Baru-baru ini, Jabatan Industri dan Perdagangan Hefei menemui satu bahan tambah “ekstrak daging lembu” telah beredar dengan meluas di pasaran, membolehkan mengubah daging ayam bertukar menjadi "daging lembu". Seorang penduduk bandar turut mendedahkan bahawa "ekstrak daging lembu" ini tidak sahaja digunakan di kilang pengeluaran daging
floss, ia juga turut digunakan “secara rahsia” di kedai-kedai makan kecil, di
mana jabatan-jabatan kerajaan mendakwa jika perkara ini benar ada, mereka akan menyiasat. Doktor-doktor turut menyatakan kegunaan jangka masa panjang bahan-bahan tambahan makanan ini boleh menyebabkan keracunan, kecacatan, malah kanser.
Terdapat juga para peniaga menggunakan "ekstrak daging lembu" untuk menukar menukar daging babi menjadi daging lembu dalam masa 90 minit.
Seorang wartawan di Hefei telah mendedahkan bagaimana proses untuk mengubah daging babi menjadi daging lembu dalam masa 90 minit.
Langkah 1: Ini ialah "Ekstrak daging lembu" Gred Terbaik yang membolehkan daging babi bertukar menjadi daging lembu.
Langkah 2: Bahan penggilap, ia digunakan untuk membuang rasa daging babi. Satu uncang ini digunakan untuk 50kg daging babi.
Langkah 3: Daging babi diperap di dalam mangkuk selepas ia ditambah ekstrak daging lembu.
Langkah 4: Perbandingan di antara daging babi yang telah dicampur dengan ekstrak daging lembu (kiri) dan yang tidak (kanan).
Langkah 5: Satu perbandingan daging babi sebenar dan daging lembu palsu selepas 2 jam dimasak. Daging babi yang telah dicampur ekstrak daging lembu amat serupa dengan daging lembu sebenar yang sudah dimasak.
Langkah 6: Bahan-bahan yang digunakan dari kiri Ekstrak daging lembu Zeng Xiang Ji, daging babi , dan daging lembu palsu.
Kredit : Hainan News