blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TERKINI : Al-Fatihah, Juruterbang Helikopter Muhyiddin Meninggal Dunia

Monday, April 11, 2011
Al-fatihah untuk juruterbang helikopter Sabah Air, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang meninggal dunia di Hospital Sibu sebentar tadi selepas terhempas di Dataran Sibu jam 1.50 petang tadi.

Sahaimi yang berasal dari Selangor mengalami kecederaan serius di bahagian paru-paru kanan dan hati akibat kesan hentakan.

Read Full 1 comments

TERKINI : Genap Sebulan Tsunami, Gempa Bumi 7.1 Melanda Jepun Hari Ini

TOKYO – Jepun dilanda gempa bumi susulan terbesar kedua, sejak gempa bumi 9.0 SR pada 11 Mac lalu yang berakhir dengan gelombang tsunami.

Gempa susulan di atas 7.1 SR kembali dirasai penduduk Jepun pada Isnin (11/4/2011) petang. Badan Geologi AS (USGS) menyatakan gempa itu berkekuatan 7.1 SR.


Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami, menjangkakan akan terjadi gelombang setinggi dua meter di Miyagi, Fukushima, Chiba dan Ibaraki. Empat kawasan ini dilanda tsunami setelah gempa terbesar pada 11 Mac lalu.

Pusat gempa berada 164 km dari timur laut Tokyo, sehingga penduduk ibukota merasakan getarannya. Pekerja di PLTN Fukushima Daiichi juga diminta untuk melakukan evakuasi.

Gempa susulan pertama yang cukup besar, terjadi pada Khamis lalu (7/4/2011) lalu dengan kekuatan 7.4 SR. Dua orang dikhabarkan terkorban dan ratusan lagi cedera. Pemerintah juga sempat mengeluarkan amaran tsunami, walaupun akhirnya gelombang tsunami tidak melanda.

Setelah gempa bumki terbesar 11 Mac lalu, berlaku sekitar 400 gempa bumi susulan yang berskala kecil. Hanya dua gempa ini yang lebih besar dari 7.0 SR.

Lapangan terbang Jepun ditutup berikutan gempa bumi hari ini.


Kredit : Daily Mail
Read Full 2 comments

Air Soya BERLUDAH!!

Peniaga Air Soya yang berniaga di kawasan Bangi ini dipecayai 'meludah' di dalam setiap bungkusan Air Soya yang dijualnya.

Lokasi gerai ini berdekatan dengan Maybank Bangi, berhadapan dengan Shell. Setiap air soya yang dibungkusnya akan diludah.


LIHAT RAKAMAN KEJADIAN ITU DI BAWAH:
Read Full 7 comments

"Bunuh Orang India Di Sini" : Peter Nyarok, Calon BN Krian

KUCHING: Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok kini menjadi sasaran kemarahan apabila didakwa bukan sekadar mengeluarkan kata-kata menghasut, tetapi turut mengugut seorang pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia.

Bungan Ekie, Setiausaha PKR Cabang Saratok telah membuat laporan polis terhadap Nyarok minggu lalu di Pejabat Polis Saratok.

Nyrok, yang akan mempertahankan kerusinya di Krian untuk kali keempat, dipercayai telah mengeluarkan kata-kata, "nadai guna Tambi nya ditu, temu bunh enggau iya" sehari sebelum hari pencalonan.

Kata-kata tersebut bermakna "tidak guna untuk orang India berada di sini, bunuh dia baru dia tahu".

Nyarok merujuk kepada kehadiran Jeyakumar, ahli exco kerajaan Selangor yang berada di Saratok untuk memberi sokongan kepada calon PKR Ali Biju dalam pemilih raya di Krian.

Calon lain yang bertanding untuk kerusi ini ialah Anthony Liman dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dan Banyie Anak Briak, calon bebas.

Nyarok juga dipercayai telah mengulangi kata-kata serupa apabila beliau bertemu muka dengan Jeyakumar sepanjang kempen itu.

Tiga Tuai Rumah (ketua rumah panjang) turut yang hadir ketika Nyarok mengucapkan kata-kata hasutan itu. Dalam laporannya, Bungan meminta polis untuk menyiasat tanpa pilih kasih atau takut.



Mengugut pengundi

Nyarok yang merasakan kepanasan kempen kali ini memberi amaran kepada ketua rumah panjang bahawa jika 'anembiaks'pengikut) mereka memilih untuk mengundi pembangkang, dia akan menggunakan kuasa menterinya untuk menarik balik projek-projek kecil luar bandar yang tekah dijanjikan kepada rumah-rumah panjang.

Dia turut mencurigai semua orang termasuk kakitangan awam negeri, guru dan pesara jika mereka tidak terbuka menyatakan sokongan mereka kepadanya.

Enam orang penjawat awam telah dipindahkan dari Saratok ke bahagian lain dari Sarawak sebagai amaran kepada yang lain. Ia juga mengancam akan menarik pencen bagi pesara.

“Nyarok tidak pernah berkelakuan sebegini dalam pilihan raya sebelum ini. Ia mungkin kerana beliau tidak pernah mengotakan janji-janjinya yang pernah dibuat kepada orang ramai.


"Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006 dia telah menjanjikan beberapa projek termasuk projek pembaikan jalan di Ulu Krian dan telah menghantar tiga lori untuk menghantar batu. Dia berjanji untuk menghantar lebih banyak lagi jika dia memenangi pilihanraya ketika itu.


"Namun, selepas memenangi pilihan raya, ia gagal menepati janjinya. Batu-batu itu telah dipindahkan dan ditarik balik," kata Bungan.

Dia juga berjanji untuk memberikan mesin membuat getah keping, gergaji dan peralatan kerja, tetapi sehingga hari ini rakyat tidak menerima apa-apa.

“Semua isu-isu ini termasuk hak tanah adat (NCR) telah ditimbulkan sepanjang kempen,” kata Bungan.

Dari tiga calon, Ali Biju memberikan cabaran yang kuat kepada 11,000 pengundi , di mana 96% daripada pengundinya adalah kaum Iban.

Dalam pilihan raya terakhir, Nyarok selesa mengalahkan lawannya, Stanley Jugol daripada SNAP. Dia mendapatkan 4,784 undi berbanding lawannya yang mendapat 2,695 undi.


Kredit : FMT
Read Full 0 comments

"Percaya Saya, Taib Akan TURUN" : Najib

KUCHING: Perdana Menteri Najib Tun Razak hari ini berjanji kepada pengundi Sarawak bahawa Ketua Menteri Taib Mahmud yang semakin tidak digemari ini akan mengundurkan diri seperti yang dijanjikannya sebagai tawaran untuk mempertahankan "fix deposit" Barisan Nasional.

Jaminan Najib itu membuktikan spekulasi bahawa pentadbirannya melihat Taib sebagai liabiliti kepada negara dan berlaku di tengah-tengah spekulasi yang meluas bahawa dia tidak akan turun dari jawatan Ketua Menteri walaupun telah memegang jawatan itu selama 30 tahun, merupakan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak dan dia telah bersetuju untuk membuat perubahan kepimpinan di Sarawak," kata Najib kepada 1,000 hadirin dalam satu acara BN di sini.

"Percayalah, pada saya, bila tiba waktu yang tepat, ia akan dilakukan," tambahnya lagi.


Taib sebelum ini berkata ia akan meletakkan jawatan selepas meletakkan satu pasukan pengganti yang muda, yang akan dilakukannya selepas pertengahan penggal selepas pilihan raya 16 April ini.

Bagaimanapun dia tidak memberikan had masa yang tepat untuk “rancangan peralihan licin”, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa langkah itu hanya semata-mata gimik pilihan raya.

Spekulasi itu semakin kuat apabila Taib menegaskan bahawa ia akan mempertahankan kerusinya di Balingian.



Pakatan Turut Memiliki Pemimpin Tua

Najib terpaksa bersusah payah untuk meyakinkan para pengundi di sini bahawa perubahan kepimpinan akan berlaku dan mengatakan tidak ada keperluan untuk mempercepatkan rancangan peralihan.

"Tidak perlu terburu-buru dan tertipu dengan kata-kata pembangkang ," katanya merujuk kepada kempen bersungguh-sungguh dan agresif Pakatan Rakyat dengan kempen anti-Taib.

Beliau berkata pembangkang juga mempunyai pemimpin tua seperti DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan PAS, Nik Aziz Nik Mat.

"Mereka tidak mahu mengakuinya," kecam Perdana Menteri.

Nasib dan rancangan masa depan Najib banyak bergantung kepada hasil pilihan raya Sarawak yang akan bertindak sebagai pengukur sokongan kepadanya.

BN kehilangan dua pertiga majoriti parlimen pada pilihan raya 2008 dan Najib memerlukan satu mandat lebih besar kali ini untuk membuktikan kehebatan rancangan pembaharuan ekonomi liberalnya yang turut mendapat tentangan dari dalam kemnya sendiri terutama dari Sarawak.

Pakatan yakin boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 15 kerusi, lebih lapan atau tujuh kerusia dari yang dimenangi mereka pada pilihan raya Sarawak 2006.

Ia sudah cukup kuat untuk menghantar isyarat protes kepada pentadbiran Najib bahawa dominasi BN dalam politik Malaysia semakin hilang apabila pengaruh Pakatan semakin meluas di Sarawak, "bank undi" ini akan menjadi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.
Read Full 0 comments

Taib Mahmud & BN Terdesak, Godam Laman Web Sarawak Report

KUCHING: Laman web berita online Sarawak Report, yang telah banyak mendedahkan kekayaan perniagaan yang banyak di bawah pentadbiran Ketua Menteri Taib Mahmud dan kekayaan lainnya di luar negara yang berbilion-bilion dolar AS, telah menerima serangan yang berterusan.

Menurut pemilik Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, laman web tersebut telah mengalami serangan sejak seminggu terakhir "serangan paling memuncak adalah di UK semalam dan kemudian secara keseluruhan dan global".

"Pakar web kami mengatakan serangan itu adalah Distributed Denial of Service Attack (DDOS), bentuk serangan yang sama seperti yang berlaku kepada Wikileaks.




"Mereka menggunakan robot untuk menembak bit perisian supaya membanjiri server," kata Rewcastle dalam e-melnya ke FMT.

Dia menyalahkan Barisan Nasional di atas serangan ini.

BN  menyedari penyebaran maklumat korupsi yang berlaku Sarawak.

"Kami menganggap itu sebagai siri terbaru dari usaha jahat mereka merosakkan website kami.


"Jelas BN tidak boleh menjawab semua pendedahan kami, sehingga mereka terpaksa mengambil kaedah menipu sebagai gantinya.


"Kaedah yang mereka gunakan untuk menyerang kami sangat mahal, tapi telah menyebabkan mereka kelihatan sangat bodoh dalam proses ini.


"Mereka tidak dapat mengawal internet lagi. Dengan kempen pilihan raya yang sedang berlangsung, Taib tidak dapat menjelaskan sumber kekayaannya," katanya.



Kaedah serangan berbeza

Dia mengatakan BN telah mencuba pelbagai cara untuk menyerang Sarawak Report.

"Pertama, mereka cuba membina lebih daripada 30 laman web yang mirip laman web kami, semuanya memuji Taib Mahmud. Kemudian mereka cuba untuk 'piggy-back' kami dengan laman mirip yang mempunyai nama yang hampir sama!

"Selanjutnya mereka mula mengiklankan laman web mereka supaya terletak di bahagian atas laman carian google untuk perkataan Sarawak Report.


"Kami mempunyai pembaca yang setia dan kaedah penipuan mereka tidak memberi kesan sama sekali.


"Untuk kaedah penipuan paling tinggi sekarang. Mereka sanggup membuang lebih banyak wang demi usaha mereka untuk menjatuhkan laman web ini secara keseluruhannya, " katanya.

Dia menambah bahawa semua artikel terbaru akan diposting di Sarawak Report Facebook sehingga laman web itu berjaya dipulihkan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks