Pelakon wanita MUSLIM ini telah menimbulkan 'kekacauan' apabila berbogel untuk Playboy. Sila Sahin telah dicap sebagai
"pelacur" dan
"perempuan sundal barat" selepas muncul dengan gambar sebelah payudaranya terdedah untuk terbitan majalah lelakiedisi Jerman itu.
Pelakon drama cantik, Sila Sahin
Beberapa fanatik Islam telah menghantar mesej-mesej ancaman kepadanya di internet.
Sila, yang dibesarkan di Jerman oleh ibu bapa Turki konservatif, berkata dia takut jika
"diludah" dan
"dimalukan".
Ibu bapanya telah mengambil tindakan yang
"dahsyat" berikutan 12 halaman yang mengandungi gambar bogelnya itu, ibunya juga telah memutuskan semua hubungan dengannya.
Sila, 25 tahun - bintang drama Jerman
Good Times, Bad Times - didakwa telah melepaskan perasaan kerana
'terkongkong' di zaman kanak-kanaknya.
Dia menambah:
"Apa saya mahu cakap berkenaan gambar-gambar ini ialah, 'Kanak-kanak perempuan, kami tidak perlu hidup mengikut peraturan-peraturan yang menyusahkan kami.
"Selama bertahun-tahun saya mematuhi dengan pelbagai kekangan di dalam masyarakat. Sesi foto bersama Playboy ialah satu lambang kebebasan."
Ancaman-ancaman
Kini laman-laman web internet Islam mula diawasi oleh BND - agensi risikan Jerman - selepas beberapa ancaman telah diposkan terhadapnya seperti "memalukan wanita Islam" dan "melacurkan diri untuk wang".
Di laman web
Jihad Watch tertulis:
"Dia perlu berhati-hati" dan satu tulisan yang lain
"Dia perlu membayarnya."
Pemilik kedai kebab, ketika ditanya oleh sebuah stesen TV Jerman apa yang dia akan lakukan jika Sila ialah anak perempuannya, dimenjawab:
"Saya akan membunuhnya. Saya memang maksudkannya. Ia (tindakannya) tidak sesuai dengan budaya saya."
Komuniti Islam di Jerman telah menuntut supaya Sila dipulaukan.
Kira-kira tiga juta pendatang Islam tinggal di Jerman, dilihatnya telah banyak melakukan '
honour killings' (pembunuhan demi maruah) sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh suami-suami, bapa-bapa dan adik-beradik lelaki.
Satu risikan pegawai polis berkata berkaitan Sila:
"Saya rasa apa yang dilakukannya ialah sesuatu yang sangat berani, atau sangat bodoh. Sekarang dia terpaksa mengunci pintu rumahnya 'berganda' di waktu malam untuk suatu jangka masa yang panjang."