blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

"Esok HARI KIAMAT!" Harold Camping

Friday, May 20, 2011

Harold Camping yakin dunia akan kiamat pada 21 Mei 2011. Anda sudah tentu boleh mengabaikan ramalan itu, namun ada pihak tertentu yang mempercayainya.

Harold Camping adalah tokoh keagamaan dan penyiar radio di California. Dia memiliki pengikut di seluruh dunia. Ketika ini, mereka sedang bersiap sedia menghadapi ‘hari penghakiman’ pada 21 Mei 2011.

Berikut adalah profil mengenai Camping.

Harold Camping berasal dari Colorado

Camping dilahirkan pada 19 Julai 1921 di Colorado. Namun, ia berpindah ke California bersama keluarganya pada usia muda. Ia menuntut di dalam Kejuruteraan Awam University of California pada 1942.

Harold Camping memulakan radio keluarganya pada 1958.

Setelah tamat kuliah, Camping bekerja di dalam bidang pembinaan sebelum akhirnya mewujudkan dan menjadi Presiden Organisasi Family Stations Inc. Setelah tiga tahun, organisasi itu memperkenalkan Open Forum, sebuah program radio yang dibawakan oleh Camping.



Sebelum ini, Harold Camping pernah salah meramal hari kiamat

Camping sudah menulis kira-kira 30 buku dan buku “1994?” yang terdapat ramalannya mengenai kiamat yang akan berlaku pada pertengahan September 1994. (Dan dunia terus masih berputar hingga hari ini).

Harold Camping begitu yakin kiamat terjadi pada 21 Mei 2011

Ketika ditanya oleh New York Magazine apakah ia cemas jika ramalannya tidak terjadi. Camping menjawab, “Kiamat akan terjadi. Tuhan tidak bermain dengan kita melalui Injil. Malah, saya tak mahu memikirkan pertanyaan itu. Kiamat akan terjadi."

Terdapat beberapa orang meragui Harold Camping

Camping memang mempunyai pengikut, pengumuman kiamat ini boleh dilihat pada papan iklan dan bas. Meskipun begitu, terdapat ramai orang yang meraguinya.
Read Full 5 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks