blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Gara-gara Ramos, Piala Copa del Rey MASIH ROSAK

Thursday, June 2, 2011

MADRID – Trofi Copa del Rey yang dijatuhkan Sergio Ramos ketika meraikan kemenangan mengalahkan Barcelona diletakkan di muzium Federasi Bolasepak Sepanyol (FFF) dalam keadaan rosak.

Seperti yang diketahui, Ramos secara tidak sengaka menjatuhkan trofi Copa del Rey sehingga akhirnya dilanggar bas ketika melakukan perarakan keliling bandar Madrid.

Beberapa pegawai keselamatan berusaha menangkap trofi tersebut tetapi terlambat kerana bas yang mereka naiki sudah melanggar trofi Piala Raja tersebut.



Los Blancos akhirnya melanjutkan perarakan meskipun tanpa trofi yang dijatuhkan Ramos. Madrid akhirnya mendapat trofi 'salinan' untuk dipapar di dalam almari, sementara trofi asli diperbaiki.

Namun, pembaikan trofi original ternyata tidak sempurna seperti yang diharapkan. Trofi itu kini diletakkan di muzium FFF masih dalam keadaan rosak, seperti yang dilaporkan Yahoosports, Khamis (2/6/2011).
Read Full 0 comments

Nepal IKTIRAF Jantina KETIGA

Jenis jantina atau gender selama ini mungkin diketahui hanya ada dua, lelaki dan perempuan. Namun, pemerintah Nepal bermula tahun ini telah menetapkan jenis jantina baru atau jenis kelamin ke tiga, iaitu gay atau homoseks.

Pengiktirafan jenis kelamin baru yang pertama kalinya di dunia ini dianggap sebagai kemenangan atas persamaan hak bagi golongan sejenis di negara berpenduduk 29 juta orang ini. Sebelum ini, pengiktirafan homoseksualiti dan penghapusan diskriminasi gender telah dilakukan di negara ini tiga tahun lalu pada 2007.

Pengiktirafan jenis kelamin baru ini dimasukkan ke dalam undang-undang Nepal dan tertulis dalam sijil warganegara, termasuk di dalam kad identiti penduduk. Dengan ini, para gay dan golongan pondan di Nepal memiliki hak yang sama dalam pekerjaan, kehidupan dan pelbagai hal lain yang dapat dilakukan oleh warga normal.

Jurucakap Biro Statistik Nepal, Bikash Bista, berkata bahawa pengkategorian jenis jantina baru adalah usaha untuk mengubah pandangan Nepal dari negara sebuah tradisional yang konservatif menjadi negara moden yang memiliki sudut pandang yang baru.

Namun, pengiktirafan jenis kelamin ini bukan perkara mudah. Aktivis gay, Sunil Babu Pant, berkata bahawa mereka harus mendesak pemerintah untuk menerima orientasi seksual mereka.

"Ketika kami katakan akan membawa masalah ini ke pengadilan, pemerintah bersetuju dengan pengkategorian jenis kelamin yang baru," ujar Babu.

Jika di bawa ke pengadilan, Babu dan 'kaumnya' kemungkinan besar akan menang. Hal ini kerana peraturan penguatkuasaan penamatan diskriminasi gender dan orientasi seksual oleh Mahkamah Agung Nepal pada 2007. Undang-undang ini juga memberi kebebasan seseorang di Nepal untuk memilih jenis kelamin mereka.

Akan datang, para aktivis akan mendesak pemerintah untuk mengesahkan perkawinan sesama jenis. "Ada 50 hingga 60 pasangan homoseksual yang menunggu untuk berkahwin setelah pernikahan sesama jenis disahkan," tambah Babu.
Read Full 5 comments

Gaji Pengarah Eksekutif TNB MENINGKAT Kepada RM1.2 JUTA

PETALING JAYA: Gaji-gaji bos Syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah meningkat secara mendadak menurut Laporan Tahunan 2010.

Pada bulan Ogos 2010, Pengarah Eksekutif Che Khalib Mohamad Noh menerima satu gaji pokok tahunan sebanyak RM1.2 juta, jumlah sekali ganda berbanding yang diterimanya pada 2009.

Untuk caruman KWSP, bonus RM302,500 dan elaun-elaun lain, jumlah gaji yang diterimanya pada 2010 ialah sehingga RM1,806,664.

Laporan itu berkata: "Semasa kewangan tahun 2009/2010, Che Khalib turut menerima RM400,000 dan RM600,000 bagi tunggakan untuk gaji baru dan ex-gratia khas, yang diluluskan oleh MoF (Kementerian Kewangan) dan lembaga pengarah TNB."

Pengarah Eksekutif Kedua TNB Azwan Mohd, yang telah dilantik pada 15 April 2010, menerima satu imbuhan berjumlah RM755,320.22 termasuk gaji pokok RM457,440.

Syarikat tenaga ini juga menunjukkan peningkatan kecil gaji untuk kebanyakan pengarah-pengarah bukan eksekutifnya.

Bekas ahli politik Sarawak, Leo Moggie menerima RM313,791.15 pada 2010 berbanding gaji RM299,190.20 yang diterimanya pada 2009.

Rakan sejawatnya, Mohammad Zainal Shaari, membawa pulang RM134,056.95 tahun ini berbanding RM127,797.85 pada 2009.

Pengarah-pengarah bukan eksekutif lain, termasuk Puteh Rukiah Abd Majid and Hari Narayanan Govindasamy, menerima gaji yang lebih kecil pada 2010.





Pinjaman-pinjaman dan liabiliti

Pada keseluruhannya, syarikat tenaga juga menikmati hasil yang lebih besar dan satu keuntungan operasi kukuh, menurut rumusan kewangan froup lima tahun.

Pada 2010, TNB Group memperolehi RM30,320.1 juta dalam pendapatan; hampir RM10 bilion lebih berbanding 2006, dan RM1.5 bilion lebih daripada yang perolehi pada 2009.

Ia juga menerima RM4,182.7 juta dalam keuntungan menjalankan operasi, kedua tertinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak RM5,542.7 juta.

TNB Group mendapat keuntungan RM4,022.1 juta sebelum potongan pencukaian dan zakat, lebih daripada dua kali ganda berbanding 2009 (RM1,543.1 juta).

Keuntungan bersih pada 2010 kepada pemegang-pemegang ekuiti syarikat juga tiga kali (RM3,201.9 juta) lebih tinggi daripada 2009 (RM917.9 juta).

Jumlah aset TNB Group pada tahun 2010 meningkat kepada RM74, 081.100.000, dengan penurunan berbanding pada (2009) daripada jumlah pinjaman dan liabiliti RM21, 263.600.000 dan RM45, 266.600.000.


Kredit : FMT
Read Full 6 comments

Apa Yang Rakyat Malaysia Perlukan : KAPTEN MALAYSIA atau KAPTEN MELAYU?

Captain America

Komik The Marvel dengan superhero Captain America merupakan satu ikon paling popular di Amerika.

Beliau adalah seorang lelaki tipikal Amerika biasa yang jujur dan suka ​​kepada kebaikan tipikal dan penuh dengan nilai-nilai murni seperti mempertahankan orang yang tertindas, berjuang untuk kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman dan penindasan. Dia mempunyai kuasa super kelajuan dan ketangkasan untuk melawan orang jahat di zamannya, iaitu Nazi. Malah trailer untuk filem ini juga agak baik!

Di Malaysia, kita juga perlukan superhero, iaitu (bunyikan drum-roll!), Kapten Malaysia, pembela kebenaran dan keadilan, mempunyai nilai-nilai murni yang sama seperti juga Kapten Amerika. Kita perlukan ikon yang boleh menjadikan impian Malaysia yang besar menjadi kenyataan.

Tetapi apa yang kita ada sekarang ialah Kapten Melayu! Membosankan! Siapa dia Kapten Melayu? Kenapa, tidak ada orang lainkah selain Ibrahim Ali?. Sudah tentu. Ketua Perkasa adalah Kapten Melayu kerana dia menjuarai memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan lebih daripada itu, beliau sentiasa melontarkan komen-komen perkauman terhadap orang Cina.

Kapten Melayu?



Tidak lemah dan flip-flop

Dimanakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sepatutnya menjadi Kapten Malaysia? Ya, suaranya telah tenggelam di dalam suara perang yang datang dari Kapten Melayu dan konconya, Timbalan Perdana Menteri, alias Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimana beliau masyhur dengan slogan 'I am Malay first and Malaysian second' (Melayu Dahulu, Malaysia Kedua).

Najib yang lemah tidak mampu untuk mengeluarkan atau membuat sebarang pendirian politik kerana takut tersingkir daripada parti UMNO.

Semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras semestinya memberi undi mereka kepada Kapten Malaysia. Jika Najib gagal menjadi Kapten Malaysia, kita mesti mengundi seseorang yang dapat memenuhi peranan itu, dan sekarang orang itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Semuanya adalah tentang masa, untuk mengeluarkan Malaysia daripada belenggu kemurungan, dan menaikkan semula kecemerlangan nasional seperti era tahun 1950 apabila Malaysia mendahului di dalam Inggeris dan ekonomi di rantau ini. Sekarang kita telah jauh ketinggalan. Kita perlu 'peremajaan' dan 'penyegaran' semula. Sekarang ialah masa untuk diri kita, kita perlu bersedia untuk melakukan beberapa tugas yang penting.

Dan tugas penting yang pertama sekali perlu dilakukan ialah pentingnya mengundi (kerajaan) alternatif yang lain sebagai Kerajaan Persekutuan akan datang. Selepas itu barulah reformasi sebenar dapat dijalankan, rasuah dan kepincangan di dalam sistem kerajaan akan dirawat.

Jadi, nampaknya ada satu kekosongan untuk menjadi Kapten Malaysia. Siapakah yang paling layak mengisinya? Kemudian yang paling layak mengisinya, selepas itu barulah kita dapat mula bersaing dan melihat kekayaan ekonomi negara kita lebih berkembang. Malaysia memerlukan superhero! Sudah pasti kita tidak perlukan Ibrahim Ali sebagai Kapten Melayu.

Persoalannya, adakah rakyat atau masyarakat umum akan mengundi dengan bijak?


Kapten Harimau Malaya, Mohd Safiq Rahim




Kredit : MC
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks