGTON - Sebuah perusahaan pembuat minyak peluru di Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahwa peluru yang berlapiskan minyak babi, telah menyebabkan terbunuhnya Osama bin Laden dalam penyerbuan yang dilakukan pasukan AS 2 Mei lalu.


Pembuat cairan peluru Silver Bullet Gun Oil mendakwa bahawa peluru tersebut mengandungi lemak babi yang dicairkan sebanyak 13 peratus. Cairan peluru ini dikatakan ampuh untuk melumpuhkan kumpulan pengganas Muslim dengan kekuataan berganda.

Pemilik cairan peluru yang bernama The Midnight Rider, menjelaskan lemak babi tersebut akan menyentuh apapun yang diserang oleh peluru berlapis minyak babi itu.

"(Peluru berlapis minyak babi) ini efektif menyebabkan para pengganas Muslim ditolak masuk ke dalam syurga," kata Rider seperti dilaporkan Daily Mail, Jumaat (3/6/2011).

Peluru seharga USD895 (lebih RM 25) ini kononnya amat ditakuti oleh para pejuang Islam kerana kononnya menganggap memakan daging babi amatlah dilarang dalam Islam.

"Ribuan botol minyak Silver Bullet Gun Oil sudah diedarkankan sejak Julai 2004. Semua peluru ini sudah digunakan oleh semua kesatuan tentera AS," lanjut Rider.


Dalam video promosi minyak babi ini, mereka turut menggunakan foto Osama bin Laden dan mendakwa bahawa pemimpin Al Qaeda tersebut terbunuh oleh peluru yang berlapiskan minyak babi dari Silver Bullet Gun Oil.




Bodoh.....:Author Faethal
Read Full 1 comments

Remaja Jual BUAH PINGGANG Untuk Beli iPad2

Xiao Zheng...gilakan iPad2

Seorang remaja di China yang terlalu inginkan iPad 2 menyebabkannya sanggup menjual salah satu dari buah pinggangnya dengan harga 20,000 Yuan (lebih RM9 ribu).

Xiao Zheng, remaja 17 tahun ini mengaku kepada emaknya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya setelah melihat sebuah iklan di dalam internet yang menawarkan wang tunai bagi sesiapa yang ingin menjual organ tubuh.

"Saya ingin membeli iPad 2, tetapi saya tidak memiliki wang," Zheng memberitahu Shanghai Daily di wilayah selatan Guangdong.

Penjualann organ secara 'online' telah menjadi satu amalan biasa di China, walaupun kerajaan sudah cuba untuk membasminya.

Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebih dari sejuta orang di China memerlukan pemindahan organ setiap tahun, tetapi kurang dari 10,000 yang menerimanya, menyebabkan perdagangan pasaran gelap organ tidak dapat dikawal, dan ia memperkayakan broker, doktor dan pegawai kerajaan yang korup.

Remaja lelaki itu, yang menderita komplikasi selepas pembedahan, telah pulang ke rumah tetapi tidak dapat menyimpan rahsia itu daripada ibunya.


"Ketika dia pulang, dia mempunyai laptop dan handphone iPhone baru," ibunya, yang dikenali sebagai Miss Liu, berkata kepada stesen TV, sambil menunjukkan bekas luka di mana buah pinggang anaknya diambil, "Saya ingin tahu bagaimana dia mempunyai begitu banyak wang dan dia akhirnya mengaku bahawa dia telah menjual salah satu dari buah pinggangnya."

Produk Apple seperti iPhone dan iPad mendapat permintaan tinggi di China, dan ia dilihat sebagai lambang kekayaan dan kecanggihan bagi pelanggan muda.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks