blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Inilah DALANG Disebalik Percubaan TANGKAP Raja Petra

Monday, April 25, 2011
Di sebalik tabir: Bekas ahli PKR yang merupakan anti-Anwar, anti-RPK, anti-Kalimullah, anti-Nor Mohd Yakcop, anti-Malaysia Insider , dan sahabat Mukhriz.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah (kiri), pembelot PKR, bersama dengan Mukhriz Mahathir pada bulan Mac semasa pelancaran satu rancangan televisyen baru bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala Indonesia Malaysia. Foto Mukhriz telah ditampilkan lebih daripada 12 keping di laman web JMM

oleh uppercaise

Kumpulan pendesak Jaringan Melayu Malaysia, yang dipimpin seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat inilah sebenarnya yang berada disebalik laporan polis sehingga menyebabkan terjadinya permainan kucing dan tikus di Bangkok di antara polis dan Raja Petra Kamarudin. Ia telah mendesak polis untuk menyiasat satu usaha pada tahun 2009 yang dibuat untuk menyekat Najib Razak dari menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ia mengatakan laporan terhadap RPK telah dibuat, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan wawancara RPK dengan TV3. JMM menuntut polis menyiasat "konspirasi" ini, polis sedang menyoal siasat empat orang yang dinamakan oleh RPK, dan tindakan telah diambil terhadap laporan memfitnah yang dibuat kepada Najib.



Laporan polis ini dibuat pada tarikh 14 April. Pada hari Jumaat, blogger Din Merican telah disoal siatas di ibu pajabat polis persekutuan selama tiga jam, The Star melaporkan. Din adalah salah seorang daripada empat orang yang disebutkan oleh RPK mempunyai maklumat untuk menghalang Najib.

Tindakan polis menjurus kepada menyiasat berkaitan konspirasi yang disebut dan bukan tentang Akuan Bersumpah yang dibuat RPK pada tahun 2008 melalui seorang pemberi maklumat, daripada seorang pegawai kanan tentera, telah mengaitkan isteri Najib dan dua pegawai tentera yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. RPK telah berkali-kali meminta dakwaan ini disiasat. Sebaliknya dia pula telah dituduh melakukan jenayah fitnah.

Jaringan Melayu Malaysia dipimpin oleh seorang usahawan yang boleh berbahasa Mandarin Azwanddin Hamzah, 36 dari Ampang. Beliau merupakan seorang ahli Parti Keadilan selama 10 tahun dan Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat, ia meninggalkan parti untuk menyertai UMNO pada tahun 2008, bersama-sama dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor.

Pada Februari tahun lalu, dia telah berkempen menentang The Malaysian Insider, dan bersumpah akan menutup laman web tersebut. Ia juga mendesak tindakan dikenakan terhadap bekas Naib Pengerusi New Straits Times, Kalimullah Hassan dan dua orang lain yang dituduh membiayai laman web tersebut menggunakan dana yang diperoleh daripada kontrak kerajaan. Azwanddin juga menuntut penjelasan dari Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua Mohd Nor Yakcop untuk menjelaskan hubungannya dengan Kalimullah.

Azwanddin mengetuai demonstrasi menentang The Insider Malaysia kerana menjadi "pengkhianat" kepada negara. Gambar: Ismail Faezah.

Awal tahun ini dalam satu acara berprofil tinggi, Azwanddin mengumumkan program televisyen Antara Dua Garisan untuk untuk diterbitkan bersama dengan stesen Indonesia dan bertujuan untuk meningkatkan perhubungan dua hala. Program 30 minit setiap minggu itu, melibatkan wawancara dengan 12 tokoh politik dan pemimpin negara dari kedua-dua negara, yang akan mula disiarkan dari bulan Jun, lebih setahun, menurut kumpulan tersebut.

Mukhriz Mahathir, anak lelaki mantan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Perdagangan, adalah di antara tetamu terhormat yang dipaparkan lebih daripada sedozen fotonya di laman web. Menteri yang lain ditonjolkan ialah Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, dan Sharizat Jalil,Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Azwanddin juga menuduh pemimpin PKR Anwar Ibrahim menyokong Raja Petra dan penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang sekarang tinggal dalam pelarian di India setelah melakukan dakwaan sensasi mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Ia juga menuduh Kalimullah membantu Raja Petra untuk meninggalkan negara ini, dan membiarkan Raja Petra tinggal di sebuah apartmen di London. (Kalimullah telah membantah tuduhan ini, dan Raja Petra telah mendedahkan sebenarnya ia tinggal di Manchester.)
Read Full 3 comments

Safee Sali Dikawal, Pelita Jaya Berjaya Raih Tiga Mata

Pelita Jaya berjaya memperolehi tiga mata ketika bertemu Arema Indonesia dalam perlawanan Liga Super Indonesia (ISL), Ahad, 24 April 2011. Dalam perlawanan ini, The Young Guns mengungguli 1-0 menerusi gol Joko Sasongko.

Berlawan di Stadium, Singaperbangsa, Karawang, kedua-dua pasukan bermain secara terbuka. Keadaan padang yang licin selepas hujan membuatkan para pemain kesulitan dalam mengawal bola.

Pelita terus menekan pertahanan Arema di awal-awal babak pertama. Peluang pertama Pelita lahir pada minit ke-7 menerusi tendangan deras Safee Sali. Sayangnya bola masih belum menemui sasaran.

Pada minit ke-16, Juan Ramirez yang baru pulih dari kecederaan nyaris membolosi gawang Singo Edan menerusi tandukan kerasnya. Namun bola tersasar sedikit di sisi kanan gawang Kurnia Meiga.

Di babak kedua, Pelita kembali menekan pertahanan Singo Edan. Kucar-kacir berlaku di hadapan pintu gol Arema yang dikawal oleh Kurnia Meiga ketika perlawanan baru bermula selama seminit.

Pelita semakin ghairah mengasak pertahanan Arema. Pada menit ke-58, tendangan Juan Ramirez hampir membawa Pelita di hadapan. Sayangnya, bola itu tersasar di sisi kanan gawang Kurnia Meiga.


Safee Sali dan rakan sepasukan meraikan jaringan Joko Sasongko

Penyokong Pelita Jaya akhirnya bersorak ketika Joko Sasongko berhasil membolosi gawang Arema pada minit ke-65.

Jaringan 0-1 The Young Guns kekal sehingga ke akhir perlawanan.
Read Full 2 comments

Air Teh LEBIH BAIK Dari Air Putih?

Sering dahaga? Walaupun sudah banyak minum air putih tetapi cepat merasa dahaga lagi? Gantilah air putih dengan teh tawar. Teh bukan sekadar menghilangkan rasa dahaga lebih lama dari air putih tetapi juga punya sejumlah khasiat hebat!

Teh atau camelia sinensis yang sejak ribuan tahun silam dikenali di China sebagai penawar dahaga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Laporan kajian yang baru saja dikeluarkan oleh European Journal of Clinical Nutrition mengatakan teh bukan sekadar menghilangkan dahaga lebih lama tetapi juga mempunyai khasiat baik untuk kesihatan.



"Minum teh lebih baik dibandingkan minum air, ini kerana teh tidak sekadar menggantikan cairan tubuh sebagai penghilang rasa dahaga, tetapi ia juga memiliki kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh", demikan kata Dr Carrie Ruxton, ahli pemakanan dan penulis kajian, seperti dilaporkan BBC.

Antioksidan dalam daun teh berupa flavonoid yang meresap bebas di dalam tubuh sehingga tubuh tetap sihat. Sedangkan turut mengandungi antioksidan lain seperti tannin, polyphenols dan catechin. Penelitian-penelitian pakar ahli kesihatan lain juga menyokong khasiat hebat teh untuk kesihatan.

Flavonoid dapat mengurangkan kerosakan sel dalam tubuh kerana aktiviti seharian. Pakar juga percaya ia membantu untuk mengelakkan serangan jantung dan beberapa jenis kanser.

Mereka menemui bukti bahawa minum 3-4 cawan teh sehari dapat mengurangkan kemungkinan terkena serangan jantung. Beberapa studi menyatakan teh boleh melindungi tubuh dari kanser, meskipun penelitian kesan ini masih kurang jelas.

Selain itu teh juga memberi perlindungan terhadap plak gigi,kerosakan gigi dan menguatkan tulang. British Nutrition Foundation menggalakkan  minum teh tawar sekitar 1.5 sehingga 2 liter sehari. Sedangkan penelitian juga menunjukkan bahawa dengan minum teh 1-6 cawan sehari, termasuk teh hitam, dapat meningkatkan tahap antioksidan.

Namun, ada juga beberapa bukti bahawa teh dapat mencegah penyerapan zat besi dari makanan, sehingga mereka yang berisiko menderita anemia diusulkan untuk tidak minum teh setelah makan.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks