blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'BEBAS Menang Kerana Banyak WANG Berbanding Kami' : Presiden PRS

Sunday, April 17, 2011
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing tidak sekadar merasa merasa pahit, tetapi juga sangat menyakitkan apabila mereka kehilangan kerusi Pelagus kepada calon bebas George Lagong.

Lagong mengalahkan calon PRS Stanley Nyitar dengan majoriti yang sangat selesa 2,837 undi apabila beliau mendapat 5,740 undi berbanding 2,903 undi yang diperolehi Stanley.

Calon PKR, Edward Sumbang Asun, berjaya mendapat 1,171 undi.

Kawasan pilihanraya di situ mempunyai 15,323 pengundi yang terdiri daripada 11,979 Iban, 2,359 Cina dan 901 Melayu/Melanau dan lain-lain kaum.

PRS bertanding di sembilan kerusi dan memenangi lapan daripadanya, menjadikannya parti kedua terbesar selepas PBB yang mempunyai 35 kerusi di dewan undangan negeri.

Ketika diminta untuk mengulas kekalahan kerusi Pelagus, Masing berkata: "Sekarang barulah saya sedar hakikat kehidupan ini sungguh kejam.

"Harga diri masyarakat miskin ini sedalam saku mereka. Hal ini paling jelas dalam politik, " katanya, merujuk kepada sejumlah besar wang yang telah mempengaruhi pola pengundian di kawasan luar bandar ini.

Bagaimanapun , dia enggan mengatakan samada partinya disabotaj atau tidak.

"Saya tidak menyedari hal itu belum ini. Di Ngemah, saya mendapat sokongan penuh daripada semua parti BN.

"Di Pelagus kita kekurangan sumber yang diperlukan ketika pertandingan. Jika tidak kami akan menyapu bersih," katanya, merujuk kepada Larry Sng dan pengaruh ayahnya Sng Chee Hua yang tidak membantu BN di Pelagus.


Peranan Sng

Larry Sng, bekas penyandang kerusi disitu, telah dipecat dari parti dan terus tidak berparti itu telah digugurkan daripada bertanding di dalam pilihanraya negeri kali ini.

Dia berkeras mahu bertanding sebagai calon BN di situ, tetapi ditolak keras oleh PRS. Masing juga harus ingat bahawa George Lagong mempunyai pertalian darah dengan Sng.

Ketika ini spekulasi sedang meluas mengatakan Masing akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri di dalam kabinet Taib selepas kekalahan Presiden SUPP George Chan di Piasau.

SUPP yang mempunyai 12 kerusi sebelum pilihanraya negeri, kini hanya mempunyai enam kerusi - dua wakil Cina dan empat wakil Dayak.

"Nampaknya parti Cina itu kini diwakili lebih ramai daripada wakil Dayak dan mereka seharusnya menuntut lebih kedudukan mereka di dalam SUPP dan sebagainya," kata seorang bekas pemimpin.


Sumber : FMT
Read Full 0 comments

'Kerajaan Negeri & Persekutuan Gagal', Presiden SUPP

MIRI: PRESIDEN SUPP Tan Sri Dr George Chan yang tewas telah menyalahkan kerajaan negeri dan kegagalan kerajaan persekutuan mendengar rungutan rakyat menyebabkannya mengalami kekalahan yang belum pernah berlaku kepada parti itu di Sarawak.

Dr Chan, yang tewas kepada DAP Sie Ling Kiong dengan 1,590 undi di Piasau, berkata Barisan Nasional juga bertindak "sangat sedikit dan terlalu lambat" untuk membetulkan "polisi yang tidak adil dan telus".

Taib Mahmud berpelukan bersama isteri selepas selamat di kerusinya semalam

"Saya sangat sedih atas apa yang telah terjadi. Kami mengakui bahawa beberapa polisi yang diamalkan sekarang tidak adil.


"SUPP berusaha keras untuk bercakap menentang ketidakadilan ini dan memperbaikinya tapi nampaknya, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat.


"Kedua-dua kerajaan (kerajaan negeri dan persekutuan) perlu mendengar dengan betul di atas kekecewaan rakyat dan berubah kerana keputusan pilihan raya menunjukkan ada ketidakpuasan yang meluas terhadap dasar-dasar yang tidak adil," katanya, sambil menyifatkan kekalahan parti disebabkan "isu nasional".

Bagaimanapun, Dr Chan menolak untuk menjelaskan masalah tersebut sambil menambah bahawa ini telah "cukup jelas".

"Rakyat mahukan kerajaan yang telus. Saya bersetuju dengan mereka. Kerajaan perlu mengubah cara mereka mengurus sesuai dengan cara yang rakyat ingini," katanya, samenambah bahawa para pemimpin Barisan juga harus realistik dan tidak yakin bahawa rakyat Sarawak akan terus menyokong mereka.

"Satu hal yang sangat jelas. Barisan Nasional tidak boleh terus seperti ini," katanya.

Menerima kekalahan SUPP, Dr Chan, 75, berkata partinya juga harus berubah dengan "kehidupan baru" dan perlu dilakukan segera.

"SUPP memerlukan pembaikkan keseluruhan. Mungkin kita akan dapatkan beberapa pakar politik untuk membantu memastikan parti ini terus hidup," katanya.

Dia menambah bahawa dia akan fikirkan langkah selanjutnya selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti lain.

Dr Chan adalah wakil rakyat di Piasau selama enam penggal sebelum kekalahannya semalam.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor di sebuah klinik di sini sebelum dilantik sebagai Pengerusi Majlis Daerah Miri pada akhir 1970-an.

Ling, peguam berusia 28 tahun, merupakan muka baru dan hanya menjadi ahli seumur hidup DAP Julai lalu.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks