Nampaknya erti kegembiraan bagi kumbang ini ialah seekor katak hidup.
Dalam satu kajian baru-baru ini, para penyelidik di Universiti Tel Aviv mendapati terdapat satu spesies kumbang tanah yang boleh melemahkan dan membunuh amfibia yang lebih saiznya lebih besar beberapa kali dari dirinya.
Ahli-ahli sains membuat pemerhatian ke atas kumbang Epomis yang berkongsi habitat dengan amfibia ini pada waktu siang, di mana ia pada kebiasaannya hanya melancarkan satu serangan secara senyap-senyap kepada mangsa pada waktu malam.
Menurut kajian, kumbang itu mula menggigit mangsanya di belakang, menyebabkan amfibia itu mengalami kekejangan ganas sambil berusaha ikhtiar terakhir untuk melepaskan diri daripada kumbang itu. Gigitan itu menghentikan mangsa dalam masa beberapa minit, membolehkan kumbang mengambil masa beberapa jam dengan perlahan untuk menelan hidangannya bermula dari kaki dan ke atas.
Penyelidik-penyelidik turut memerhatikan kumbang itu memakan amfibia lain seperti katak, kodok, cicak dan salamander, nampaknya mereka bukanlah pemakan yang cerewet.
Penemuan-penemuan ini menunjukkan satu pembalikan peranan yang berbeza berbanding dengan apa yang lazimnya berlaku di alam haiwan.
"Amfibia biasanya memburu serangga biasa dalam diet pemakanan mereka termasuklah kumbang dewasa, kumbang-kumbang tanah khususnya," kata
penyelidik kanan Gil Wizen.
"Rakaman video baru-baru ini melihat serangan kumbang pada kodok dan katak membawa penemuan baru dalam interaksi serangga amfibia, dan mendokumentasikan fenomena luar biasa invertebrata yang mengancam haiwan-haiwan vertebrata."
Kajian ini telah dicetak di dalam jurnal ilmiah
ZooKeys.