ORLANDO - Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan jatuh dari tingkat empat sebuah balkoni hotel. Berpantang maut sebelum ajal, dia terlepas dari maut apabila ada seorang pelancong dari British yang menangkapnya di bawah.
Seperti dilaporkan
Reuters, Jumaat (22/4/2011), kejadian ini berlaku di sebuah hotel di Orlando, Amerika Syarikat sekitar pukul 11.00 malam waktu tempatan Rabu (20/4/2011) lalu. Bayi tersebut terjatuh dari balkoni hotel yang menghadap ke arah kolam renang.
Heroin: Helen Beard, pelancong British yang berasal dari Worksop, Nottinghamshire, sedang bercuti bersama suami dan dua orang anaknya ketika bayi berusia 16 bulan Jah-Nea Myles terjatuh dari balkoni.
Helen Beard (44), pelancong British yang menangkap bayi tersebut bercerita, ketika itu dia sedang berada di kolam renang. Lalu dia melihat seorang bayi tergantung di balkoni.
Saat itu juga, Beard terus berlari ke lokasi yang berkemungkinan bayi itu akan jatuh. Meskipun setinggi tiga tingkat, Beard terus memerhatikan arah bayi tersebut akan jatuh.
Bertuahnya, bayi bernama Jah-Nea Myles itu berjaya ditangkap walaupun terlepas dari lengannya.
"Saya fikir Tuhan bersama saya kerana bayi saya selamat. Saya juga berterima kasih pada wanita yang menolongnya kerana dia adalah malaikat yang dikirim dari syurga," ucap ibu bayi tersebut, Helena Myles.
Ketika ini, pasukan perubatan masih memeriksa Jah-Nea di hospital.
"Dia dalam keadaan yang baik sepenuhnya. Tidak ada luka pada tubuhnya," sambung Myles.
Saat ditanya bagaimana bayinya terjatuh, Myles berkata dia telah meninggalkan bayinya dengan temannya yang tidak menyedari Jah-Nea sudah merangkak keluar dan terjatuh dari balkoni.
Jah-Nea Myles terjatuh dari tingkat empat di hotel di Florida ini - ke dalam dakapan pelancong British.
Di sinilah tempat di mana bay 16 bulan itu terjatuh