blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

(GAMBAR) Saya Latih OSAMA Judo, JIMMY WU Jurulatih Judo Taiwan

Sunday, May 8, 2011
Jimmy Wu (kiri) dan orang yang didakwanya sebagai Jimmy sebagai Osama bin Laden.


Jimmy Wu, seorang jurulatih judo terkenal di Taiwan, menyatakan kepada Reuters, Bin Laden yang dikenali Wu hanya sebagai Osama, mengikuti latihan judo ketika ia menjadi seorang mahasiswa.


Osama menurut Jimmy mengikuti latihan judo dua hingga tiga kali seminggu.


Menurut Jimmy, ia tidak pernah lagi melihat Osama selepas tahun 1984.


Orang yang didakwa Jimmy Wu sebagai Osama bin Laden ketika di dalam sebuah majlis makan tengahari bersama teman-teman latihan judonya.


Foto Osama bin Laden dan Osama muda.


Kredit : Reuters/Nicky Loh.
Read Full 0 comments

(GAMBAR) Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.






Gambar oleh Afendy Latif

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya." 
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)


Kredit : TheRedWarriors
Read Full 4 comments

VIDEO : Pentagon Keluar VIDEO TERBARU Osama Laden

WASHINGTON : Syeikh Osama bin Laden rahimahullah telah syahid, namun masih ramai membincangkan berita mengenai dirinya dan menjadi topik hangat di pelbagai media massa di seluruh dunia. Kali ini, berita telah melaporkan mengenai video-video Syeikh Osama bin Laden yang dikeluarkan oleh Pentagon, Pentagon mendakwa bahawa lima klip video itu diambil dari kem di Abottabad, di mana serangan dilakukan oleh pasukan AS terhadap lokasi Syeikh Osama.

Dalam video-video tersebut kelihatan Syeikh Osama bin Laden rahimahullah mengeluarkan kenyataan kepada kaum Muslimin dan terdapat salah satu video 'pelik' yang menunjukkan dirinya sedang menonton televisyen siaran Arab.

Menurut keterangan Al Jazeera yang melaporkan dari Pentagon, klip video ditunjukkan kepada wartawan, namun ia tidak dilengkapi dengan rekaman audio (suara), sehingga wartawan tidak mengetahui pesanan apa yang disampaikan oleh Syeikh Osama rahimahullah. Pentagon mendakwa ia bertujuan demi keamanan.

Seorang wartawan investigasi dari Washington DC, Wayne Madsen mengatakan masih sukar mengesahkan kesahihan seluruh video, kerana beberapa diantaranya tidak begitu jelas.

“Ada banyak persoalan yang akan diajukan setelah video itu ditayangkan, kerana telah ada video dan foto sebelum ini yang dianggap foto Bin Laden namun ternyata sebenarnya adalah palsu,” katanya.

Dari keseluruhan video yang dikeluarkan Pentagon, terdapat salah satu klip yang paling pelik, iaitu yang kononnya Syeikh Osama bin Laden sedang menonton televisyen siaran Arab (Al Jazeera-red), menonton berita mengenai dirinya yang dilaporkan di televisyen. Ia duduk di lantai dengan sebuah selimut atau jaket coklat membaluti tubuhnya sambil memegang alat kawalan jauh.

Salah satu klip kononnya Syeikh Osama sedang menonton televisyen.

Namun jika diperhatikan lebih dalam, video itu hanya memperlihatkan dari sisi orang yang didakwa sebagai Syeikh Osama, ia tidak memiliki kemiripan dengan Syeikh Osama. Selain itu, seluruh janggut orang tersebut berwarna putih. Sedangkan dalam video lain dan beberapa foto yang telah tersebar luas di internet memperlihatkan bahawa Syeikh Osama memiliki janggut berwarna hitam, walaupun terdapat sebahagian yang berwarna putih.

Apa tujuan sebenar Pentagon mengeluarkan video ini? Apakah ia ingin menunjukkan kepada kaum Muslimin bahawa Syeikh Osama ternyata tidak hidup di dalam gua dan mengangkat senjata, melainkan ia tinggal di tempat nyaman dengan pelbagai kemudahan? Nampaknya AS benar-benar belum benar-benar puas untuk memfitnah Syeikh Osama.

Video yang dikeluarkan AS tanpa rakaman suara berjudul “Pesanan untuk Rakyat Amerika” itu diyakini dibuat pada di tahun lalu, menurut seorang pejabat risikan AS. Namun anehnya tidak ada satupun video yang dikeluarkan bersama suara dan tidak ada yang mengesahkan tarikh pembikinan video itu. Selain itu tidak ada satupun video yang memperlihatkan Syeikh Osama hidup di rumah besar di Abbottabad, di mana AS mendakwa telah membunuhnya di sana. AS juga mendakwa Syeikh Osamah telah tinggal di rumah itu selama lebih kurang enam tahun.

video
Read Full 2 comments

Pelajaran PASANG KONDOM Pada PISANG Ditentang

ENGLAND - Parlimen England mendesak kurikulum pendidikan seks supaya mengajar pelajar remaja sekolah supaya menolak hubungan seksual.

Usul ini disampaikan anggota parlimen dari Parti Konservatif, Nadine Dorries. Menurut Nadine, material pelajaran ini berguna agar pelajar dapat menghindari penyakit seksual berjangkit dan kehamilan pada usia muda.

Ketika ini, para pelajar diajarkan cara memasang kondom pada pisang dan mendiagnosis penyakit yang menghinggapi diri sednri, tetapi tidak diajar cara menolak melakukan hubungan seksual.

Ketika bercakap di Majlis Rendah Parlimen England (House of Commons), Dorries menegaskan masyarakat merupakan “sebahagian dari (pengaruh) seks”.

"Seks awal di kalangan remaja didorong oleh rancangan televisyen yang meransang (keinginan) seks, agen yang menjual majalah porno, dan kedai-kedau yang menjual barangan provokatif seperti boneka yang mengenakan bikini untuk kanak-kanak yang berusia tujuh tahun," kata Dorries seperti dikutip dari Telegraph, Khamis (5/5/2011).

Pada Rabu (4/5/2011), Dorries membentangkankan Rancangan Undang-Undang (RUU) Ten-Minute Rule di hadapan House of Commons. RUU ini menyeru semua sekolah agar memberikan pendidikan seks tambahan kepada anak perempuan usia 13 hingga 16 tahun.

Kemungkinan rancangan undang-undang (RUU) ini diluluskan menjadi undang-undang memang sangat sukar. Namun usulan Dorries mengundang protes di laman jaringan sosial, Twitter. Banyak pengguna Twitter yang menyatakan, isu ini hanya fokus kepada perempuan yang menjadi korban lelaki.

Pengguna Twitter yang lain menuduh Dorries mengamalkan double standard kerana pada Januari lalu, anggota parlimen dari Mid Bedfordshire ini diketahui menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak.

Sementara itu, anggota parlimen dari Parti Buruh, Chris Bryant menyatakan RUU ini merupakan produk perundangan paling gila. “Saya bukan pakar, tapi menurut saya jika Anda ingin mengatasi kehamilan remaja, Anda harus berbicara dengan anak laki-laki dan perempuan,” jelas Chris.

Dorries mengusulkan, RUU akan mengharuskan sekolah mengajar kelebihan jika menolak dari melakukan aktiviti seksual ini, agar dibawa ke parlimen. Ibu dari dari tiga orang anak ini juga dikenali sebagai anti-pengguguran. Dia berkeras usulnya ini akan 'menjaga' gadis-gadis muda.

Nadine Dorries


Dia menyatakan, guru harus membuatkan remaja perempuan lebih sedar akan manfaat tidak melakukan hubungan seks sebagai sebahagian dari pelajaran seks tradisional.

“Ini merupakan jawapan untuk mengakhiri perjuangan kita akan tingginya aktiviti seksual dan kehamilan remaja. Caranya ialah dengan mengajar anak perempuan dan lelaki kita dengan mengatakan ‘tidak’ sebagai sebahagian dari pendidikan seks wajib mereka,” katanya.

Menurutnya, mengajarkan anak yang berusia usia tujuh tahun untuk menggunakan kondom pada pisang sama seperti, ‘Sekarang pergi dan cuba (lakukannya) sendiri’. "Kanak-kanak diajarkan untuk melakukan hubungan seks yang selamat, tetapi tidak diajar mengatakan tidak pada kekasih yang mengajak melakukan hubungan seksual,” jelasnya.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks