blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

"Polis Pun Tidak Tanya Jam OMEGA Saya" Anwar

Sunday, April 10, 2011
KUCHING: Anwar yang pada kebiasaannya tenang ketika diserang, tetapi kali ini telah hilang sabar apabila seorang wartawan tetap berterusan memintanya untuk menunjukkan jam Omega, bukti yang dikaitkan dengan video seks yang dipercayai melibatkan dirinya.

Kemarahannya semakin memuncak apabila wartawan wanita dari sebuah media penyiaran kerajaan ini meminta ia menunjukkan jam itu ketika sidang media sempena pemilihan di Sarawak bagi membuktikannya tidak bersalah.


"Anda bekerja dengan siapa?" tanya Anwar dengan nada tegas, perubahan nadanya berbanding sebelum itu yang tenang dan periang.

Saat wartawan menjawab, bekas timbalan perdana menteri perdana yang kini sedang dibicarakan diatas tuduhan liwat kedua, membalas: "Apa kena-mengena jam Omega itu ? Ada apa telah dibuktikan?"

Pada ketika ini wartawan ini berkata Anwar telah berjanji untuk menunjukkan jam itu tetapi masih gagal melakukannya sehingga kini.

Pemimpin pembangkang itu kemudian mengangkat suaranya dan berkata dia tidak wajib untuk menjawab soalan itu dan menuduh wanita itu bekerja untuk UMNO.

Wartawan itu kemudian membalas bahawa pertanyaannya itu tidak mempunyai kaitan dengan UMNO dan sekadar menuntut janji yang telah dibuat oleh Anwar untuk menunjukkan jam itu.

Situasi semakin panas dan hangat apabila berlaku pertikaman lidah diantara Anwar dan wartawan itu, sementara pemimpin PR yang rapat dengan Anwar menyuruh beliau mengabaikannya.

Bagaimanapun Anwar berkeras untuk meneruskan jawapannya, ia ingin menunjukkan kepada wartawan lain yang hadir "bagaimana UMNO bekerja".

"Saya tahu bahawa soalan anda bertujuan untuk membantu (Utusan Malaysia) untuk melaporkan bahawa Anwar gagal menjawab,"  dia membalas.

"Polis pun tidak memintanya dari saya"

Trio Datuk T yang menerbitkan sebuah video seks dan menunjukkan seorang lelaki yang mirip Anwar pada tarikh 21 Mac, pemimpin pembangkang mendakwa telah tertinggal jam tangannya di hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Mereka mendakwa ini adalah bukti yang Anwar ialah lelaki itu dalam video itu dan berani dia untuk menunjukkan jam tangan kepada isteri Anwar. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun berkata jam tangan itu ada padanya dan tidak ada keperluan menunjukkan kepada media kerana video tersebut adalah tipu atau “dirawat”.

Ketika pertengkaran dengan wartawan itu, Anwar membela diri mengatakan bahkan polis tidak memintanya untuk menunjukkan jam itu.

"Adakah polis meminta jam Omega? Biar mereka yang tanya "
.
Pertengkaran itu berakhir ketika seorang wartawan dari Sarawak berkata kepada wartawan wanita itu untuk tetap bertanyakan soalan yang berkaitan pilihanraya Sarawak.

Video skandal seks itu telah digunakan BN sebagai bahan kempen di sini, bagaimanapun ramai  pemerhati berkata isu itu tidak mempengaruhi pengundi di sini.

Kredit : FMT
Read Full 1 comments

Jangan CABUT Bulu Hidung!

Jika dibiarkan terlalu panjang, bulu hidung memang mengganggu penampilan sehingga perlu dirapikan. Sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.

Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).

Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.

Biasanya ingrown nasal hair akan sembuh dengan sendirinya ketika hujung bulu sudah menemui jalan untuk menembusi keluar dari permukaan kulit. Namun prosesnya kadang kala memakan waktu dan selama itu ia akan terasa sangat sakit, terutama jika hidung dipicit.

Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.

Dikutip dari Livestrong, Ahad (10/4/2011), risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.

Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin. Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk,
Read Full 4 comments

Telefon Bimibit Sarbani, CCTV Antara Bukti Yang Disiasat

KUALA LUMPUR: Kandungan maklumat dalam telefon bimbit milik Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane Rabu lalu kini dalam siasatan polis.

Datuk Ku Chin Wah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed itu antara bukti yang disiasat Unit Forensik selain rakaman CCTV bangunan pejabat itu dan bukti di tempat kejadian.

"Unit Forensik sentiasa mencari bukti penting bagi melengkapkan laporan mereka sama ada daripada telefon bimbit, CCTV atau kembali semula ke tempat kejadian.


"Setiap hari memang ada petunjuk baru tapi kita tidak boleh dedahkan kerana boleh menganggu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak kes itu dilaporkan, polis menjalankan sisatan terperinci dengan sentiasa memanggil individu baru atau memanggil semula mana-mana 16 individu yang telah diambil keterangan sebelum ini bagi membantu siasatan.

Ku berkata, siasatan dapat diselesaikan apabila semua laporan forensik diperoleh dan keterangan saksi selesai diambil.

"Kita semua perlu tunggu. Jangan bagi kami 'deadline' bila kes boleh diselesaikan," katanya yang tidak menolak kemungkinan kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia.


Kredit - BERNAMA
Read Full 0 comments

Kenali STELLA Bomoh Taib Mahmud

Stella atau Kharleen Tashman


Stella ialah seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah pada tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah!.


Raziah Mahmud

Selepas itu, Raziah dengan cerdik mengembangkan pengaruhnya ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara rapatnya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru pada tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah ‘memindahkan aura Arip’ kepada Raziah, dan kini Raziah mempunyai karisma seperti Arip!

Raziah akhirnya berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain).

Stella tidak sukar untuk mempengaruhi Taib, tambahan pula dia tinggal bersama keluarga Raziah, yang bersebelahan dengan kediaman Taib.

“Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat” kata seorang pemberi maklumat kami.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, “Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi sejak dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!”

Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini.

Stella (dua dari kiri) dan Raziah Mahmud (tiga dari kanan) ketika menghadiri menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco.

Jumlah upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatanya!.

Tiga bomoh Taib Mahmud yang turut hadir pada hari penamaan calon.

Tiga bomoh ini turut hadir semasa penamaan calon  N51 DUN Balingian, seorang dipercayai rakyat Australia (Stella) dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib – Raziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.


Datuk Salleh Jafaruddin

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh ‘bomoh luar negara’.

“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.


“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.


“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh pada sidang media kelmarin.



Kredit : Mkini, Sarawak Report
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks