blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

AWAS, Minuman Ringan Boleh MENGECILKAN BUAH ZAKAR

Wednesday, June 1, 2011
Beberapa buah negara telah menarik produk-produk minuman yang berasal dari Taiwan kerana boleh menyebabkan testis atau buah zakar mengecil.

Seperti diberitakan AFP, Hong Kong dan Filipina telah menarik balik produk-produk minuman yang diimport dari Taiwan yang mengandungi Bis (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP). Termasuk di antaranya berlabel Speed sports drink dan Speed lemon.


Menyebabkan testis mengecil

Sejak akhir bulan lalu, Taiwan telah melakukan penarikan ke atas beberapa produk minuman dengan label seperti Speed sports drink dan Speed lemon kerana mengandungi kadar DEHP yang melebihi had yang dibenarkan. Langkah penarikan itu diikuti beberapa negara yang mengimportnya, termasuk Hong Kong dan Filipina.

Dalam dunia industri, DEHP sering digunakan untuk melembutkan material plastik atau Polyvinyl Chloride (PVC). Penggunaannya di dalam kemasan makanan atau minuman tidak boleh tanpa kawalan, kerana ia berisiko mencemari produk dan menyebabkan keracunan.

Dalam kadar tertentu, DEHP memang tidak menunjukkan kesan negatif kerana boleh diterima dalam tubuh. Namun dalam jangka masa panjang ia boleh mengganggu sistem kesuburan khususnya kepada lelaki kerana membuatkan buah zakar mengecil.
Read Full 0 comments

Heboh, Wajah OSAMA Muncul Pada ROTI

Heboh kelihatan Wajah Osama Bin Laden pada roti panggang.

Dailymail melaporkan, salah seorang lelai di West Midlands yang tidak mahu disebut namanya terkejut apabila selesai memanggang roti untuk sarapan. Ini kerana salah satu sisi roti tersebut muncul imej gambar yang mirip dengan Osama Bin laden.

Read Full 0 comments

Lelaki 109 Tahun Masih SIHAT, Hisap 8 KOTAK ROKOK SEHARI

LUMAJANG - Rokok adalah teman dan makanan seharian seorang lelaki tua di Kaki Gunung Lemongan-Lumajang Jawa Timur. Soebiyantoro atau Mbah Citro penduduk di Desa Papringan Kecamatan Klakah boleh menghabiskan 8 kotak rokok sehari.

"Saya jarang makan, jadinya merokok," kata Mbah Citro pada Rabu (01/06/2011).

Menurutnya, dia merokok sejak muda. Sejak awal lagi dia lebih menyukai rokok kretek daripada rokok yang mempunyai filter. Sambil-sambil merokok, dia biasanya minum kopi pahit.

"Kadang-kadang saya merokok lebih dari 8 kotak sehari," kata lelaki yang kini berusia 109 tahun, lahir di Magetan pada 21 Ogos 1902.

Kegemarannya menghisap tembakau membuatnya meletakkan beberapa kotak rokok di meja berhampiran tempat tidur. Beberapa orang yang rapat dengannya juga kerap membawakan rokok kesukaan Mbah Citro setiap kali berkunjung ke situ.

"Rokok ini dibelikan saudara-saudara saya," ujarnya lagi.

Apakah rahsia Mbah Citro mampu kekal hidup sihat selama 109 tahun? Ternyata, dia punya rahsia yang sebenarnya tidak terlalu rumit, iaitu menu makanan. Mbah Citro sehari-hari hanya makan ulam-ulaman. Seperti ubi-ubian, kekacang dan lain-lain.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks