SEREMBAN, 6 April -- Operasi mencari Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Kelang yang hanyut akibat rempuhan 'kepala air' masih diteruskan di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini malam ini.
Sementara Khairulhiza Khairul,18, dari Mambau ditemui lemas manakala Mohd Halim Shiddik,19, dan Nurul Faezah Noor, 19, dari Kuala Kubu Bahru terselamat.
.
Mohd Rozane Baddarudin, 19, (kiri) dari Kelang belum ditemui, sementara Khairulhiza Khairul, 18, (kanan) lemas selepas dirempuh 'kepala air' di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini petang tadi.
Rakan-rakan mangsa, Khairulhiza Khairul,18, yang terselamat dari rempuhan 'kepala air' di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini petang tadi. Mereka terdiri dari Mohd Halim Shiddik, 19 (kanan) dan Nurul Faezah Noor, 19 tahun (kiri) kelihatan bersedih ketika di temui di tempat kejadian
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Abu Bakar Katain (kanan) memeriksa mayat seorang remaja yang lemas di kawasan air terjun Gunung Berembun dekat Kampung Baru Pantai di sini petang tadi.
Kredit : Bernama