blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rekod Baru Tercipta, Lelaki ASIA Bunuh Diri Di Menara Burj, Dubai

Wednesday, May 11, 2011
DUBAI - Seorang lelaki Asia telah membunuh diri dengan terjun dari menara tertinggi dunia, Burh Khalifa, di Dubai, UAE.

Lelaki yang tidak diketahui namanya itu melompat dari tingkat 147. Ia menjadi orang pertama yang membunuh diri di menara setinggi 160 tingkat yang baru selesai dibina pada tahun lalu itu.

Polis menerima laporan bunuh diri lelaki yang berusia 30-an itu, pada Selasa (10/5/2011) malam. "Saat ini siasatan sedang dilakukan," demikian menurut polis, seperti dilaporkan dalam akhbar UAE, National.

Berdasarkan maklumat yang baru diketahui, lelaki itu bekerja di salah satu perusahaan yang menyewa tempat di gedung setinggi 828 meter tersebut. Mayatnya ditemui di lantai tingkat 108.
Read Full 5 comments

(GAMBAR) Kuliah SEKS Secara LIVE Universiti AS Dikecam

CHICHAGO - Universiti Northwestern ini memang sangat unik, demi mencerdaskan mahasiswanya, kampus ini memberikan pelajaran seks secara langsung.

Profesor John Michael Bailey

Kini mahasiswa di sana sudah tidak perlu lagi mengikuti kuliah mengenai seksualiti manusia setelah profesor matapelajaran tersebut mengadakan pertunjukan seks secara langsung.

Topik pelajaran pada hari itu adalah mengenai godaan, pujukan dan rangsangan-rangsangan lain. Kemudian, setelah kelas itu selesai, Profesor John Michael Bailey telah menawarkan para mahasiswanya untuk melihat secara langsung demonstrasi penggunaan sex toy dan juga orgasme wanita.

Kira-kira 100 mahasiswa dan seorang ibu yang ketika itu juga sedang berada di dalam kelas tersebut ditawarkan untuk melihat demonstrasi secara langsung di dalam auditorium di mana ada seorang lelaki Jim Marcus dan tunangnya Faith Kroll yang akan beraksi.

Jim Marcus (kanan) and Faith Kroll

Kebanyakan para mahasiswa tersebut memutuskan untuk kekal berada di dalam kelas.

Aksi kedua pasangan itu pun bermula, si wanita mula membuka pakaiannya di atas panggung sementara teman lelakinya membawa sebuah alat yang mirip seperti mesin gergaji, tetapi hujungnya tidak tajam.

Mesin gergaji yang diubah suai menjadi alat permainan seks

Universiti ternama itu akhirnya menerima kecaman dari para ibu bapa yang marah dengan matapelajaran tersebut.

"Pelajaran seksualiti manusia turut diajar di beberapa universiti lain dan Northwestern kini tengah menimbangkan sama ada matapelajar tersebut sesuai dengan kurikulum kami," kata Wakil Presiden Relations Alan Cubbage, seperti dilaporkan AFP, Selasa (10/5/2011).

Kini matapelajaran tersebut ditutup buat sementara waktu dan Profesor John Michael Bailey akan mengajar matapelajaran lain pada tahun depan.


video
Read Full 1 comments

Siapa Yang Lepaskan ANJING BESAR (BIG DOG) ?

BigDog


Oleh Rottweiler

Banyak anjing-anjing yang mengawal rumah-rumah tuan mereka. Anjing mempunyai rasa sentimental dengan manusia dan ada sesetengah yang berhujah mereka juga boleh bertukar menjadi hipokrit. Di Malaysia, ada seekor anjing besar tertentu yang terhendap-hendap dan hanya timbul di permukaan dalam drama yang berikutnya.



Siapa yang melepaskan Big Dog keluar? Dia menyalak dengan penuh niat jahat iaitu suatu karekter paling khas di dalam hutan konkritnya yang penuh penipuan.

Blogger yang dikenali sebagai Big Dog nampaknya gembira melakukan putar belit tidak masuk akal berkenaan DAP dan Kristian sehingga kini masih bebas, nampaknya menyalak mengkiut alunan lagu tuan politiknya.

Dia dan Marahku (dipercayai Shamsul Yunos) telah menyalakan api hasutan yang menimbulkan api kebencian dengan artikelnya yang kemudiannya dipetik oleh Utusan Malaysia.

Kenyataan terbaru oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menunjukkan sesungguhnya mereka sengaja tidak memegang tali leher Big Dog kerana merekalah yang membiarkan Big Bully Dawg ini berlari ke sana ke mari dengan aksi gila dan fanatik.

Ingat - Menteri Dalam Negeri ini pada 16 Disember 2009 berasa tersinggung terhadap blogger dan membuat kenyataan: "Tidak ada kredibiliti di dalam beberapa posting mereka sementara artikel yang direka-reka dan sensasi hanyalah usaha mereka untuk mendapatkan populariti. Wartawan tempatan mematuhi etika tetapi tidak pada blogger-blogger ini, dan inilah yang membezakan diantara wartawan dan blogger."

Sekarang ini Big Bully Dawg sedang menyalak lagu kegemarannya, ulasannya adalah: "Jenis pergerakan seperti ini boleh dianggap sebagai hasutan dan boleh menyebabkan seluruh negara berada di dalam bahaya."

Tidak hairanlah Big Dog ini masih berkeliaran bebas di jalanan!

Ketepikan semua dahulu, mari kita lihat kecenderungan Big Dog untuk memuntahkan penipuan busuknya dan berniat jahat.

Big Dog, alias Zakhir Muhammad adalah blogger sama yang menerbitkan Akuan Bersumpah (SD) RPK Jun 2008 di dalam blognya yang kemudiannya memberikan masalah kepada RPK dengan polis. Soalan BESAR yang tidak terjawab ialah bagaimana ia boleh memiliki SD yang ketika itu dihantar kepada pihak pendakwa pembunuhan Altantuya.

KENAPA TIDAK SEORANG PUN YANG MENYIASAT PERKARA INI?


KENAPA DIA BEGITU KEBAL DAN DILINDUNGI? Kenapa begitu? Mungkin pemegang tali di lehernya yang melakukan helah ini.

Peranannya sebagai blogger yang tidak boleh dipercayai boleh dilihat di dalam posting lain di sini dimana ia menulis sebuah hipotetis karut mendalam tetapi nakal bagaimana RPK boleh mendapat sponsor besar. Semua dakwaannya tidak benar, kerana orang-orang seperti Suflan Syamsuddin telah menyangkalnya dalam The Insider Malaysia DI SINI.

Jelas, ia mempunyai udang disebalik batu dengan RPK telah di ISA sedangkan orang sepertinya dan Shamsul Yunos bebas berjalan-jalan dan membuat tahi.

Kebetulan, kerana kita sedang di dalam subjek RPK, lihat VIDEO YOUTUBE INI yang diposting pada bulan Ogos 2009 dan konsisten dengan apa yang RPK kata di dalam wawancara bersama TV3 - bukti kuat bahawa RPK tidak melakukan U-turn dalam wawancara TV3 seperti beberapa dakwaan.

Anjing adalah makhluk yang setia. Namun, anjing jahat seperti Big Dog tidak akan setia. Mereka hanya menyalak dan menggoyang-goyangkan ekornya mengikut melodi $$$. Dia menggelar dirinya anjing BESAR (BIG DOG) tetapi bersaudara dengan lipas iaitu parasit yang biasa dengan najis.

Pengganggu seperti Big Dog biasanya pengecut seperti temannya Marahku yang memadam blognya sambil menggigil dan memegang 'telur'nya. Orang dungu seperti mereka hanya berani mengeluarkan leher mereka hanya dalam situasi yang diatur oleh tangan yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa mereka mempunyai kuasa di sebalik mereka. Jadi, ia melakukan pekerjaan kotor mereka.

WHO LET BIG DOG OUT? Siapa yang memberinya lesen untuk menulis bahan hasutan tersebut dan tetap kekal bebas? Dan kenapa?

Adakah kerajaan peduli bagaimana orang awam melihat meraka dalam perkara ini?

Ke manakah Malaysia?
Read Full 0 comments

Pertunjukkan BIKINI Hindu, Australia DIKECAM


Sebuah pertunjukkan fesyen di Sydney mengundang kemarahan warga India setelah seorang model mengenakan bikini bergambar Dewi Hindu Lakshmi yang sangat dihormati umat Hindu.

Masyarakat India mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar bendera Australia sebagai protes setelah model pertunjukkan fesyen di Sydney menggunakan bikini bergambar dewi yang dianggap sebagai lambang kekayaan, kemakmuran dan kesuburan itu.

Seperti dilaporkan Dailymail, kejadian ini bermula ketika label pakaian renang Australia Lisa Blue mengeluarkan koleksinya untuk dipamerkan pada di Australia Fashion Week di Sydney, minggu lalu. Pakaian olahraga renang (bikini) itu salah satunya bergambar foto Dewi Lakshmi.




Inilah yang membuat para demonstran di Amritsar, Punjab, turun ke jalan dan membakar bendera Australia sebagai tanda protes.

Setelah kejadian itu, label yang berpusat di Byron Bay, Australia, meminta maaf dan berjanji bahawa rekaannya belum ada lagi untuk dijual.

"Permohonan maaf itu merupakan langkah ke arah yang benar," tegas ahli parlimen Rajan Zed, seperti dilaporkan Australia Daily Telegraph.

Zed menambah, kejadian ini merupakan penghinaan. Tidak molek dewa atau dewi Hindu dijadikan konsep komersial. Sebab simbol agama walau apapun, besar atau lebih kecil, tidak boleh disalahgunakan.

"Hal ini sangat mengganggu, kerana melihat Dewi Lakshmi yang sangat dihormati dalam agama Hindu, pada pakaian renang ditampilkan oleh model di sebuah pertunjukkan fesyen." tambah Zed.


Ohh...Malaysia pun ada kes camni. Tidak lama dulu Rosmah Mansur siap rasmikan lagi Islamic Fashion Show dimana modelnya siap pakai baju tertulis MUHAMMAD lagi. Tak kecoh pun...Rakyat Malaysia penuh kesopanan dan kesusilaan. Betul-betul PANDI KUTTY!!..:Author Faethal

Read Full 4 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks