Markom Giran
Nama Markom Giran memang tidak ramai yang kenal jika tidak kerana pilihanraya kecil di Tenang, Labis. Bermula dengan peristiwa Wak Markom mula
berkempen dengan kaunselor-kaunselor di Sekolah Menengah Tenang Stesen. Barulah ramai yang mengenali nama Pengarah Pelajaran Johor ini.
Cikgu Mala dan suami, Cikgu Maarof
Selepas itu, ditambah pula dengan berita cikgu Maarof Abd. Mutalib suami kepada calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari lalu, kononnya suami Normala ini akan dipindahkan ke sebuah sekolah lain beberapa hari sebelum nama Normala diumumkan sebagai calon PAS di DUN Tenang, atas alasan ‘tidak mampu mengawal isterinya’.
Bagaimanapun terbaru ini cikgu Maarof diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu kerana menyalahgunakan sijil sakit kerana menemani isterinya berkempen.
Wak Markom sekali lantang mengikut telunjuk bosnya dengan berkata jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja.
Begitulah hebatnya Pengarah Pelajaran Johor ini.
Namun sesiapa yang lama mengenali Wak Markom ini pasti terdetik di fikiran mereka, sejak bila agaknya Wak Markom ini berubah menjadi penyokong tegar BN?. Sesiapa yang baru kenal Wak Markom pasti menyangka beliau ini seorang ahli UMNO totok sejak sekian lama padahal hakikat sebenarnya tidak. Wak Markom ini dulunya seorang guru yang sangat islamik!.
Wah! pasti ramai yang tidak percaya. Benar. Wak Markom seorang guru yang paling alim. Dialah satu-satunya guru yang berserban di sekolah. Walaupun keluar larangan dilarang memakai serban di sekolah, Wak Markom tetap degil dan terus berserban di sekolah. Jika tidak silap waktu itu Wak Markom merupakan seorang ahli Al-Arqam yang taat!. Ada juga yang kata beliau ahli tabligh. Tetapi menurut ramai guru-guru di Johor, waktu itu beliau pengikut Abuya Ashaari yang kuat. Begitulah islamiknya Wak Markom mengalahkan cikgu Maarof yang hanya sekadar berkopiah.
Zaman itu juga, beliau diantara guru yang 'degil' den sering menentang arahan-arahan dari kerajaan. Guru-guru sezaman dengannya semua tahu perangai Wak Markom ketika itu. Namun tidak pula Wak Markom dikenakan tindakan yang teruk, dipindahkan jauh-jauh, ditahan pencen atau diberhentikan. Wak Markom terus juga bekerja sampai la memegang jawatan sekarang. Tapi itu dulu...
Hari ini, serbannya entah ke mana, Wak Markom dah pun menjadi Pengarah Pelajaran Johor kerana kenaikan pangkat Pengarah sebelum ini ke tempat lain. Wak Markom sendiri tidak menyangka agaknya dia akan menjawat jawatan itu sebelum berpencen. Mungkin bak kerana rezeki yang datang bergolek itu, menjadikan Wak Markom 'seronok' dan amat mesra dengan kerajaan BN yang amat dibencinya suatu ketika dahulu. Maka bermulalah episod, bodek-membodek di hadapan Puad Zarkashi di Tenang dulu. Dan sekarang Wak Markom menjadi begitu tegas melaksanakan arahan perpindahan cikgu Maarof gara-gara tidak 'sealiran' dengan BN.
Perpindahan cikgu Maarof yang berkuatkuasa pada 1 April ini kena disegerakan bagi menunjukkan 'jasa besar' beliau dengan kerajaan BN. Mudah-mudahan permohonan beliau untuk disambung kontrak selepas sepatutnya pencen pada 20 April ini diluluskan. Kalau cikgu Maarof gagal dipindahkan, bagaimana Wak Markom nak tunjuk taat setianya itu. Boleh tidak boleh, pada 1 April cikgu Maarof kena dipindahkan. Jika engkar, ambil tindakan tegas. Titik.
Pencenlah dengan aman Wak Markom
Kepada Wak Markom, cukup-cukuplah membodek. Ramai yang menyampah dengan gelagat Wak Markom sejak menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Johor itu. Sedarlah Wak Markom, ramai kakitangan di JPN, di PPD, malahan di sekolah-sekolah yang tidak sabar menantikan tarikh 20 April ini. Tidak sabar meraikan tarikh pencen Wak Markom. Dan ramai juga yang mendoakan agar permohonan Wak Markom sambung kontrak selepas 20 April itu ditolak. Pencenlah dengan aman.
Bagaimanapun, sama ada Wak Markom akan terun pencen, atau bertugas kembali selepas disambung kontraknya....sama-sama kita tunggu 20 April 2011 ini.