Chua Soi Lek ialah seorang Cina yang jahat. Ia bukan kerana dia ditangkap dengan video seks dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Ia kerana beliau ialah seorang pemimpin gabungan pemerintah Barisan Nasional. Dan sesiapa saja dari Barisan Nasional secara automatiknya buruk. Jika mereka baik mereka tidak mungkin berada dalam Barisan Nasional.
Chua Jui Meng ialah seorang Cina yang baik. Walaupun dia pernah menjadi Menteri Kesihatan yang sangatrasuha ketika di dalam kerajaan Barisan Nasional, dia telah meninggalkan gabungan pemerintah dan sekarang berada bersama PKR di dalam pembangkang. Sesiapa jua dari Barisan Nasional yang meninggalkan gabungan pemerintah dan menyertai pembangkang ialah seorang yang baik sekalipun dia ialah seorang Cina yang perasuah.
Chua Jui Meng juga dikatakan
Born Again Christian. Ini bererti dia 'telah mati' dan telah dilahirkan semula. Orang Islam 'Lahir Semula Sebagai Muslim) setelah mengerjakan haji ke Mekah. Bila seorang Islam selesai mengerjakan haji ia seolah-olah dia dilahirkan semula dalam keadaan yang bersih.
Chua Jui Meng mungkin telah menjadi
Born Again Christian. Tetapi dia tidak memulangkan semula duit 'bawah meja' yang diambilnya ketika dia belum 'dilahirkan semula' dan ketika bersama Barisan Nasional.
Itu bermakna, mulai sekarang dia akan menjadi baik. Segala perbuatan buruk yang dilakukannya sebelum dia 'dilahir semula' dan semua duit haram yang dikumpulkannya tidak diambil kira. Wang itu tetap dengannya. Dia tidak semestinya memulangkan wang itu untuk menutup dosanya.
Tidak hairanlah banyak Cina MCA yang saya kenal (termasuk orang tertentu di dalam The Star) menjadi orang-orang Kristian yang dilahirkan semula. Ia satu bentuk pengubahan wang haram. Semua dosa-dosa lama mereka akan terpadam dan pada masa yang sama semua wang rasuah ynag mereka dapat kekal menjadi milik mereka.
Orang-orang Kristian yang 'dilahirkan semula' ini sungguh lucu. Mereka bagaikan salinan karbon 'kelahiran semula' Muslim.
Bagaimanapun , itu bukanlah kebimbangan utama saya. Apa yang membimbangkan saya ialah Chua Jui Meng tidak betul-betul 'dilahirkan semula' seperti yang ia cuba kelihatan. Adakah dia benar-benar melihat cahaya? Adakah dia benar-benar berubah? Adakah dia menyertai pembangkang kerana beliau kini telah melihat kebenaran? Atau adakah ia lebih daripada semua itu?
Ketika dia menyertai PKR terdapat parti-parti dan sambutan meraikannya. Orang penting dari MCA akhirnya telah menemui kebenaran. Chua Jui Meng berlawan dengan Chua Soi Lek di Johor.
Sila ambil perhatian, jika anda mahu membentuk kerajaan pusat, terdapat lima negeri yang anda perlu tawan – Selangor (22), Perak (24), Johor (26), Sabah (25) dan Sarawak (31). Lima negeri-negeri ini mempunyai 128 kerusi di Parlimen manakala baki lapan negeri mempunyai kurang daripada 100 kerusi (94 kerusi lebih tepat).
Ia juga sama di dalam pemilihan Umno. Anda perlu menundukkan negeri-negeri 'besar' untuk memenangi pemilihan parti UMNO. Jadi, Perak, Selangor and Johor sangat penting, begitu juga Sabah ( UMNO masih belum ada di Sarawak tetapi akan ada tidak lama lagi).
Chua Jui Meng perlu memastikan dia akan menewaskan Chua Soi Lek di Johor. Tetapi ada masalah: Chua Soi Lek lebih popular daripada Chua Jui Meng. Malahan ramai orang di Kementerian Kesihatan dan doktor-doktor / jururawat di hospital-hospital kerajaan mengutuk Chua Jui Meng dan memuji-muji Chua Soi Lek.
Jadi bagaimana Chua Jui Meng akan menawan Johor?
Itu satu masalah. Masalah lain yang lebih mustahak: adakah Chua Jui Meng
Trojen horse? Saya kadang-kadang pelik.
Chua Jui Meng ialah sebahagian dari pasukan yang 'mengetuk' dan bersetuju pada 'perjanjian damai' PKR Sabah. Krisis PKR Sabah telah diselesaikan dan mereka yang hendak meninggalkan PKR dan menubuhkan sebuah parti baru bersama dengan Dr Jeffery Kitingan bersetuju untuk menggugurkan rancangan itu dan kekal bersama parti itu.
Kemudian ada seseorang di dalam parti yang duduk di Ibu Pejabat membuat satu pusingan U (ia satu frasa popular sekarang). Mereka menafikan kewujudan perjanjian damai dan sebaliknya mengambil tindakan disiplin kepada penentang-penentang itu. Itu telah memusnahkan semua harapan PKR untuk menawan Sabah.
Tetapi Chua Jui Meng berada di situ. Dia memegang rahsia untuk apa yang telah terjadi. Mengapa dia membisu dan tidak bercakap sedikit pun dan sebaliknya membiarkan perkara itu bertambah buruk dan tidak membaikinya?
Adakah Chua Jui Meng membuat satu pusingan U? Adakah dia tiba-tiba kehilangan telurnya? Adakah dia telah diberitahu supaya diam? Atau adakah beliau sengaja senyap supaya perkara itu boleh meletup?
Chui Jui Meng mungkin boleh berkata sesuatu telah menghalangnya dan perkara ini tidak boleh berpatah balik. Tetapi kini ia sudah terlambat. PKR Sabah sekarang di dalam masalah besar. Dan lihat keputusan baru-baru ini di pilihan raya negeri Sarawak, kelihatan PKR Sarawak turut berada di dalam masalah besar. Johor juga nampaknya tidaklah lebih baik.
Sekarang hanya tinggal di Selangor dan Perak saja. Bolehkah pembangkang melakukan dengan lebih baik di Selangor dan Perak? Saya amat mengharapkan begitu. Tetapi sekalipun mereka berjaya, ia masih tidak cukup. Itu baru dua negeri. Mereka juga memerlukan tiga negeri lain.
Mari kita lihat rekod prestasi pembangkang.
Ia berjaya pada 1990. Jatuh pada 1994. Ia melakukannya lebih baik pada 1999. Ia kemudian kalah teruk pada 2004. Ia cemerlang pula pada 2008. Apa yang kita boleh jangkakan untuk pembangkang dalam pilihan raya berikutnya?
Itu sesuatu yang perlu diberi perhatian. Pembangkang tidak pernah berjaya di dalam dua pilihan raya berturut-turut. Ia sentiasa setapak ke hadapan dalam pilihan raya dan jatuh kemudiannya. Dan ini adalah apa yang menakutkan kami jika kita tidak berhati-hati.
Kredit : M2day