blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Guru MARAH, Keluar Ketika Muhyiddin BERI PENJELASAN

Wednesday, May 18, 2011
KUCHING: Guru-guru sekolah rendah di Sabah dan Sarawak telah menyuarakan kekecewaan mereka dengan kaedah kenaikan pangkat terbaru untuk guru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru Isnin lalu.

Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina berkata kesatuan-kesatuan guru termasuk guru-guru menengah dan persatuan guru-guru besar telah bertemu semalam untuk membincangkan satu tindakan serta-merta diambil.

Menurutnya mereka akan menulis kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin, mewakili 160,000 guru besar dan guru sekolah rendah, menyampaikan kebimbangan mereka mengenai isu tersebut.

Ghani yang juga Pengerusi Kesatuan Guru Sabah/Sarawak berkata dia telah bercakap kepada Muhyiddin sebaik sahaja selepas sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di sini.

“Apa yang diumumkan pada Isnin lepas untuk guru siswazah di sekolah sahaja. Siswazah di pejabat dan dalam Kementerian Pendidikan tidak termasuk dalam pengumuman itu,” katanya.

Ramai guru yang marah dan keluar daripada sambutan Hari Guru itu ketika Muhyiddin menerangkan peluang-peluang kenaikan pangkat.

“Selepas Muhyiddin menamatkan ucapannya, saya memberitahu dia secara peribadi yang kami tidak gembira dengan ucapan beliau.


“Dia bertanya kepada saya mengapa dan saya memberitahunya kerana pakej itu hanya untuk guru siswazah sekolah menengah sahaja,” kata Ghani.


Guru-guru Kecewa

Ghani berkata kesatuan itu melihat guru sekolah rendah ialah yang 'paling penting' dalam hieraki pengajaran kerana mereka berurusan dengan tahun-tahun formatif (awal) pelajar di sekolah.

“Bagi kami, guru sekolah rendah ialah guru-guru paling penting kerana mereka ialah guru-guru paling efektif dan aktif.


“Jika mereka tidak gembira, mereka tidak akan bertugas (mengajar) dengan baik. Kedua, tiada guru mahu menjadi seorang pengetua kerana mereka hanya menerima elaun RM150.00.


“Elaun seorang Guru Besar hanya RM100.00,” tambahnya.

Ghani berkata Muhyiddin mendengar penjelasan beliau dan memberitahunya jangan risau kerana dia akan memanggil untuk satu mesyuarat.

“Tidak kisahlah jika Muhyiddin tidak memanggil mesyuarat kerana kami akan bertindak,” Ghani berkata.

Pada hari Isnin Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

“Dengan wujudnya ia akan membolehkan guru itu naik kepada gred lebih tinggi berdasarkan prestasi mereka.


"Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.” Najib berkata.

Kredit :FMT
Read Full 49 comments

Dr Mahathir Masuk IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke wad biasa Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 6 pagi tadi bagi rawatan sakit dada selepas demam dan batuk sejak dua hari lalu, kata Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff.
Read Full 4 comments

Pasangan Ini Namakan Anaknya 'LIKE', seperti butang LIKE Pada Facebook

Pasangan ibu bapa Lior and Vardit Adler di Israel telah menamakan anak perempuan mereka yang baru lahir "Like" menyerupai satu butang navigasi di Facebook, menurut laporan Galgalatz, saluran berita Israel.

Menurut satu terjemahan artikel Galgalatz, pasangan ibu bapa ini mencari satu nama unik untuk bayi perempuan mereka dan menyukai bunyi perkataan "Like". Nama itu tidak bertujuan untuk gimik, mahupun iklan promosi untuk laman rangkaian sosial tersebut.

Menurut Lior, dirinya bukanlah peminat kepada Facebook dan sekadar mempunyai 120 sahabat dalam laman rangkaian sosial itu.

"Like" bukanlah bayi pertama yang dinamakan sempena tapak rangkaian sosial milik Mark Zuckerberg itu. Awal tahun ini, seorang bapa di Mesir menamakan anaknya "Facebook" seperti yang diberitakan di sini.
Read Full 2 comments

WANITA Ini Dibenarkan MELANCAP Oleh Mahkamah Ketika Berkerja


Dalam satu keputusan yang dikeluarkan mahkamah dan boleh digambarkan sebagai sensitif, seorang hakim Brazil telah memerintahkan seorang akauntan wanita berumur 36 tahun dibenarkan SECARA SAH untuk MELANCAP ketika bekerja dan melihat porno pada komputer kerjanya.

Ana Catarian Bezerra berjaya membuktikan dia menderita penyakit akibat dari ketidakseimbangan kimia dalam tubuhnya yang menyebabkannya gelisah dan hypersexuality.

Situasi kerjayanya mula menjadi lebih teruk dan satu-satunya cara ia dapat melegakan kegelisahannya ialah dengan sering melancap, menurut Guanabee.com.

"Saya menderita dengan begitu teruk sehingga saya terpaksa melancap sehingga 47 kali sehari," katanya. "Ketika itulah saya meminta bantuan, saya tahu ia tidak normal."

Selepas menang dalam perjuangannya di mahkamah dan mendapatkan pertolongan profesional, Bezerra secara sah berhak menggabungkan kerjanya dengan keseronokkannya.

Doktor juga telah memberinya satu ubat penenangnya yang berjaya mengurangkan keperluannya untuk melancap kepada kira-kira 18 kali sehari.
Read Full 6 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks