blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kerajaan Hanya Pandai Janji Manis : Ahli Parlimen BN

Tuesday, April 5, 2011
KUALA LUMPUR: Ketika bersidang hari ini, ahli Parliman Barisan Nasional mendesak wakil menteri untuk menjawab isu kurangnya peluang untuk bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Ditujukan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany, Abdul Ghapur Salleh berkata ketika kerajaan sentiasa memberikan janji-janji manis, namun hasil pada akhirnya adalah sia-sia.

Bahkan selepas 40 tahun sejak Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia, tidak ada bumiputera yang berjaya dari negeri itu.

Isu itu timbul ketika Mahfuz Omar (Pokok Sena-PAS) mempersoalkan alasan kerajaan untuk menyiapkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera(Teraju).

Devamany menjawab bahawa Teraju ditubuhkan untuk memantau dan menguruskan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang memperkuat penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Abdul Ghapur kemudian berdiri dan berkata bahawa ini adalah sekadar janji sedangkan hakikatnya sangat kurang bumiputera yang berjaya dari Sabah dan Sarawak.

"(Ini adalah) 'Indah khabar dari rupa'... ekuiti bumiputera di Sabah adalah sifar, sifar. Namakan saya dua bumiputera (dari Malaysia Timur) yang berjaya dalam perniagaan," katanya.

Mahfuz kemudian mencelah dan berseloroh, “Musa Aman dan Taib Mahmud, satu (dari Sabah) dan satu (dari) Sarawak.” Ahli Parlimen PAS itu merujuk kepada ketua-ketua menteri di kedua-dua negeri.

Dalam mempertahankan kenyataannya, Devamany berkata dia tidak pernah membuat janji-janji manis. "Saya tak pernah menanam tebu di bibir."

Dia menambah bahawa sukar untuk menyebutkan nama kerana terlalu ramai orang yang berjaya dari Malaysia Timur. Devamany juga mengatakan bahawa ia secara peribadi akan memastikan bahawa rakyat di Sabah akan mendapat manfaat dari program ini.

Kredit : FMT
Read Full 4 comments

Ditangkap Makan Mayat Manusia Masak Kari

Dua lelaki Pakistan telah ditangkap dan didakwa kerana menggali mayat seorang wanita berusia 24 tahun dan memakan dagingnya yang dimasak kari.

Guardian melaporkan, adik beradik Muhammad Arif 40 tahun dan Farman Ali 37 tahun, dikatakan telah memotong peha dan kaki dari tubuh Saira Parveen, mayat seorang pesakit kanser, dan memasak dagingnya di dalam sebuah periuk. Beberapa daging itu telah pun dimakan ketika polis menggeledah rumah mereka di kawasan terpencil di wilayah Punjab.

Anggota keluarga si mati datang ke kubur Parveen pada hari Ahad, sehari setelah majlis pengkebumiannya di Darya Khan, untuk mencari mayatnya yang hilang.

Adik-beradik kanibal yang ditangkap polis

Pegawai Polis Abdul Rehman Malik berkata adik-beradik itu telah mengamalkan memakan mayat sejak setahun lalu, walaupun ada laporan lain mengatakan mereka telah mula memakan daging manusia selama satu dekad. Mereka juga dilaporkan sering memakan anjing, mereka mengamalkan kanibalisme sebagai tindakan "balas dendam" setelah ibu mereka meninggal dan isteri mereka meninggalkan mereka.

"Kedua-dua lelaki adik-beradik itu mengaku kepada polis bahawa mereka telah mengali mayat sejak tahun lalu," menurut Rehman seperti dikutip oleh AFP. "Kami juga menjumpai mayat gadis itu dengan keadaan kaki yang hilang, di mana kemudiannya diakui oleh adik-beradik itu telah memakannya."

Laporan lain menyebut ibu saudara kepada adik-beradik ini turut ditahan.

Mayat gadis yang ditemui tanpa kaki

Daging manusia yang sudah dimasak kari ketika ditemui
Read Full 6 comments

Filem Made In Malaysia (SATU TEORI)

Ok, sebelum kita mempertimbangkan permohonan anda untuk memohon geran kerajaan, boleh ceritakan kepada sedikit tentang filem yang anda hendak buat.

Apa yang anda hendak ketahui?

Anda boleh memulakannya dengan sinopsis.

Ok, cerita ini ialah tentang putar belit dan konspirasi yang berlaku di dalam koridor kuasa.

Kedengarannya agak menarik.

Perdana Menteri negara ini ...

Negara mana?

Ia adalah negara fiksyen. Ia tidak benar-benar wujud.

Ok. Apa yang anda hendak namakan negara tersebut?

Saya belum putuskan. Tetapi mungkin kita boleh menyebutnya Canland (Bolehland) ... seperti Finland, Iceland, dan sebagainya.

Ok, teruskan.

Canland pernah mempunyai perdana menteri yang telah ditolak hampir sepuluh tahun yang lalu dan sekarang dia inginkan anaknya untuk kembali mengambil alih kerajaan sebagai Perdana Menteri yang baru. Tetapi dia harus terlebih dahulu mnaikkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Plot yang bagus.

Jadi ia harus menolak keluar Perdana Menteri sekarang dan melantik Timbalan Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang baru. Kemudian Timbalan Perdana Menteri yang telah menjadi Perdana Menteri yang baru ini akan melantik anak bekas perdana menteri tua ini sebagai Timbalan Perdana Menteri yan baru.

Sudahkah anda fikirkan namanama watak ini?

Belum, tapi semua nama watak ini akan bermula dengan huruf M. Perdana Menteri tua, anaknya, dan Timbalan Perdana Menteri, semuanya mempunyai nama yang bermula dengan huruf M.

Bijak. Ok, teruskan.

Perdana Menteri tua ini mendapatkan kroninya iaitu orang yang pernah diselamatkannya dari skandal seks dengan seorang kanak-kanak bawah umur beberapa tahun lalu, untuk menerbitkan satu video seks kontroversi yang melibatkan pemimpin pembangkang. Mereka juga mendapatkan rakarakan yang rapat dengan pemimpin pembangkang dan diumpan dengan RM20 juta untuk membantu mereka.

Perkara ini menjadi semakin panas sekarang.

Video ini dibuat dengan sangat buruk dan tidak ada yang percaya kerana itu dilakukan dengan cara yang sangat amatur. Ia begitu buruk dilakukan dengan sangat buruk seperti hasil kerja budak sekolah. Sebenarnya, mereka sengaja inginkan video itu kelihatan sangat buruk sehingga tidak ada seorang pun yang percaya. Kemudian mereka akan mengaitkan semuanya dengan perdana menteri, sehingga ia menimbulkan kemarahan rakyat. Yang akan mencetuskan kejatuhannya.

Saya suka fikiran anda. Lalu apa yang terjadi?

Yah, sebulan kemudian terbukti bahawa video tersebut tidak palsu tetapi mereka tidak cukup bukti untuk membuktikan bahawa pelakon video itu adalah pemimpin pembangkang. Perdana Menteri akan disalahkan kerana video dan dia akan diusir. Timbalan Perdana Menteri akan mengambil alih jawatan tersebut dan anak si Perdana Menteri tua ini akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Dan mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Adakah itu penamatnya?

Tidak cukup. Aku akan menamatkan filem ini dengan penonton merasa suspen. Kitra tidak menjawab pertanyaan apakah video itu dari pemimpin pembangkang atau tidak walaupun memang video tulen.

Mengapa?

Saya akan menjawabnya dalam sekuel filem, sudah tentu! Kemudian, dalam filem kedua, kami akan memberitahu penonton apakah video itu dari pemimpin pembangkang atau tidak. Sekuel filem ini ialah berkaitan isu Canland akan muflis dan negara ini meletup ke dalam peperangan agama dengan kerajaan melakukan vandalisme kepada Alkitab dan akan melancarkan pembersihan etnik kepada semua bukan bumiputera dan sebagainya.

Ok, kedengarannya bagus. Bolehkah anda menghantar permohonan rasmi anda dengan salinan sinopsis yang anda ceritakan kepada kami? Tetapi naikkan bujet anda sebanyak 50% lagi.

50%? Mengapa?

Ya, lagi 50% itu untuk saya. Itu adalah komisen saya untuk membantu anda mendapatkan bantuan.

Begitu. Ok. Saya akan serahkan dalam masa seminggu.

Kredit : RPK
Read Full 2 comments

Gaddafi Akan Digulingkan Puteranya Sendiri

WASHINGTON – Dua putera Pemimpin Libya Muammar Gaddafi dikhabarkan sedang mencari jalan keluar kemelut di negaranya dan menawarkan beberapa perjanjian dengan pihak antarabangsa untuk menyingkirkan ayahnya.

Menurut laporan New York Times yang mengutip kata seorang diplomat yang tidak mahu dikenali, beberapa pejabat Libya sempat membingcangkan perkara (penyingkiran) tersebut. Putera kedua Gaddafi, Saif Al Islam, turut mengetuai perbincangan tersebut.



Tidak diketahui sama ada Gaddafi mengetahui perancangan ini. Menurut salah seorang yang rapat dengan dua putera Gaddafi, Saif dan Saadi, berkata putera-puteranya itu ingin ayah mereka agar segera meninggalkan pejabatnya.

“Dua puteranya itu inginkan perubahan di dalam negara mereka, tanpa ayahnya,” kata sumber yang tidak mahu dikenali itu, serta mengaku rapat dengan Saif dan Saadi.

Saif dan Saadi terkenal lebih cenderung memilih kestabilan ekonomi dan keterbukaan politik ala Barat. Sedangkan dua puteranya yang lain, Khamis dan Mutassim, dikatakan bersikap lebih tegas.

Khamis memimpin kumpulan militan pro-kerajaan dan Mutassim yang merupakan Penasihat Keselamatan Negara, merupakan saingan Saif untuk mewarisi kuasa ayah mereka.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks