blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

HUBUNGAN SEKS Sebagai PAMERAN SENI

Friday, May 27, 2011

Di Songzhuang Beijing [daerah seni], seniman berusia 57 tahun Cheng Li yang mempersembahkan 'hubungan seksual' sebagai pameran seninya telah ditahan polis, dan dijatuhkan hukuman 1 tahun menjalani hukuman pendidikan semula melalui kerja-kerja buruh.

Dokumen penghakiman pendidikan semula melalui Jawatankuasa Pentadbiran Buruh menunjukkan yang "Cheng Li didapat terlibat telah berbogel membuat persembahan lucah, menarik perhatian ramai penonton dan menimbulkan huru-hara di tempat kejadian", menyebabkan berlakunya gangguan awam. Peguam Cheng Li sedang di dalam proses memohon untuk pertimbangan semula. Ia akan melihat semula sama ada tindakan Cheng Li itu berkaitan seni atau lucah.

Berdasarkan gambar-gambar di tempat kejadian yang tersebar di internet, jelas boleh dilihat Cheng Li dalam keadaan bogel dan seorang perempuan melakukan hubungan seksual, dan ramai orang yang melihatnya dengan serius dan ada yang mengambil gambar mereka. Peguam Cheng Li,Wang Zhenyu memberitahu wartawan Cheng Li memberitahunya selepas kejadian ada dua tujuan untuk seni persembahan ini:

PERTAMA ialah untuk menyindir keadaan semasa di mana seni telah terlalu 'dibungkus' secara komersial.

KEDUA ialah untuk memberitahu masyarakat jangan berfikir buruk pada hubungan seks normal atau memikirkannya sebagai perbuatan yang hodoh.

Pameran seni ini hanya menjemput sebilangan peserta yang khusus / di dalam bidang seni dan tidak dibuka kepada orang awam.

Kredit :NetEase



Dah macam anjing kat tepi jalan dah aku tengok...:Author Faethal
Read Full 2 comments

CACING Dalam COKLAT


Nampaknya cacing tidak hanya tinggal di dalam tanah, di Sharjah, Arab Saudi, cacing ditemui di dalam sekotak coklat.

Pihak polis yang menerima laporan dari seorang lelaku terus mengambil tindakan dengan menyiasat ke sebuah kedai yang menjual coklat.

Penyiasat akhirnya mengesahkan laporan dakwaan tersebut setelah mengambil beberapa sampel coklat dan menemui cacing dan telur di dalam coklat tersebut.

“Penyiasat kami pergi ke kedai tersebut dan mengambil sampel dari produk yang dilaporkan. Dia menemi bahawa beberapa dari coklat itu berisi cacing sehingga kami terpaksa merampas semua produk itu,” kata Direktor Polis Tempatan Sulan Al Mualla, seperti dilaporkan Emirat Alyoum, Khamis (26/5/2011).

Mohammed Shukri yang membuat laporan tersebut sebelum itu telah membeli sekotak coklat untuk puterinya. Namun ketika membuka coklat tersebut, dia menemui cacing-cacing di dalam coklat bulat itu.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks