blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Analisa Terakhir..Beberapa Jam Sebelum Pengundian Negeri S'wak

Friday, April 15, 2011
KUCHING: Tinggal beberapa jam terakhir sebelum pengundian Sarawak, persoalan yang bermain sekarang ialah siapa yang anda ingin dengar dan siapa anda hendak percaya. Barisan Nasional (BN) tanpa berkedip mata mengatakan mereka yakin akan mendapat majoriti dua pertiga atau mungkin lebih.

Perdana Menteri Najib Tun Razak direkodkan berkata jika BN mendapat majoriti dua pertiga "adalah bonus", sedangkan Ketua Menteri Taib Mahmud mengatakan bahawa ia sangat yakin untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim juga berkeyakinan pembangkang akan membentuk kerajaan seterusnya di Sarawak.

Baik BN mahupun Pakatan berada pada nafas terakhir mereka dalam misi memenangi hati dan fikiran hampir satu juta pengundi di negeri ini.

Pada hari terakhir kempen, BN bertungkus lumus untuk mengatasi Pakatan, terutama di kerusi yang mungkin mereka rasakan akan beralih kepada pembangkang.

DAP yakin dapat mendapatkan sekurang-kurangnya enam kerusi yang mereka menangi dalam pilihan raya negeri 2006 dan kelihatan tanda-tanda sangat baik untuk memenangi empat lagi kerusi, menjadikan sehingga keseluruhan 10 kerusi - semuanya di kawasan majoriti Cina, kerusi bandar.

Sarawak United People's Party (SUPP), sebuah parti berbilang bangsa yang berasaskan Cina, telah kehilangan cengkamannya. Parti ini terpaksa mengelak kempen DAP yang agresif dan menaikkan isu-isu yang biasanya tidak akan disentuh.


'Kad Bertuah'

PKR pula secara perlahan-lahan menembusi beberapa kerusi majoriti Dayak-Melayu walaupun BN mengatakan sebaliknya. Ini telah meningkatkan kempen mereka untuk melawan pembangkang.

Ketua PKR S'wak Baru Bian, yang bertanding di kerusi pedalaman berbukit Ba'Kelalan, masih terus pergi dari rumah ke rumah sementara perayu kempen BN berada di dalam kekuatan penuh bagi memastikan kerusi itu tidak jatuh kepada pembangkang.

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, Pakatan telah berkempen kuat di beberapa "kerusi yang boleh dimenangi" terutama kawasan Cina di bandar dan kerusi sub-bandar Melayu-Dayak di mana para pengundinya lebih sedar isu-isu yang dimainkan di semenanjung.

Pemimpin Pakatan yang dipimpin oleh Anwar merentasi ke seluruh negeri, yang sebesar semenanjung itu, melobi untuk meraih sokongan dengan menekankan dua isu utama - pengunduran Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dan hak ke atas tanah adat kaum pribumi.

Anwar diibaratkan 'kad bertuah' - dengan ceramahnya yang berapi-api dan kemahiran oratorial, ia berjaya menarik ribuan rakyat datang ke ceramahnya. Jika dilihat dari jumlah kehadiran pendengar yang ramai, ramai mungkin berfikir Pakatan telah mengatasi.

Sebaliknya BN lebih serius dan terancang telah menjawab tuduhan-tuduhan pembangkang dengan fakta dan angka.

Tapi di kawasan luar bandar, para pengundi tidak peduli dengan fakta dan angka kerana mereka lebih bimbangkan dengan kehidupan mereka dengan sumber kecil yang mereka miliki.

Lawatan Najib dan sesi pertemuan dengan rakyat telah berjaya meningkatkan kempen BN, menurut sumber-sumber BN, hati para pengundi telah berjaya diambil dengan suara lembut dan karisma.

Dalam kiraan analisa terakhir, sesetengah pemerhati meramalkan bahawa BN akan berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga sementara DAP boleh memenangi 12 kerusi. Berapakah jumlah kerusi PKR dan PAS yang akan dimenangi masih belum dapat dipastikan.


Kredit : FMT
Read Full 1 comments

Presiden MLCM Terkejut Dengan Video Raja Petra

KUALA LUMPUR: Sebuah wawancara TV3 bersama blogger Raja Petra Kamarudin sebenarnya diambil di luar konteks, dakwa The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).

Presiden MCLM Haris Ibrahim menuduh TV3 memilih dan memotong bahagian-bahagian dari wawancara tersebut untuk memberi gambaran Barisan Nasional sebagai baik, sementara gambaran negatif lebih kepada Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya adalah beberapa kenyataan Raja Petra dalam rakaman video itu telah diedit dan diambil di luar konteks menyebabkan mesej sebenarnya terkeluar," katanya.

Haris juga mendakwa bahawa surat khabar seperti The Star dan Malay Mail telah menambah kenyataan RPK.

"Raja Petra tidak pernah mengatakan Anwar (Ibrahim), telah kehilangan kredibilitinya," katanya, sambil menambah bahawa dia dan blogger itu memang sering bersikap kritis terhadap pembangkang sebelum wawancara ini.

Haris juga mengatakan bahawa wawancara telah dilakukan pada bulan Februari. Presiden MCLM, bagaimanapun, mengakui bahawa ia "benar-benar terkejut" dengan video itu.


Kredit : FMT
Read Full 0 comments

BN Bacul, HARAKAHDAILY Mangsa Serangan Siber Terbaru

PETALING JAYA: Laman web Harakahdaily telah menjadi mangsa terbaru serangan siber. Laman web yang lantang mengkritik Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud seperti Sarawak Report dan portal berita Malaysiakini juga telah diserang dan terpaksa mengambil langkah-langkah alternatif.

Laman web yang menjadi jurucakapupakan PAS, telah diserang DDoS (Distributed Denial of Service) sejak 10 malam semalam dan juruteknik Harakahdaily masih terus bekerja bagi memastikan laman web itu terus berfungsi.



Satu pemeriksaan segera yang dilakukan mendapati server Harakahdaily masih berfungsi. Oleh itu, alamatnya telah dialihkan kepada satu alamat alternatif, bm.harakahdaily.com.

Editor portal berita, Zulkifli Sulong, ketika dihubungi oleh FMT, menjelaskan yang serangan itu telah dibuat terhadap nama domain dan bukannya server.

“Kami baru saja memindahkan server kami. Kami belajar dari apa yang telah terjadi kepada Malaysiakini dan kami memisahkan domain dari server. Jadi, mereka tidak dapat serang server kita,” katanya.

Katanya lagi, sesiapa yang mencari “harakahdaily” akan dibawa ke alamat alternatif.

Zulkifli menambah bahawa serangan-serangan siber masih belum berhenti dan juruteknik Harakahdaily sedang memantau situasi semasa tanpa henti.

Server Sarawak Report kini sudah berfungsi tetapi Malaysiakini masih berusaha untuk mendapatkan servernya manakala satu web versi tapak masih menyediakan berita.

Zulkifli berkata Harakahdaily itu telah menerbitkan berita anti-Taib sambil ia juga mengeluarkan semula berita-berita dari sumber-sumber yang disebut di atas.

“Kadang-kadang, kami mengeluarkan semula berita-berita dari Sarawak Report, kadang-kadang kami gunakannya sebagai sumber untuk berita-berita kami sendiri,” katanya.

Zulkifli berkata yang sumber serangan itu tidak dapat dikenalpasti kerana nama domain Harakahdaily telah dibeli oleh pembekal domain yang tidak mahu dikenali.


Sumber : FMT
Read Full 0 comments

Kerana Cemburu, Toreh Muka Isteri Perkataan MEMALUKAN

BEIJING – Seorang lelaki China yang terlalu cemburu dengan isterinya, telah menyerang perempuan malang itu dan menoreh pipinya dengan perkataan yang 'memalukan'.

Insiden yang hangat dperkatakani kalangan pengguna internet di China ini, pada mulanya dikeluarkan oleh laman web China Hush. Menurut laman web itu, Wei Shengxiong dan Xiaowei telah berkahwin sejak 2006. Mereka bertengkar kerana Wei mencurigai isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.


Pada pagi 30 Mac lalu, pertengkaran di antara pasangan yang memiliki dua orang anak itu semakin buruk. Wei membuat keputusan untuk mencacatkan isterinya kerana ingin melepaskan perasaan marahnya. “Ia juga ingin membuatkan isterinya hodoh, sehingga tidak akan dicintai lain lain dan tidak curang.”

Setelah mengikat isterinya dan menuliskan perkataan China di pipi isetrinya, Wei menggosokkan abu ke atas luka itu sehingga tidak akan hilang seperti tatoo. Jika terjemahkan, huruf China yang  ditulisnya bererti ‘murahan’.

“Saya hanya ingin bercerai dan melakukan pembedahan plastik. Wajah saya telah rosak dan harus mengenakan topeng jika keluar rumah,” kata perempuan itu. Namun semasa pengadilan, Wei membuat pengakuan yang berbeza.

Menurut polis, Xiowei diberikan beberapa pilihan di atas kecurangannya :

1. Xiaowei harus divasektomi (dikasi,dimandulkan) dan tinggal di rumah menjaga anak mereka, serta tidak perlu bekerja.

2. Xiaowei yang curang harus membayar sejuta yuan kepada Wei.

3. Xiaowei, kekasihnya dan Wei pergi ke mahkamah untuk menuntut keadilan

4.Wei membuat isterinya cacat dan mematahkan kakinya. Wei berkata kepada polis, isterinya memilih untuk cacat.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks