blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Remaja Perempuan 19 Tahun DIREJAM SEHINGGA MATI Kerana Sertai RATU CANTIK

Tuesday, May 31, 2011

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine.

Katya Koren yang tinggal di wilayah Crimea di Ukraine. Mayat perempuan tersebut ditemui ditanam di kawasan pokok-pokok di Crimea.

Menurut laporan Daily Mail, remaja perempuan tersebut telah direjam oleh 3 remaja muslim sehingga mati kerana menyertai pertandingan ratu cantik. Mereka menyatakan telah bertindak berlandaskan undang-undang Syariah, menurut polis yang menyiasat kes tersebut.Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren ialah Bihal Gaziev 16 tahun yang ditahan polis selepas memberitahu remaja perempuan itu telah melanggar undang-undang Syariah.

Menurut rakan Katya, dia memang amat meminati fesyen dan gemar berpakaian cantik, Katya mendapat tempat ke 7 dalam pertandingan ratu cantik tersebut. Mayat Katya dijumpai di dalam hutan oleh pihak polis setelah dilaporkan hilang selama seminggu.


Gaziev memberitahu pihak polis,dia tidak menyesal di atas tindakannya merejam Katya Koren kerana dia telah melanggar undang-undang Islam.


Kelemahan umat Islam di dalam perkara-perkara seperti ini akan dijadikan modal Barat untuk memburukkan Islam...alahai..:Author Faethal
Read Full 4 comments

Austin Mbewe Pemenang LELAKI PALING HODOH 2011

Paling Hodoh....Mr Ugly 2011 Austin Mbewe didampingi oleh naib johan Kudakwashe Chiramba (kiri) dan Chitova Chezira. Gambar di sebelah kanan ialah pemenang tahun lalu Elmas Moses

Pertandingan kecantikan dan juga ketampanan mungkin sudah biasa. Bagaimana jika pertandingan untuk mencari lelaki paling hodoh?

Austin Mbewe, 30 tahun dari Bandar Bulawayo, Zimbabwe, dengan bangga mengenakan mahkota Mr Ugly, dan turut memenangi hadiah wang tunai USD173 dan sehelai selimut.

“Saya merasa sangat bangga atas penghargaan ini. Saya selalu menjadi bahan ejekan sejak dari kecil dan dunia kini dapat mengetahui bahawa ada sesuatu yang baik dari kehodohan saya ini,” kata Mbewe kepada The Herald.

“Saya amat yakin dengan wajah saya yang semula jadi ini dan percaya pada diri. Ini merupakan pertandingan yang sangat sengit, tetapi akhirnya kerja keras saya mendatangkan hasil,” katanya lagi pada Selasa (31/5/2011).

Mr Ugly 2011 Austin Mbewe
Pertandingan yang diadakan di Pagomo Heights Leisure Centre, Beitbridge, wilayah yang bersempadan dengan Afrika Selatan ini mengundang ramai penonton. Mereka datang beramai-ramai untuk menyaksikan pertandingan lelaki hodoh ini.

Kira-kira 15 lelaki hodoh bertanding dalam pertandingan tersebut. Enam daripada peserta lelaki hodoh tersebut sudah nampak gugup pada minit-minit terakhir.

Pertandingan lelaki hodoh ini memasuki tahun ketiga, turut disokong oleh Pusat Pelancongan Zimbabwe dan juga Dewan Seni Nasional. Semua juri pertandingan ini adalah wanita.
Read Full 0 comments

14 MATI Kes TIMUN BERACUN, Dan Terus Bertambah

BERLIN - Seramai 14 orang di Jerman dilaporkan meninggal dunia akibat memakan timun import. Timun tersebut dilaporkan beracun dan ditemui bakteria di dalamnya.

Selepas hampir 2 minggu korban mangsa akibat timun ini terus bertambah. Dua korban terakhir adalah wanita berusia 50 tahun dan lelaki 75 tahun. Jumlah sehingga kini jumlah mangsa yang meninggal dunia mencapai hingga 14 orang, sementara ratusan lainnya menderita kesakitan.

Kira-kira 1200 kes dilaporkan ketika wabak ini merebah di wilayah utara Jerman. Lembaga Pengendalian dan Pencegahan Wabak Penyakit Eropah mendakwa bahawa bakteria E.coli terdapat pada timun beracun tersebut. Demikian dilaporkan AFP, Selasa (31/5/2011).

Pihak berkuasa Jerman memperingati penduduknya untuk tidak meMAKAN sayuran mentah setelah merebaknya wabak bakteria yang berasal dari timun yang diimport dari Spanyol. Sebaik saja timun tersebut dikatakan beracun, Belgia dan Rusia melarang dari mengimport timun serupa dari Negeri Matador tersebut.

Namun sehingga kini pihak Kesihatan Jerman belum dapat memastikan penyebab kepada penyebaran bakteria E.Coli tersebut. Bakteria ini memang berbahaya, kerana dapat menyebabkan cirit-birit dan kerosakan pada hati hingga menyebabkan kematian.

Wabak ini telah menyerang beberapa negara di Eropah termasuk England, Denmark, Sweden dan Belanda. Sebahagian besar mangsa adalah rakyat yang baru melakukan perjalanan di Jerman.
Read Full 0 comments

LYNAS Akan Ulang TRAGEDI BUKIT MERAH Di Kuantan (WAJIB BACA)

Tidak, ia bukan tentang Bukit Merah Resort, sebuah taman tema percutian yang indah.

Ia adalah tentang THORIUM.

Apapun yang terjadi kepada THORIUM yang dibuang oleh Asian Rare Earth Sdn Bhd, anak syarikat kepada Mitsubishi Chemical Ind Ltd, pada tahun 1986?

Apakah ianya masih ada? Dibuang dimana? Di suatu tempat di negara ini?
BUKA HATI anda dan BACA susunan artikel di bawah serta BAYANGKAN jika ia berlaku kepada KITA atau SAUDARA MARA kita.


Mangsa Bukit Merah Yang Terselamat: "Air mata kami sudah kering"

Ia sudah hampir 30 tahun sejak kali pertama Lai Kwan menjejakkan kakinya ke kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Ketika itu dia baru saja mendapati dirinya hamil anak keenam iaitu anak bongsunya, tapi disebabkan kemiskinan membuatkannya mempunyai pilihan yang terhad dan dia terpaksa bekerja sebagai buruh pekerja dengan kontraktor tempatan, yang dilantik untuk membina struktur tambahan pada kilang tersebut.

Tanpa diketahuinya, bahawa keputusannya untuk mendapatkan sesuap makanan untuk keluarganya akhirnya akan menghancurkan hatinya.

Beberapa bulan selepas ia bekerja di kilang ARE, anaknya yang ia mahu kenali sebagai Kok Leong, lahir cacat.

Anak itu mengalami masalah teruk pada matanya, dan akhirnya kehilangan penglihatan mata kirinya ketika ia berusia lima tahun. Ia juga menderita masalah hati berlubang.

Tetapi apa yang paling menyakitkan Lai Kwan ialah anaknya turut mengalami masalah mental.

Kok Leong sekarang sudah dewasa dan berusia 29 tahun, tapi fikirannya tidak berkembang daripada anak kecil. Dia memiliki kemampuan yang sedikit untuk bercakap, dan tidak pernah berhenti menggunakan lampin.

Untuk menjaga dan keselamatannya dari berkeliaran keluar dari rumah, ia diletakkan di bahagian belakang rumah sederhana mereka - berasingan dari dunia luar dengan sebuah pintu kawat dibina sehingga paras dadanya.

Dan itulah tempat tinggal Lai Kwan yang sekarang berusia 69 tahun, telah menghabiskan tiga dekad hidupnya, menjaga anaknya sejak bertahun-tahun dengan cara yang sama sejak dari hari pertama ia dibawa pulang.

Salah seorang anak perempuan Lai Kwan terpaksa berhenti sekolah dan belum sempat tamat Kelas Peralihan demi membantu keluarganya, kerana suaminya telah meninggalkan mereka dan dia tidak boleh meninggalkan sisi anaknya.

"Ketika anda melihat saya dan anak saya, dapatkah anda merasakan apa yang aku rasa?" katanya dalam Hakka, dialek yang dia fasih kerana hanya mendapat pendidikan yang terhad.



Tidak ada petunjuk tentang radiasi

Kilang ARE, yang dikendalikan oleh syarikat Jepun Mitsubishi Chemicals dari 1980 hingga ke awal 1990-an, dipersalahkan kerana menyebarkan keracunan radiasi di Bukit Merah kerana ia didakwa melakukan pengurusan yang buruk terhadap sisa radioaktif yang dihasilkan dari pemprosesan amang timah yang diekstrak dari nadir tanah.

Akibat dari operasi kilang ini, telah menyebabkan wujudnya salah satu tempat pelupusan terbesar sisa radioaktif di Asia, dengan salah satu tapaknya didirikan di kaki bukit Kledang yang berdekatan.

Kesan bahaya dan buruk kepada kesihatan dalam episod ARE muncul kembali baru-baru ini ketika perancangan oleh Lynas, sebuah syarikat perlombongan Australia untuk membina satu lagi kilang pemprosesan tanah nadir, kali ini di Gebeng, Pahang, diumumkan.

Menceritakan saat ketika ia bekerja di kilang ARE, Lai Kwan mengatakan agak aneh bahawa semua ahli kakitangan diharuskan memakai pin termometer di atas dada mereka setiap kali mereka berada di tapak, yang dia dapat tahu kemudiannya digunakan untuk mengukur paras radioaktif.


"Setiap kali di tempat kerja, aku akan terbau sesuatu yang sangat buruk. Itu membuat saya merasa haus, tetapi selain itu aku tidak merasakan sesuatu yang aneh. Saya hanya mengetahui (tentang sisa radioaktif) ketika penduduk Kg Papan mula memprotes terhadap kilang itu kerana rancangan mereka untuk menanam sampah di desa. Penduduk desa memberitahu kepada saya tentang hal itu," katanya.

Seorang lagi warga emas, yang keluarganya juga menderita kerana keracunan radiasi dari kilang ARE, mengatakan ia teramat sukar bagi puteri bongsunya, yang sering keluar dan masuk ke hospital sejak masih bayi.

Panchavarnam Shanmugam, 55, yang bekerja sebagai buruh pembersihan hutan di sebidang tanah yang berhampiran dengan kilang ARE pada tahun 1987 ketika ia melihat banyak air yang dibuang keluar dari kilang tersebut.

"Kami mengambil masa tujuh bulan untuk membersihkannya. Kebiasaannya akan ada banyak air dari kilang itu dan ia menjadi hampir setinggi lutut kita. Airnya sangat berbau," katanya di rumahnya.


'Anak saya menderita'

Setahun kemudian, anak bongsu Panchavarnam, Kasturi lahir dan hampir mengalami komplikasi.

Dia menceritakan bagaimana ketika bayi, Kasturi tiba-tiba menderita radang di seluruh tubuhnya sehingga dia harus dirawat persekitaran yang steril di hospital.

Puterinya juga kerap sakit kepala, yang diikuti dengan pendarahan hidung dan ada beberapa kali sehingga menyebabkan pengsan.

Ketika Kasturi berusia sekitar 10 atau 11 tahun doktor mendapatinya menderita leukemia. Tidak ada seorangpun daripada dua adik beradiknya mempunyai penyakit tersebut, Panchavarnam juga mendapatai tidak ada sesiapa pun dikalangan keluarganya yang memiliki penyakit tersebut.


"Dia tidak boleh berjalan seperti rakan-rakannya, dan dia merasa sukar untuk menumpukan perhatian pada apa pun. Dia boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, tapi sukar baginya untuk fokus ... dia tidak dapat menamatkan sekolah tingkatan lima," Panchavarnam (kanan) menceritakan puterinya.

Kasturi, sekarang 23 tahun, sekarang bekerja di sebuah kedai tekstil berhampiran, tetapi Panchavarnam berkata puterinya masih kerap masuk dan keluar dari hospital.

"Ia terlalu sukar untuknya," kata ibunya.

Dan, seperti yang dijelaskan oleh anak perempuab Lai Kwan, yang meminta tidak disebutkan namanya, kesusahan itu tidak hanya kepada mereka yang sakit disebabkan oleh radiasi, tetapi juga pada keluarga mereka, yang tidak berdaya untuk mengubah nasib orang yang mereka cintai.

"Saya melalui masa yang sukar di sekolah sebelum berhenti, kerana kawan-kawan sekelas saya akan mengejek adik saya kerana keadaannya. Ibuku tidak boleh pergi ke majlis makan perkahwinan, atau meraikan Hari Ibu kerana tidak akan ada sesiapa untuk menguruskan adik.


"Kami sudah puas menangis sehingga air mata kami sudah kering," katanya.



Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah


Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

Anda rakyat prihatin. Selamatkan generasi masa depan kita. Bersuaralah dan hentikan pemprosesan ‘rare earth’ di Kuantan sebelum terlambat.

1979
November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.


1982
Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.


1983
November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan


1984
24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.


1985
11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.


1986
22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.


1987
6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu. Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.


1988
25 Januari: Perbicaraan disambung semula.


1990
13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.


1992
11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.


3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.


1993
15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


1994
19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.


Kredit : Mkini, sisaradioaktif




Kepada yang perihatin isu LYNAS dan benar-benar cintakan Malaysia, sama-sama edarkan artikel ini di wall facebook anda dengan KLIK butang SHARE untuk disampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda..:Author Faethal
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks