Seorang pelajar terpaksa dibawa ke hospital setelah ia menguap terlalu kuat ketika di dalam kuliah sehingga mulutnya tidak dapat ditutup semula.
Holly Thomson, 17, dari Kingsthorpe, Northampton, sedang mengikuti kuliah Kerajaan dan Politik di
Northampton School for Girls ketika ia merasa sangat mengantuk dan menguapkan mulut selebar-lebarnya.
Namun, mimpi ngerinya bermula apabila kedudukan rahangnya beralih, sehingga ia tidak boleh menutup mulutnya semula.
Tersangkut: Gadis remaja ini sedang menunggu untuk menerima rawatan, tulang rahangnya beralih selepas menguap terlalu besar.
Dia kemudiannya cuba memanggil seorang teman untuk membantunya menutup mulut sebelum gurunya perasan, tetapi ia hanya menyebabkannya bertambah sakit.
Holly berkata:
"Saya sangat terkejut, ekspresi muka saya menunjukkan segala-galanya."
"Saya memanggil teman untuk menunjukkan apa yang berlaku, tetapi malu. Ketika kami sedar kami gagal (menutupnya), kami harus beritahu guru. Semua orang di dalam kelas ketawa terbahak-bahak, ia sangat memalukan."
Walaupun keadaan tersebut kelihatan lucu, doktor memberitahu ia boleh menyebabkan rahang patah dan menjadi lebih serius, pesakit juga akan menjadi sakit dan mengalami dehidrasi dengan cepat kerana mereka tidak boleh makan atau minum dengan betul.
Kaedah luar biasa: Doktor menahan rahang mulut gadis remaja 17 tahun ini - sebelum melakukan trik ini.
Pelajar ini perlu menunggu beberapa minit sebelum penahan itu dikeluarkan - dan rahangnya yang beralih kembali ke tempatnya
Setelah guru menyedari keadaannya, Holly dibawa kepada jururawat sekolah yang telah mencuba pelbagai kaedah daripada meletakkan botol air panas di bawah dagu sehingga menggunakan paket ais untuk memulihkannya.
Ketika semua kaedah itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, dia kemudiannya dibawa ke Hospital Northampton di mana rahangnya berjaya dipulihkan dengan 26 kayu penganduh di dalam mulutnya.
Kaedah luar biasa yang dilakukan oleh Dr Ejiro Obakponovwe, berhasil untuk membuka rahang cukup besar dan melepaskannya.
Holly berkata:
"Keadaan sangat teruk ketika berada di hospital. Saya harus duduk di ruangan menunggu dengan skaf menutupi mulut saya supaya tiada siapa dapat melihat apa yang berlaku.
Northampton School for Girls tempat di mana Holly belajar.
"Sungguh sukar untuk berkomunikasi termasuklah dengan doktor dan saya fikirkan mereka hanya akan memberi saya ubat, bukan menggunakan kayu penganduh."
Episod menarik ini berjaya dirakamkan dalam rancangan
BBC Three series Bizarre ER, yang menyebabkanya tidak selesa minggu ini.
Holly berkata:
"Teman-teman tidak berhenti-henti bertanyakan bagaimana keadaan rahang saya dan berkata saya sudah terkenal.
"Ia berada di dalam YouTube dan saya malu pada mulanya, tetapi saya dapat menerima kelucuannya sekarang.
"Pengacara terkenal Ryan Seacrest turut tweet berita ini, tetapi saya lebih suka menjadi terkenal untuk sesuatu yang lain."
Saksikan rakan BBC tersebut :