KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad agak
'luar biasa sederhana' ketika menyerang terhadap dua artikel yang mengkritik kerajaannya dalam majalah
Time and
Fortune pada awal 1995 kerana dia “bukanlah lelaki yang disebut di dalam cerita tersebut”.
Juga , Mahathir tidak berminat meneruskan serangan-serangannya terhadap artikel majalah
Time yang secara khusus mendakwa hubungan-hubungan yang berlaku di antara kerajaannya dengan pergerakan Abu Sayyaf di Filipina.
“Memandangkan sejarah umum yang suram berkaitan pelbagai urusan di antara Moro-Malaysian, dia mungkin merasakan adalah (langkah) terbaik untuknya tidak pergi kepada butiran yang lebih lanjut,” tulis diplomat AS di kedutaan AS di dalam kabel rahsia mereka kepada the
US State Department di Washington. Kabel rahsia ini bertarikh pada 13 April, 1995.
Kabel ini dibocorkan oleh WikiLeaks dan diserahkan kepada FMT hari ini
.
Diplomat AS merasakan bahawa Mahathir cepat dengan serangan-serangannya yang anti Baratnya apabila dua artikel telah dicetak, terutama apabila pilihan raya umum semakin hampir. Bagaimanapun , mereka menyatakan tindak balasnya ialah
“sederhana dan kelihatan sementara”.
Diplomat AS merasakan sebab utama mengapa serangan Mahathir yang sederhana kepada
Time dan
Fortune disebabkan fakta itu yang dirinya bukanlah yang disasarkan di dalam dua artikel tersebut.
Diplomat juga menyebut yang Mahathir sedar terhadap serangan-serangan terbarunya yang anti-British dan anti-Australia tidak akan memberikannya kemenangan yang mutlak.
Mereka merasakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mahu untuk menimbulkan isu berikutan artikel
Time, terutama melihat kepada pertalian sejarah antara pergerakan Moro dan Malaysia.
Artikel
Time yang diterbitkan pada 10 April 1995 telah menuduh kumpulan pelampau Islam Selatan Filipina
Abu Sayyaf telah menerima senjata, wang dan latihan untuk kumpulan Islam itu daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia.
Artikel seterusnya mendakwa Abu Sayyaf menggunakan kem-kem latihan di Malaysia dan mengharapkan penghantaran-penghantaran senjata dari penyokong-penyokong Malaysia.
Kempen media barat
Tindak balas Mahathir terhadap artikel tersebut ialah melabelkannya sebagai
“sebahagian dari satu kempen media barat untuk menghina Malaysia” menghalang pelaburan dan pelancongan.
Artikel
Time diterbitkan sejurus selepas artikel berbeza dalam majalah
Fortune yang telah menyatakan bahawa mata wang Malaysia menghadapi risiko.
Diplomat AS berkata Mahathir amat risauk kesan negatif daripadadua artikel tersebut kepada Malaysia.
Bagaimanapun , mereka berkata tiada sesiapa daripada pihak kerajaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi yang mengadu tentang artikel
Time tersebut kepada kedutaan AS.
Mereka menambah bahawa Mahathir telah mengarahkan satu penangguhan dalam pengedaran majalah
Time keluaran tersebut tetapi tidak mengharamkannya, apa yang diberitahu oleh pemerhati-pemerhati adalah majalah tersebut akan dibenarkan untuk jualan selepas dua minggu.
Diplomat US mencatatkan di dalam kabel bahawa tahap kemarahan Mahathir kepada
Time ialah
“sederhana dan singkat” dan tidak ada apa-apa berbanding dengan tindakan-tindakannya menentang penerbitan lain pada masa lalu.
Mereka menyatakan bahawa dia pernah menolak kontrak-kontrak untuk firma-firma British sebagai tindak balas terhadap satu artikel yang tidak baik di dalam akhbar British.
Kredit : FMT