blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

SUMPAH Tidak Cukur Janggut Hingga OSAMA Terkorban

Tuesday, May 3, 2011
WASHINGTON – Seorang guru sekolah menengah di East Wenatchee, Washington, ketika berlakunya serangan pada 11 September 2001, telah bersumpah tidak akan mencukur janggutnya hingga Osama Bin Laden tertangkap.

Dan Gary Weddle pun menepati janjinya hingga minggu lalu, 2 Mei, malam.

 
“Saya menghabiskan lima minit pertama dengan menangis dan saya tidak dapat cepat melupakannya,” ujar Weddle (50) seperti dilaporkan Telegraph, Selasa (3/5/2011).

Weddle, yang tinggal di East Wenatchee dan mengajar di Ephrata, ingin mencukur misainya sejak bertahun-tahun yang lalu. Janggut panjang beruban yang tumbuh didagunya membuatkan Weddle kelihatan mirip dengan Osama Bin Laden.

Weddle adalah seorang guru ganti di Wenatchee ketika serangan di World Trade Center dan Pentagon, dan menewaskan kira-kira 3,000 nyawa.


Weddle mengatakan dia begitu terkejut dengan berita serangan itu sehingga tidak mencukur janggutnya. Beberapa minggu kemudian, Weddle memutuskan untuk tidak mencukurnya hinggalah Osama tertangkap atau terbunuh. Weddle menyangkakan ia hanya mengambil masa satu atau dua bulan sahaja.
Read Full 2 comments

Osama MASIH HIDUP : Komandan Mujahidin Pakistan

ISLAMABAD - Pimpinan Taliban Pakistan mendakwa bahawa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menjawab tuduhan Bin Laden sudah terkorban amat tidak berasas.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi ketenteraan AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan pejuang Al Qaeda tersebut terbunuh dalam satu kejadian tembak menembakj.

Seperti dilaporkan Bloomberg, Selasa (3/5/2011), dakwaan Osama Bin Laden masih hidup ini telah dikeluarkan oleh Pimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan kenyataan mereka kepada televisyen Pakistan GEO TV.

Osama Bin Laden dinyatakan terbunuh di dalam pertempuran dengan tentera AS yang menyerang sebuah rumah mewah di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahawa Bin Laden memang sudah terbunuh setelah melakukan ujian DNA.

Dakwaan mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kekeliruan. Ia dibuat setelah keluarnya hasil ujikaji DNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.

“Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengesahkan dengan jelas kebenaran bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik,” kata Waliur Rahman dalam statemen video yang dipetik Arrahmah dari forum Islam Ansar, yang disiarkan dalam berita BBC Arab.

“Ia masih melakukan kontak dengan orang-orangnya dari organisasi Al Qaeda dan meneruskan aktivitinya seperti biasa,” lanjutnya.

Sebelumnya Tehrik-e-Taliban telah membuat kenyataan yang menolak khabar kematian Syeikh Usamah bin Ladin.
Read Full 1 comments

Laporan TV Amerika SILAP "OBAMA Bin Laden DEAD"

NEW YORK – Berita terkorbannya Osama Bin Laden menjadi berita utama di seluruh media di dunia. Namun, bukan berita terkorbannya Osama yang menjadi perhatian dalam headline stesen televisyen berita Fox News, namun kesalahan nama yang mereka tulis.



Salah satu stesen televisyen berita terbesar di Amerika Syarikat (AS), Fox News, melakukan kesalahan dalam menulis headline berita terkorbannya Osama Bin Laden. Fox News menulis “Obama Bin Laden Dead” bukannya “Osama Bin Laden Dead”.

Kesalahan tersebut secara tidak sengaja ditangkap oleh salah seorang pengguna jejaring sosial Twitter. Pengguna Twitter dengan nama @KyleHudgins mengambil gambar ketika Fox News menyiarkan berita dengan headline yang salah tersebut dan menyebarkannya di Twitter, pada Isnin (2/5/2011).

Osama Bin Laden menjadi tokoh pengganas utama yang diburu oleh Pemerintah AS sejak jaringan pengganas yang dipimpinnya, Al Qaeda, mendalangi serangan ke atas World Trade Centre di New York yang mengorbankan lebih dari 3,000 nyawa.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks