blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Subsidi GULA Ditarik Untuk Bina TIANG 1Malaysia?

Saturday, May 14, 2011
IPOH: Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk tiang-tiang peringatan 1Malaysia , dan ini menurut DAP hanyalah pembaziran wang rakyat, terutama apabila rakyat kebanyakan di Malaysia menderita dari pemotongan subsidi barang-barang keperluan.

“Mereka mengatakan mereka mengalami masalah kekangan kewangan sehingga terpaksa mengurangkan subsidi pada gula dan petrol, tetapi mereka mempunyai RM38.4 juta untuk dibelanjakan pada monumen-monumen yang meningkatkan imej politik Perdana Menteri,” kata Nga Kor Ming, wakil rakyat  Pantai Remis dan Timbalan Bendahari Agung DAP.

Nga berkata dia telah mengira terdapat lebih lima struktur seperti itu di Pantai Remis sahaja, dan ia terletak tidak lebih daripada satu kilometer di antara satu sama lain.

Dia merasakan bahawa lebih banyak monumen yang dibina di kawasan itu mungkin disebabkan saingan politik di antaranya dan Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

Dia menganggarkan tiang itu dibina dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM5,000 setiap satu.

Dia takut ia akan menjadi seperti Tugu Wawasan 2020 bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad , yang semuanya sudah musnah.

“Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tiang-tiang yang 1Malaysia, yang mereka sendiri tidak hayati,” katanya.

Wang yang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk projek prasarana asas di kawasan luar bandar, tambahnya.

“Harga gula telah naik empat kali dalam satu tahun , dan harga minyak telah naik enam kali.


“Tetapi Barisan Nasional mempunyai wang rakyat yang dibelanjakan dengan melampau untuk projek-projek gajah putih, seperti membina ribuan monumen 1Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar.” katanya.
Read Full 0 comments

Amerika Dakwa Temui Koleksi PORNO Di Kediaman OSAMA?

WASHINGTON - Dua pejabat Amerika Syarikat mengumumkan telah menemui koleksi pornografi ketika pasukan Navy SEAL menggeledah markaz Osama bin Laden di Abbotabad, Pakistan. Namun, para pejabat AS yang tidak mahu disebutkan identitinya mengaku tidak mengetahui siapakah pemilik bahan lucah tersebut.

Koleksi porno itu, sebagaimana dilaporkan pejabat AS, berupa video. Mereka tidak tahu lokasi koleksi tersebut ditemui dan siapa pemiliknya. Namun, ada yang menyatakan koleksi porno itu ditemui dalam kotak kayu di bilik Osama.

Seorang penulis yang pernah menyusun artikel bertajuk Bin Laden Was a Narcissistic, Beard=Dyeing Porn Fan (Also a Mass Murderer), Jacob Sullum, tidak mengerti apakah alasan pemerintah AS membuat pengumuman seperti ini.

“Mungkin saja ini usaha untuk menjatuhkan imej Osama, sehingga ia tidak lagi menjadi pahlawan jihad di mata pemuda Arab,” katanya. Sejumlah besar barang-barang yang diambil dari rumah Osama masih diteliti pemerintah AS.

Berita AP, Sabtu (14/5/2011), melaporkan, bahan pornografi tersebut kini disita sebagai barang bukti, termasuk dengan jurnal, lima unit komputer, 10 hard disk serta 110 flashdisk


Helah guna VIDEO LUCAH untuk menjatuhkan imej???.....hmmmm...macam pernah berlaku di Malaysia. Patutnya Amerika kena keluarkan VIDEO LUCAH Osama untuk jatuhkan imej pejuang itu di mata pemuda Islam...ceh! :Author Faethal
Read Full 1 comments

Lady Gaga Pakai Kasut Berbentuk KEMALUAN LELAKI


LOS ANGELES - Lady Gaga terkenal dengan gayanya yang gila-gila. American Idol terpaksa sensor penampilan Gaga kerana mengenakan kasut dengan tumit yang menyerupai bentuk alat kelamin lelaki.

Kasut buatan rekaan Void of Course dari London itu menampilkan tumit kasut dalam bentuk zakar. Secara keseluruhan tidak ada yang aneh pada kasut berwarna hitam itu, kecuali pada bahagian tumitnya.

Menurut TMZ yang dilaporkan Popeater, Sabtu (14/5/2011), kasut kontroversial tersebut berharga USD4,500 (Lebih RM13 ribu ), dengan logo 'Idol'.

Gaga muncul pada malam semalam di rancangan American Idol sebagai mentor untuk para peserta. Sebahagian besar peserta bersemangat untuk mendapatkan tunjuk ajar darinya walaupun ada seorang peserta yang kurang minat dengannya.
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks