blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Gempar!! Gambar OSAMA Mati TIPU DIDEDAHKAN!!

Monday, May 2, 2011
Imej kononnya wajah Osama yang terkorban dalam serangan tentera Amerika Syarikat ketika disiarkan di dalam televisyen Pakistan.

Satu imej yang menunjukkan gambar Osama bin Laden terbunuh yang disiaran di televisyen Pakistan dan beberapa laman-laman web akhbar British ialah gambar palsu.

Imej berdarah seorang lelaki dengan rambut kusut dan berdarah, sebelah mata terbuka mata telah beredar di internet sejak dua tahun lepas. Ia telah digunakan di muka hadapan laman web Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror, walaupun ia akhirnya dibuang selepas gambar tiruan itu didedahkan melalui Twitter.

Akhbar The Daily Mail yang turut menggunakan gambar palsu kematian Osama Bin Laden sebagai muka hadapan.

Gambar palsu ini pada mulanya diterbit oleh akhbar online di Timur Tengah themedialine.org pada 29 April 2009, dengan satu amaran dari editor  "tidak mampu menentukan sama ada foto tulen atau bukan".

Gambar sebenar Osama (kanan) digabungkan dengan gambar lain (tengah) sehingga dikhabarkan imej Osama yang terkorban di dalam TV Pakistan.






Adakah Osama MASIH HIDUP?. Takbir..Allahu Akbar! : Author Faethal
Read Full 14 comments

IMEJ Osama Bin Laden SYAHID (18 SG)

Wajah Osama Bin Laden yang ditunjukkan Pakistani TV selepas serangan tentera Amerika Syarikat di kediaman mewah di Pakistan.

Osama Bin Laden telah terbunuh oleh serangan ketenteraan U.S. selepas pencarian selama sedekad bagi membalas serangan 9 / 11, menurut pendedahan Presiden Barack Obama hari ini.

Pemimpin Al Qaeda berumur 54 tahun itu terbunuh semalam dalam satu pertempuran dengan angkatan-angkatan  tentera Amerika di sebuah tempat persembunyian rumah  istimewa bernilai $1million kira-kira 60 batu ke utara Islamabad di Pakistan.

Pakar-pakar mengenalpasti mangsa korban menggunakan teknik-teknik pengenalpastian wajah dan mebjalankan ujian DNA, keputusan ujian akan diperolehi beberapa hari akan datang.

Pegawai-pegawai U.S. memberitahu CNN bahawa tubuh Osama bin Laden telah disemadikan di dalam laut supaya menghalangnya daripada dikuburkan dan menjadi makam untuk pelampau-pelampau Islam.


Lokasi persembunyian Osama Bin Laden, yang juga tempat serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Pakistan.


Imej kediaman Osama ketika dibedil oleh serangan tentera Amerika Syarikat.



Pergi jahanam Amerika Syarikat laknatullah dan sekutu-sekutunya!!. AMIN. : Author Faethal
Read Full 5 comments

Osama TERBUNUH, Harga Minyak ASIA TURUN

SINGAPURA - Harga minyak turun di bawah $ 113 per barel Isnin (2/5) setelah Presiden Barack Obama mengumumkan pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden terbunuh.

AP melaporkan harga minyak untuk penghantaran bulan Jun turun $ 1.23 ke $ 112.70 per barel pada tengah hari waktu Singapura di perdagangan elektronik New York Mercantile Exchange. Kontrak tersebut naik US $ 1.07 dan kekal di $ 113.93 pada hari Jumaat dan mencecah  $ 114.18 selama sesi, tertinggi sejak September 2008. Di London, minyak mentah Brent untuk penghantaran Jun turun 98 sen menjadi $ 124.91 per barel di bursa ICE Futures.

Obama mengatakan bin Laden terkorban pada hari Ahad oleh pasukan khas AS di Pakistan. Para pedagang mengatakan kematian bin Laden dapat melemahkan kemampuan al-Qaeda untuk menyerang dan menggoncang Timur Tengah yang kaya minyak. Namun, al-Qaeda juga dapat membalas kematian pemimpin mereka, dan pemberontakan politik tahun ini di Timur Tengah dan Afrika Utara yang telah mengancam akan mengganggu pasukan minyak mentah yang tidak mempunyai perhubungan dengan al-Qaeda.

Jumlah perdagangan di Asia kecil kerana pasaran di China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura tutup memperingati Hari Buruh antarabangsa. Pasar di Jepun dibuka dari hari Isnin tetapi akan ditutup tiga hari akan datang untuk sambutan Golden Week.

Pada perdagangan Nymex lainnya, untuk minyak pemanas kontrak Mei turun 2.5 sen menjadi $ 3.25 per galon dan bensin turun 1.8 sen menjadi $ 3.38 per galon. Gas semulajadi dijangka turun 1.5 sen menjadi $ 4.69 per 1.000 kaki kubik.
Read Full 3 comments

SEKITAR Meraikan Kematian OSAMA LADEN

Dalam satu pengumuman dramatik lewat malam di East Room, Rumah Putih, Obama menegaskan bahawa “keadilan telah dilaksanakan.”

Obama mendedahkan Amerika telah berjaya membunuh Osama bin Laden dan mengebomnya hingga mati di Pakistan.

Di tengah malam kegelapan, orang ramai berkumpul, berteriak dan bersorak, mengibar bendera Amerika Syarikat, di luar pintu Rumah Putih.

Tentera laut Amreika di Afghanistan melihat pengumuman menakjubkan Presiden Obama di kaca televisyen.


Di balik bayang tapak World Trade Center, ramai meraikan peristiwa pembunuhan Osama sebagai tindak balas terhadap kejadian Sept. 11, 2001.


Di Times Square, suasana di seluruh jalan penuh kegembiraan apabila berita tentang kematian Osama bin Laden meletus.


Berita pengumuman kematian Osama di sini.
Read Full 0 comments

TERKINI : Osama Laden TERBUNUH!

Osama Bin Laden telah dibunuh oleh tentera U.S. selepas satu pencarian selama sedekad bagi membalas tindakan serangan 9/11.


Pemimpin Al Qaeda itu telah terbunuh dengan serangan sebutir bom bersama dengan beberapa orang anggota keluarganya di sebuah rumah besar di luar Islamabad, Pakistan.

Pihak tentera U.S telah menemui jasadnya dan mengesahkan identitinya.

Beberapa minit selepas berita ini diumumkan di kaca televisyen, rakyat Amerika mula berkumpul di luar Rumah Putih sambil mengibarkan bendera Amerika dan menyanyi lagu kebangsaan sambil berteriak 'AMERIKA SYARIKAT! AMERIKA SYARIKAT!'

Sumber-sumber risikan berkata Bin Laden bukan dibunuh oleh pesawat kawalan tanpa juruterbang tetapi dengan sebutir bom yang dikawal oleh juruterbang U.S.

Serangan itu dibuat pada hari minggu (Ahad) lalu tetapi hanya kini baru diumumkan.

Pegawai perisikan Pakistan mengesahkan pembunuhan ini dan berkata, ia adalah hasil kerja 'operasi perisikan yang amat sensitif' melibatkan tentera Pakistan dan U.S.

Bin Laden telah diburu oleh Amerika sejak 2001 apabila dipercayai mendalangi serangan yang mengorbankan 2,700 nyawa dan membawa kepada tindakan pencerobohan Afghanistan oleh Amerika yang cuba menjejakinya.

Perkembangan dramatik ini menjadi satu kejayaan utama untuk Barack Obama. Saudara-mara korban serangan 9/11 mengalu-alukan kejayaan pembunuhan itu.

Carie Lamack, yang kehilangan ibunya Judy di dalam penerbangan American Airlines 11 pada 9/11, berkata: "Saya tidak boleh menyatakan bagaimana perasaan terhadap keluarga saya. Kelegaan ialah salah satu daripada perasaan."

Pihak tentera U.S. seluruh dunia telah mengenakan langkah berjaga-jaga bagi menangani serangan balas dari puak radikal Islam.

Read Full 2 comments

TONGKAT Ini Boleh Kembalikan DARA

SUMENEP - Tusmiyati Ummi Kulsum, seorang penduduk di Kelurahan Bangselok, Kabupaten Sumenep, Madura, Jawa Timur, sudah bertahun-tahun membuat jamu tradisional, khusus mengubati masalah kewanitaan.

Tongkat Wasiat 

Salah-satunya adalah tongkat wasiat, ramuan tongkat yang satu ini berbeza dengan ramuan ubatan yang lain, buatan Ummi Kulsum. Berwarna coklat dan berbentuk tongkat mini berukuran sekitar 10 cm, dengan diameter 1.5 cm.

Tongkat wasiat adalah jenis ubat kegunaan luar, cara penggunaannya bukan diminum atau ditelan. Tongkat wasiat di masukkan ke dalam alat kelamin wanita, dan dibiarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam.

Khasiatnya yang luar biasa, tongkat ajaib tersebut berperanan menyerap lendir bagi wanita yang menderita keputihan, dan menjadikan kembali perawan, bagi wanita yang baru melahirkan.

Proses membuat tongkat wasiat ini lebih lama berbanding daripada pembuatan jamu tradisional lainnya, selama pembuatan tongkat wasiat ini ia tidak boleh terkena sinar matahari, proses pengeringan hanya sekadar di angin-anginkan, hinggalah lebih kurang 15 hari, setelah tongkat wasiat kering, ia dimasukkan ke dalam kotak.

Kerana khasiatnya yang ampuh, dan harganya yang cukup murah, hanya Rp17,500 (Lebih RM 6) untuk satu tongkat, Tongkat Wasiat banyak diburu orang, bahkan warga asing seperti Hongkong, China, Malaysia, rutin melanggannya.

"Tongkat Wasiat bekerja menyerap lendir putih bagi wanita, dan merapatkan kembali vagina bagi yang telah melahirkan," kata Ummi.

Ummi Kulsum mengakui tongkat wasiat ini di buat secara turun temurun, sejak nenek moyangnya. Bahkan, hingga tidak menang tangan memenuhi banyaknya pesanan.

"Setiap bulan rata-rata saya membuat 400 tongkat, yang paling banyak memesan dan rutin tiap bulan itu dari luar, seperti Hongkong, China dan Malaysia," tambahya.

Ummi Kulsum mempunyai tiga orang pekerja dari jiran tetangganya untuk membuat jamu tradisional, ummi kulsum meracik jamu dengan menggunakan bahan semulajadi, seperti daun sirih, kulit delima putih, jahe, kunyit dan lainnya. Kemudian dikemas menjadi kapsul dan serbuk.

Selain Tongkat Wasiat, Ummi Kulsum juga meracik jamu tradisional, seperti sari rapat kembali perawan, jamu pembesar payudara, dan sihat montok.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks