blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'Mustahil Bunuh Diri, Dia Jadi Kambing Hitam Untuk Seseorang' : Rakan Pegawai Kastam Ahmad Sarbani

Wednesday, April 6, 2011
KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.


“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing hitam kerana seseorang,” kata Ridzuan, bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.


“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”


“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.


“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.


“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.


“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi.

Kredit : TheMalaysianInsider
Read Full 5 comments

Lokasi Pegawai Kastam Mati Di SPRM, Betulkah Bunuh Diri?

KUALA LUMPUR, 6 April -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah ketika sidang akhbar mengenai kes Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sarbani datang ke SPRM untuk kes soal siasat melibatkan Operasi 3B, Kesalahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Bangunan tingkat satu di mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Lokasi di mana Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang dipercayai terjun membunuh diri setelah ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Lokasi tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui di gelanggang badminton di sini hari ini.


Mayat Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Jalan Cheras untuk bedah siasat.


Motosikal milik Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui di tempat letak kenderaan di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.


Kredit : Bernama


Fuh!..cepatnya akhbar sahkan kematian Pegawai Kastam ini sebagai 'BUNUH DIRI'??. Sudah selesaikah siasatan sehingga Ketua Polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan Pegawai Kastam yang mati jatuh dari bangunan SPRM ini sebagai 'BUNUH DIRI'?. Dalam masa kurang 12 jam polis sudah kata kes ini kes BUNUH DIRI sedangkan kes kematian Teoh Beng Hock masih di dalam siasatan dan belum lagi diketahui punca kematiannya....:Author Faethal
Read Full 19 comments

Bukan Islam Boleh Baca Ayat Al-Quran : Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak ada halangan kepada bukan Islam untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran, asalkan mereka ikhlas dengan penggunaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata kepada Dewan Rakyat bahawa undang-undang tidak pernah melarang bukan Islam daripada menggunakan ayat-ayat Al-Quran di depan masyarakat umum.

"Hal ini tidak salah jika digunakan untuk lebih dekat dengan Islam. Islam tidak halang (orang dari membaca Quran). Hanya perlu pastikan membacanya dengan ikhlas," kata menteri.

Jamil menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Ibrahim Ali, yang bertanya apakah yang kerajaan akan lakukan untuk mencegah bukan Islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran di depan umum.

Ibrahim, yang juga ketua Pekasa berkata, keprihatinan bukan Islam dalam menggunakan ayat-ayat Al-Quran hanya sebagai "gimik politik".

Ahli Parlimen ini juga bertanya kepada kerajaan apakah yang mereka lakukan untuk menghalang bukan Islam daripada "mempersoalkan" amalan-amalan orang Islam seperti Maulidur Rasul, azan dan sebagainya.

Meskipun tidak menyebutkan secara langsung, Ibrahim sebenarnya merujuk kepada pemimpin DAP yang menjadi sasarans UMNO kononnya dipercayai merosakkan Islam.

Awal tahun lalu, akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membatalkan sambutan Maulidur Rasul.

Lim bagaimanapun menafikan tuduhan ini
.
Lim dan pemimpin DAP yang  lain juga diserang oleh para pemimpin UMNO dalam beberapa program mereka yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah kepada umum.



Sekatan Agama 


Jamil berkata orang bukan Islam yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran tanpa memahami makna di sebalik ayat-ayat itu bersalah kerana "menghina kesucian Al-Quran".

Beliau juga menambah bahawa penggunaan ayat-ayat Al-Quran yang tidak ikhlas dan jujur oleh bukan Islam harus dihentikan segera, dan akan menimbulkan masalah jika dibenarkan ia berterusan.

Mengikut undang-undang, Jamil berkata: "Orang yang menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, seperti menyakiti perasaan agama, menyebabkan kebencian ... dan sebagainya dapat didakwa di bawah SeksyenBahagian 298 dan 298A (1) Penal Kod."

Siapa yang menimbulkan kebencian di antara agama akan dikenakan dengan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jamil menambah bahawa sesiapa pun yang mengganggu keharmonian dalam masyarakat dengan menggunakan agama boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, dan tidak kurang dari dua tahun.

"Kerajaan boleh mengambil tindakan yang sesuai terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran untuk keuntungan mereka sendiri atau mempersoalkan amalan-amalan Islam."


Untuk soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff bertanya mengapa Islam terhad kepada Melayu sahaja.

Dia juga bimbang bahawa dengan banyaknya sekatan agama dalam mutakhir ini akan menakut-nakutkan golongan bukan Islam daripada mendekati Islam.

Jamil menjawab bahawa tidak ada halangan ke atas bukan Islam daripada mendekati Islam. Dia menambah bahawa ada masanya untuk menghalang orang dari pelbagai latar belakang dari datang dan 'berkata' sesuatu ke atas agama lain.

Kredit : FMT
Read Full 0 comments

Tragedi Beng Hock Berulang, Pegawai Kastam Jatuh Di Pejabat SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.



Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.
Read Full 0 comments

Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya Umum Sarawak

SARAWAK, 6 April -- Presiden SUPP yang juga calon Barisan Nasional Tan Sri Dr Geogre Chan Hong Nam (kanan) bersalaman dengan calon DAP Ling Sie Kiong selepas menghantar borang pencalonan di pusat penamaan calon pilihanraya umum negeri Sarawak N.63 Piasau di Dewan Suarah di sini hari ini. Hari pengundian telah di tetapkan pada 16 April ini.

Presiden SUPP (Sarawak United People's Party) yang juga calon Barisan Nasional, Tan Sri Dr Geogre Chan Hong Nam menghantar borang pencalonan kepada pegawai pilihanraya di pusat penamaan calon pilihanraya umum negeri Sarawak N.63 Piasau di Dewan Suarah di sini hari ini.

ANGGOTA polis bertugas di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra, Mukah pagi ini. Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual mengemukakan kertas pencalonan bagi mempertahankan kerusi DUN Balingian.

Dominique Ng Kim Ho (dua dari kiri) bekas ahli PKR yang juga penyandang kerusi DUN Padungan tiba di pusat penamaan calon di Dewan Bandaraya Kuching Selatan.

Simbol bunga raya yang digunakan Dominique Ng di Dewan Bandaraya Kuching Selatan.

Penyokong PKR di luar di Dewan Bandaraya Kuching Selatan.

Penyokong Barisan Nasional di luar di Dewan Bandaraya Kuching Selatan.

Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Anjing Yang Diselamatkan Selepas 3 Minggu Tsunami Bertemu Kembali Dengan Tuannya

Anjing bertuah yang diselamatkan dari sebuah bumbung yang hanyut di pantai Jepun selepas tiga minggu dilanda tsunami akhirnya berjaya kembali kepada pemiliknya. Berita operasi penyelamatan anjing tersebut ada di sini.

Anjing yang berusia dua tahun, diberi nama Ban, ditemukan kepada pemiliknya dalam suasana penuh emosi selepas wanita itu melihatnya di televisyen.

Kembali ke tempat asalnya: Anjing bertuah ini akhirnya bertemu kembali dengan pemiliknya, yang memaklumkan kepada pihak polis selepas melihatnya di dalam TV

Ban yang telah bertahan selama tiga minggu selepas dilanda tsunami ketika penjaga pantai ternampaknya di tengah laut ketika sedang mencari korban manusia.

Dia ditemui kira-kira 1.8km dari Wilayah Miyagi Kesennuma,, salah satu wilayah Jepun yang paling teruk ditimpa bencana.

Pertemuan penuh emosi setelah anjing ini bertahan selama tiga minggu di tengah laut

Pemilik anjing itu bertemu Ban di pusat rawatan haiwan, di mana anjingnya sedang dipelihara.
Pemilik anjing, seorang wanita yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan: "Kami tidak akan meninggalkannya.

Melawan rintangan: Anjing itu selamat di atas sebuah bumbung rumah yang telah disapu oleh gempa dan tsunami yang melanda pada  11 Mac lalu

"Aku melihat berita operasi penyelamatan itu, dan aku tahu itu adalah dia. Aku sangat pasti, dari wajahnya."

Toshiro Suzuki, ketua pusat perlindungan haiwan, berkata: "Saya sangaty gembira dengan pertemuan anjing ini dengan pemiliknya, setelah mereka dipisahkan oleh bencana."


Kredit : DailyMail
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks