blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Teman Lelaki Saksi KEKASIH DIBUNUH Secara LIVE Melalui Webcam

Wednesday, April 20, 2011
Seorang gadis dibunuh ketika sedang berbual dengan teman lelakinya di China melalui webcam. Terhalang dengan faktor jarak di antara mereka, teman lelakinya tidak berdaya menghalang kejadian sedih dan mengerikan itu, malah telah disaksikan matanya secara langsung di dalam layar monitor.

Qian Liu, 23 tahun, berasal dari Beijing dilihat berusaha menyelamatkan diri ketika seorang lelaki memasuki biliknya di York University Village, Toronto, Kanada. Ia berlaku ketika Qian Liu sedang berbual dengan kekasihnya yang berada sejauh 6,600 batu di China.

Qian Liu, mangsa pembunuhan kejam

Liu sedang berbual dengan teman lelakinya yang berada di China melalui webcam. Teman lelakinya menghubungi rakan-rakan Liu bagi memaklumkan kejadian itu

Penjenayah pembunuhan yang belum diketahui identitinya itu mengetuk pintu bilik Liu pada jam 1 pagi, waktu tempatan. “Liu membuka pintu untuk lelaki itu. Liu nampaknya kenal identiti tetamu tersebut. Pada masa yang sama, penjenayah itu tidak sedar bahawa ada saksi mata dari jauh yang melihat aksi jenayahnya,” kata Detektif Frank Skubic dari Pejabat Polis Toronto.

Penjenayah itu digambarkan berkulit putih, berusia sekitar 20 tahun, setinggi 6 kaki dan mungkin menyukai Liu. Teman lelaki Liu yang berada di China sempat menghubungi sahabat-sahabat Liu yang tinggal di Kanada memalui jejaring sosial. Sayangnya, pihak polis tiba ke lokasi pembunuhan selepas 10 jam dari kejadian itu dan menemui Liu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan setengah telanjang.

Pihak polis belum mengumumkan punca kematian Liu dan menggunakan gambar webcam milik teman lelaki Liu yang tidak disebutkan namanya itu untuk proses penyiasatan.

 Presiden York dan Naib Canselor Mamdouh Shoukri berkata pihak universiti "sedih dan bersimpati sepenuh hati untuk Liu, keluarganya, teman dan rakan sekelasnya"


Seorang daripada rakan Liu ketika menjawab soalan wartawan


Salah seorang rakan Liu menunjukkan gambar Liu kepada wartawan


 Lokasi kejadian : Liu, 23 tahun ditemui mati di York University Village, Toronto, Kanada


Pihak polis mengambil masa sehingga 10 jam untuk tiba ke lokasi kejadian
Read Full 4 comments

Krisdayanti HAMIL Ketika Kami Belum Bercerai : Bekas Isteri Raul

JAKARTA - Kehamilan Krisdayanti sudah dijangkakan oleh Atta, bekas isteri Raul Lemos. Atta sudah mengetahui KD dan Raul pernah tinggal bersama sebelum bernikah.

Bekas isteri Raul Lemos, Silvalay Noor Athalia atau biasa dipanggil Atta, tidak merasa terkejut ketika mendengar khabar kehamilan diva penyanyi pop Krisdayanti yang baru sebulan bernikah, kini sudah hamil beberapa bulan.


Atta sudah mengetahuinya sebelum Krisdayanti dan Raul berakad nikah, kerana keduanya sudah pernah tinggal bersama.

"Aku sudah tahu. Waktu itu Raul masih suami saya, dia (KD) juga sudah tinggal bersama Raul," ujar Atta ketika dihubungi.

Sejak perceraiannya dengan Raul, Disember 2010, Atta sudah tidak mahu mencampuri urusan Raul. Tetapi diperjelaskan oleh Atta bahawa KD pernah menginap dibekas rumah yang pernah diduduki Atta. Ia malah bertanya, "Kapan bikin anaknya?'

"Aku dapat khabar kalau Raul ke Jakarta, dia tinggal di rumah bekas Anang. Kalau di Timor Leste dia tinggal di bekas rumah aku. Ditanya dong bikin anaknya kapan? Pokoknya (segala) yang berkaitan dengan Raul dan KD aku nggak peduli," katanya.
Read Full 3 comments

MODEL MUSLIM PERTAMA Di Dalam Majalah PLAYBOY

Sila Sahin, gadis kacukan Turki Jerman berusia 25 tahun yang tinggal di Berlin, selalu dijadikan sebagai contoh baik bagaimana seorang gadis Muslim moden berkelakuan di dalam masyarakat pelbagai budaya.

Seorang pelakon yang berjaya membintangi sinetron televisyen Jerman, Good Times, Bad Times, dia mempunyai ramai peminat dan membuatkan keluarganya di Turki merasa bangga.

Namun tindakan yang diambilnya baru-baru ini telah mengejutkan ramai peminat, dan ramai ahli keluarganya marah.

Sila Sahin, pelakon muslim kelahiran Turki Jerman


Aksi provokatifnya di dalam muka hadapan majalah Playboy Jerman dengan salah satu payudaranya terdedah, Sila Sahin nampaknya memberi mesej yang jelas dan sengaja kepada keluarganya di Turki yang konservatif.

"Aku melakukannya kerana aku ingin bebas akhirnya," katanya. "Gambar-gambar ini adalah lambang kebebasan dari sekatan ketika masa kecilku."

Tidak memeranjatkan apabila keluarganya mengambil langkah bertindak balas yang dahsyat, ibunya telah memutuskan semua perhubungan dengan pelakon tersebut.

"Ibu masih marah. Apatah lagi dengan dengan datuk nenek, makcik dan pakcik," katanya di sebuah laman web sinetron tv lakonannya.

Dia bagaimanapun berjaya bercakap dengan ayahnya, yang menyatakan rasa  prihatin dengan tekanan yang akan dihadapinya bukan hanya di kalangan masyarakat Turki di Jerman, tetapi juga dari komuniti Muslim keseluruhannya.

Tujuan Sahin menyatakan melakukan aksi kontroversinya di dalam majalah Playboy itu sebagai seruan kepada semua anak perempuan muslim lain yang pernah menderita kesan dari latar belakang hidup mereka yang ketat, di mana pilihan untuk orang perempuan selalunya terhad, calon suami dipilih untuk para gadis dan kesucian mereka dikawal ketat.

"Melepaskan? Aku melakukannya kerana aku ingin bebas," kata Sila Sahin tentang foto-foto bogelnya yang telah mengecewakan keluarganya di Turki.

Sahin adalah wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy.

Halaman hadapan majalah Playboy Jerman dengan aksi gambar Sahin yang kontroversi

Sebenarnya, 12 halaman artikel yang turut mempunyai foto bogelnya itu, Sahin merasakan dirinya 'seperti Che Guevara', sambil menambah bahawa gambar bogelnya itu adalah untuk mengekspresikan kebebasannya.

"Mereka mengagumi keberanian saya," kata Sahin merujuk rakan-rakannya.

Tetapi sementara rakan-rakan dan beberapa peminatnya mungkin merasa kagum, keluarga Sahin telah menyatakan kekecewaan mereka.

Dan walaupun yakin dengan tindakannya, Sahin tahu tindakannya akan mendapat respon yang keras.

Sahin hanya memberitahu orangtuanya pengedaran Playboy-nya itu melalui sebuah wawancara di sebuah saluran televisyen RTL Jerman, hanya satu hari sebelum foto-foto telanjang itu harus diterbitkan.

Dalam sebuah wawancara yang hangat, saat dia memaparkan foto-fotonya itu, ia memohon supaya ibu dan ayahnya untuk memahami alasan di sebalik keputusannya untuk beraksi bogel.

Pelakon itu merayu dengan keluarganya.

"Saya berharap anda boleh memaafkan saya. Tolong benarkan aku pulang."



Kredit : DailyMail
Read Full 3 comments

Krisdayanti Nikah Belum Sampai Sebulan SUDAH HAMIL 4 Bulan

BANDUNG – Kehamilan Kridayanti yang sudah memasuki 4 bulan padahal belum pun 1 bulan bernikah, menjadi perhatian FUI (Front Umat Islam) Jawa Barat. KD akan diharamkan untuk tampil di sini.

Ketua Front Umat Islam (FUI) Hilman Firdaus berkata FUI akan melakukan perbincangan untuk menyiasat berita bahawa KD sudah tinggal bersama dengan Raul Lemos sebelum bernikah. Bahkan di saat ini KD sudah hamil 4 bulan, sedangkan KD dan Raul baru bernikah pada 20 Mac lalu.


"Kalau kecenderungannya KD benar hamil 4 bulan, dan saat ini usia pernikahannya belum pun satu bulan. Bermakna KD telah melakukan pembohongan kepada publik," ujar Hilman Firdaus.

"Kemungkinan akan kita bahas dari sudut pandang kita, jika apa yang dilakukan KD ini benar seperti itu, maka akan kita ambik tindakan dengan melarang (sebarang acara) KD di Bandung dan Jawa Barat khususnya," ujar Hilman Firdaus.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks