Kini ramuan pembangkit ereksi untuk lelaki yang lemah syahwat boleh didapati dalam bentuk lain yang lebih unik. Ubat lemah syahwat itu disalut untuk melapisi kondom khusus yang boleh membangkitkan kelamin lelaki yang lemah.
Kondom khusus,
Viagra Condom CSD500 tersebut akan dibuat dan dipasarkan oleh perusahaan terbesar di dunia, Durex. Kelulusan meletakkan ubat anti-impotensi di dalam kondom kini sedang di dalam proses dan diharapkan akhir tahun ini produk ini sudah boleh dijual di pasaran.
Dibandingkan Viagra (Sildenafil) yang harus dibeli dengan kebenaran doktor, kondom ini lebih praktikal. Lelaki yang tidak ingin merahsikan penyakit lemah syahwat tidak perlu datang bertemu doktor terlebih dahulu untuk membeli ubat, cukup hanya datang ke farmasi dan dapatkan kondom ini.
Lapisan ubat pada kondom ini di dalam bentuk gel yang mengandungi vasodilatator, iaitu ubat untuk membesarkan pembuluh darah. Makin besar pembuluh darah pada zakatr, makin lancar aliran darah yang akan membantu proses ereksi pada lelaki lemah syahwat dan pesakit ejakulasi awal.
Belum dapat dipastikan apakah jenis vasodilatator yang akan digunakan, namun yang pasti ia bukan Viagra yang sebenar. Meskipun begitu, khasiatnya didakwa tidak kurang hebatnya dengan Viagra yang melancarkan pengaliran darah pada zakar dengan enzym PDE-5.
Makmal yang memegang hak paten untuk rekabentuk kondom unik ini, Futura Medical PLC sedang menguruskan kebenaran untuk mengedarnya di Eropah dan dijangka selesai pada pertengahan tahun 2011. Jika tidak ada halangan, akhir tahun ini kondom berwarna hijau terang itu sudah mula dipasarkan.
"Kondom ini memberikan 2 manfaat, iaitu mencegah jangkitan penyakit kelamin sekaligus mengatasi masalah gangguan ereksi bagi lelaki lemah syahwat", kata Pengarah Futura Medical PLC, James Barder seperti dilaporkan dari Foxnews.