blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Selepas 4 Tahun MATI, Artis Korea Ini BERKAHWIN

Tuesday, May 24, 2011

Pelakon wanita Jung Da Bin mengakhiri hidupnya dengan tragik. Pelakon Korea ini ditemui mati menggantung diri di apartmentnya empat tahun lalu. Pada saat itu, Jung Da Bin belum berkahwin. Lalu ibunya membuat keputusan untuk mengahwinkan anaknya dengan mendiang Moon Jae Sung.

Ibu Jung Da Bin berkata perkahwinan di antara dua orang yang sudah meninggal itu adalah pernikahan spiritual. Ia mengakui melakukan hal tersebut demi keamanan puterinya di kehidupan yang baru.

Mendiang Moon Jae Sung sudah meninggal dunia sejak 2002 lalu. Punca kematian Moon Jae Sung tidak diketahui dengan pasti. Pemuda itu juga belum berkahwinan ketika menghembuskan nafas yang terakhir. Dari situlah, akhirnya dua keluarga ini memutuskan untuk mengahwinkan mereka walaupun sudah sama-sama meninggal dunia.

Upacara perkahwinan spiritual di antara Jung Da Bin dan Moon Jae Sung


Perkahwinan itu dilaksanakan di Kyungki-do pada Ahad, 22 Mei lalu. Upacara dilakukan pada pagi hari. Setelah upacara itu, jasad pasangan ini akan dimakamkan menjadi satu di Utopia Memorial di Ansung.

“Menantu saya, Moon Jae Sung (semasa hidupnya) adalah orang yang sangat baik dan penuh perhatian. Meskipun mereka tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi mereka telah dewasa. Dan keduanya meninggalkan dunia sama-sama belum berkahwin,” kata ibu Jung Da Bin seperti dilaporkan Allkpop, Selasa 24 Mei 2011.

Keluarga Moon Jae Sung juga sependapat dengan ibu Jung Da Bin. Mereka berharap perkahwinan ini akan membuatkan keduanya bahagia.

“Mereka meninggalkan dunia ini terlalu muda, dan itu merisaukan saya. Ini bukan perkahwinan yang nyata tetapi pernikahan spritual,” ucap saudara lelaki dari Mong Jae Sung.



Jung Da Bin mati bunuh diri pada 10 Februari 2007. Hingga saat ini tidak diketahui secara pasti apa yang membuatkan bintang ‘The Legend of Gingko’ ini membuat keputusan untuk mengakhiri hayatnya dengan ekstrim.

Tetapi, dari catatan yang tersimpan di dalam blog pribadinya, wanita kelahiran 4 Mac 1980 ini mengalami tekanan berpanjangan. Di dalam blognya itu, Jung Da Bin mengaku ia merasa kehilangan diri dan identitinya. Ia selalu merasa marah tanpa sebab yang jelas dan merasakan sakit yang luar biasa pada kepalanya.
Read Full 1 comments

PEWARNA Untuk RAMBUT 'DI BAWAH'...





Anugerah Yang Dimenangi
Produk-produk betty™ dirumuskan sebagai pewarna rambut untuk rambut di bawah sana. Hanya dalam masa beberapa tahun, kami mempunyai beratus ribu pelanggan yang gembira setelah menggunakan betty secara semula jadi berbanding rambut mereka di atas, ia boleh digunakan untuk melindungi uban atau hanya sekadar untuk keseronokkan! Sama ada anda seorang perempuan berambut perang (jadikan ia perang yang sejati kini!), perang cerah, perang gelap, hitam berkilat atau anda mahu cuba warna merah jambu untuk berseronok, ia mudah digunakan dengan formula tanpa titisan memberikan cara berhias yang lebih mudah dan sempurna.


Maklumat Produk

Produk-produk betty dirumuskan tanpa sebarang kesan iritasi dan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti Elder Flower, Cherry Bark, Chamomile, Komfrei, Rosemary dan Aloe.

Produk-produk betty adalah tidak diuji ke atas haiwan.

Produk-produk betty tidak mengandungi Ammonia atau Parabens. (Warna HITAM / COKELAT / AUBURN mengandungi % PPD terendah berbanding pewarna lain yang berada di pasaran).

Produk-produk betty mempunyai 1-2 tambahan aplikasi pada setiap alat.
(bergantung pada berapa banyak betty yang anda gunakan)

Produk-produk betty boleh mencerahkan hingga untuk rambut yang paling gelap dengan formula khas kami yang tidak menitis.

Pelanggan-pelanggan betty suka untuk menggunakan produk-produk kami untuk memperbaiki akar dan lelaki juga menggunakannya untuk rambut di muka dan juga di dada!


Kredit : Betty
Read Full 0 comments

Kereta KALIS BOM Obama ROSAK, Awas Ancaman Al-Qaeda

Kereta Presiden Amerika Syarikat (AS) yang digelar The Beast direka sebagai kenderaan yang superkuat. Kereta Cadillac ini kalis peluru dan kalis bom demi keselamatan Presiden Barack Obama. Sayangnya kereta itu tidak kalis rosak.

Ketika Obama berkunjung ke Ireland untuk mengunjungi rumah nenek moyangnya di County Offaly, kereta berpintu setebal 20 cm itu rosak ketika hendak keluar dari Kedutaan Besar AS di Dublin, Isnin (23/5/2011). Pada mulanya kenderaan itu disangkakan tersangkut pada bonggol di pintu gerbang kedutaan itu.



Ketika kenderaan itu tidak juga dapat digerakkan, pintu belakang terbuka. Kelihatan seseorang keluar dari kereta, tetapi susuk tubuhnya tidak jelas kelihatan kerana dilindungi pintu kereta dan dikawal seorang anggota Secret Service. Malah sebuah van yang pada awalnya diparkir di luar bangunan kedutaan terus bergerak ke hadapan gerbang sehingga menlindungi pandangan ratusan warga Dublin yang berada di tepi jalan.

Menurut jurucakap Secret Service Robert Novy, The Beast yang tersangkut adalah kereta tambahan. “Ia hanya membawa beberapa orang staf dan pembantu peribadi. Mereka terus dipindahkan ke kenderaan lain.”

Novy menambah, rombongan Presiden Obama kemudiannya keluar melalui jalan lain. “Tidak ada insiden lain dan tidak ada yang tercedera,”.


“Saiz ukuran kenderaan itu memang sering menjadi masalah dan ini akan menjadi pertimbangan untuk proses selanjutnya,” tegasnya.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan kepada pasukan keselamatan Obama. Pasukan Secret Service melakukan banyak perkara untuk memastikan keselamatan Obama selama ia berkunjung ke England di tengah ancaman Al Qaedah untuk membalas dendam diatas kematian Osama bin Laden.



The Beast dibina oleh General Motors dengan spesifikasi yang sangat khusus demi keselamatan Obama. Kereta sepanjang lima meter dan berat lapan ton ini memiliki persediaan oksigen sendiri untuk menangani serangan kimia. Tayarnya juga kalis bocor dan tetap boleh berjalan.

Jika Obama berada di dalamnya, The Beast disebut Cadillac One.
Read Full 0 comments

Julai RON 95 NAIK 20 Sen

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.

Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.

“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.

Kredit : TMI
Read Full 1 comments

9 Penipuan Di FACEBOOK Yang WAJIB Anda Tahu!

Clickjackers di Facebook menarik pengguna-pengguna untuk menyalin dan menampal kod teks ke dalam browser bar dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik. Sebaik sahaja pengguna menjangkiti komputernya sendiri dengan 'kod jahat', clickjackers boleh mengawal akaunnya, spam rakan-rakannya dan seterusnya merebakkan komplot mereka. Contohnya, skim-skim clickjacking telah melanda Facebook sebaik selepas kematian Bin Laden dan ia merebak dengan pantas kerana didakwa menawarkan pengguna untuk melihat satu rakaman video atau gambar-gambar kematian bin Laden.


Jika anda klik satu iklan atau satu link yang membawa anda ke sebuah laman web lain di luar Facebook yang disusuli dengan pelbagai soal selidik, langkah terbaik ialah TUTUP halaman itu. Bila anda selesai menjawab satu kuiz palsu, anda membantu si penipu mendapat komisen. Kadang-kadang kuiz itu meminta anda memasukkan nombor telefon bimbit anda sebelum anda boleh melihat keputusan kuiz yang dijawab anda. Jika penipu berjaya mendapatkan nombor telefon anda, mereka boleh mengenakan pelbagai caj pada akaun anda.


Phishers akan cuba memancing maklumat anda (nama pengguna, kata laluan dan kadang-kadang lebih lagi), kemudian mengambil alih profil anda , dan ia juga boleh mengakses ke dalam akaun anda yang lain. Skim-skim Phishing mungkin sukar dikesan, terutama jika si penipu mewujudkan satu halaman yang serupa seperti log masuk portal Facebook.


Facebook memberi amaran kepada penggunanya untuk berhati-hati jika menerima e-mel atau mesej-mesej dari penipu yang menyamar sebagai "The Facebook Team" atau "Facebook." Mesej-mesej ini sering mencadangkan "tindakan segera" dan mungkin meminta pengguna mengemas kini akaunnya. Mereka sering menghantar link pautan kepada tempat-tempat yang terdapat malware atau lampiran yang mempunyai virus. Mereka juga mungkin meminta nama pengguna dan kata laluan anda. Nasihat terbaik daripada Facebook ialah untuk melaporkan maklumat pengirim dan memadamkan mesej-mesej tersebut tanpa klik sesuatu apa pun.


Jika seorang rakan menghantar kepada anda satu mesej melalui Facebook yang ia sedang di dalam keadaan terdesak, sama ada di dalam bentuk message atau pada wall Facebook anda dan ia meminta anda membuat pemindahan wang kecemasan, anda pasti akan mahu membantu, betul tidak? Kebiasaannya begitu. Ini adalah sebuah komplot yang sangat dahsyat. Tujuannya ialah semata-mata supaya anda menghantar wang kepada penipu melalui Western Union atau perkhidmatan pertukaran wang yang lain.


Tidak semua friend requests datangnya dari manusia yang betul, walaupun Facebook dilindungi daripada bots. Beberapa akaun Facebook wujud semata-mata bertujuan mewujudkan hubungan luas untuk menghantar spam atau mengeluarkan data peribadi daripada pengguna, jadi berjaga-jaga dengan PERMINTAAN rakan agar anda MENERIMANYA di dalam senarai rakan anda.


Sebuah page (laman), groups (kumpulan) atau event invitation (jemputan acara) dibina dengan bertujuan untuk memerangkap pengguna Facebook supaya "diganggu." Misalnya, seorang penipu menjemput anda dengan menawarkan satu hadiah jika anda menjemput rakan-rakan anda ATAU anda meletakkan pautan spam itu ke wall rakan anda. Kadang-kadang satu penipu akan mewujudkan sebuah halaman palsu seperti muka hadapan laman Facebook sama seperti skim clickjacking atau skim phishing.


Aplikasi jahat pada masa ini kebiasaannya menyerupai aplikasi Facebook. Ia berselindung di sebalik phishing, malware, clickjacking atau skim-skim pemindahan wang. Sering kali aplikasi ini kelihatan cukup meyakinkan untuk pengguna-pengguna klik butang "Allow," seperti yang biasa mereka buat kepada aplikasi Facebook sebenar. Bagaimanapun, aplikasi penyangak ini sebenarnya digunakan untuk menyebarkan spam melalui anda dan rangkaian rakan-rakan anda. Contohnya, baru-baru ini aplikasi "Facebook Shutdown" telah menyebarkan komplot dengan mendakwa Facebook akan memadamkan semua akaun yang tidak aktif kecuali mereka yang mengesahkan melalui pemasangan aplikasi ini.


Koobface Worm telah timbul semula pada tahun ini (ia terlebih dahulu muncul pada lewat 2008) dan kebanyakannya telah dibuang daripada banyak laman web, tetapi Facebook tetap memberi amaran kepada pengguna-penggunanya. Koobface tersebar merentasi rangkaian sosial seperti Facebook melalui posting yang mengandungi satu pautan yang kononnya untuk mengemas kini Adobe Flash Player. Benar, pautan itu akan memuat turun malware yang akan menjangkiti komputer anda, merampas profil Facebook anda dan spam kepada semua teman-teman anda dengan pelbagai link pautan jahat. Worm kebiasaannya menyerang pengguna Windows.
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks