blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TERKINI : Rakaman Tsunami Ke-2 Melanda Jepun Hari Ini

Monday, March 28, 2011
Berita gempa bumi hari ini sekali lagi menggemparkan Jepun, kesan kemusnahan yang mengerikan dari gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah meragut ribuan nyawa ditakuti berulang.

Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 batu di sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.

Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.

TERKINI: Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.

Hilang sekelip mata: Dalam masa beberapa minit tempat letak kereta di dalam gambar sebelum ini telah ditenggelami air yang mengalir deras - menyebabkan penduduk tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.

Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.

Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.

Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.

Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.


Kredit : DailyMail
Read Full 7 comments

ANEH, Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Bersunat

Anak pertama pasangan Hairul Insaniyah (23), dan Sunarto (27) yang diberi nama Ahmad Dzaki Rahib Nur Fuadi, warga Dusun Sarpereng Utara, Indonesia sudah siap disunat alat kelaminnya ketika dilahirkan.

Peristiwa ajaib itu mula diketahui ketika bayi yang disambut kelahirannya oleh bidan tempatan pada usia 3 hari. Kulit dihujung kemaluan bayi lelaki itu terkelupas seperti anak yang sudah disunatkan. "Waktu itu yang pertama sekali nampak ialah abangnya. Selepas anak saya kencing, dilihat alat kelaminnya ini seperti sudah disunatkan," kata Hairul Insaniyah (Iin), ibu kepada bayi itu , Isnin (28/03/2011).


Iin berkata ia tidak mendapat sebarang alamat sebelum kelahirannya. Namun semasa hamil dia sering mengamalkan membaca Al-Quran, terutama surah Yusuf, Maryam, Yasin, Arrahman dan surah Muhammad.

"Walaupun saya terkejut dan hairan, tapi saya senang, kerana saya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menyunatkan anak saya," katanya.

Iin mengaku tidak tahu siapa yang menyunatkan anak pertamanya itu. "Saya menganggap ini kekuasaan Allah yang patut disyukuri. Semoga ini tanda-tanda bagus, semoga anak saya menjadi anak soleh," harapnya.
Read Full 6 comments

Cubaan Lari Dari Penjara Guna Pistol SABUN

Percubaan untuk lari daripada penjara dengan menggunakan senjata palsu daripada sabun berjaya digagalkan - selepas seorang warden penjara merasa hairan mengapa seorang banduan menggunakan sabun yang banyak.

"Senjata" yang realistik itu dijumpai didalam pencarian warden penjara semalam, menggagalkan usaha banduan tersebut.


Banduan tersebut telah menghabiskan masa seminggu untuk merancang plot kotor untuk menahan seorang pegawai warden sebagai, di Penjara High Down di Sutton, Surrey.

Satu laporan Penjara memuji tindakan pantas ini sebagai "kerja keras daripada kakitangan penjara" - dan memperingatkan: "Sebuah pistol sabun di tangan yang salah, terutama ketika ia kering, dicat dan dibuat yang canggih, mampu menipu dan menimbulkan rasa takut."

Timbulnya plot seperti ini di penjara-penjara Inggeris, amaran telah dikeluarkan kepada para warden untuk lebih berhati-hati dengan kasut but dengan pisau tersembunyi - seperti yang dikenakan oleh musuh agen 007, Rosa Klebb di dalam filem From Russia With Love.

Laporan itu mengingatkan penjara untuk menjaga ancaman keselamatan kerana: "Seorang suspek dalam tahanan polis telah dijumpai memakai sepasang kasut but seperti ini."
Read Full 2 comments

Bila Mahathir VS Kalau Anwar..

1. Apabila Mahathir melakukan lawatan rasmi ke Vatican bersama-sama dengan rombongan dari JAKIM termasuk Ustaz Uthman al-Muhammadi, maka suratkhabar dan TV memuji-muji lawatan ini untuk keamanan dunia dan kedamaian antara agama. Apabila isteri Mahathir, Siti Hasmah mencium tangan Pope John Paul, maka para pegawai JAKIM, TV dan suratkhabar memuji dan memuja akan perbuatan ini sebagai bukti penganut Islam itu orang yang bertoleransi dan menghormati akan agama lain.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah "pluralisme" dan boleh mengancam akidah umat Islam. Sekiranya Khalid Samad atau Mat Sabu yang mengikuti rombongan ini, maka para TV dan suratkhabar akan dipenuhi dengan kenyataan oleh pegawai Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia (JAKIM) mengenai kesesatan akidah mereka. Sekiranya Wan Azizah mencium tangan Pope John Paul, sudah tentu ianya akan merosakkan akidah, menurut JAKIM.

2. Apabila Mahathir melawat Antartika bersama-sama dengan beberapa orang chukong, editor NST, setiausaha politik dan ahli-ahli keluarga beliau, ia dianggap sebagai langkah yang bijak dan berwawasan. Juga ia membuktikan perdana menteri ini seorang yang mempunyai pemikiran yang luas dan saintifik. Lawatan ini juga akan dipuji oleh para media sebagai memberi kebaikan kepada negara kerana ia akan menajamkan dan memberi ketenangan kepada pemikiran pemimpin negara.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah suatu pembaziran dan penyalahgunaan kedudukan sebagai pemimpin. Ia juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara selain membazir masa dan wang.

3. Apabila Mahathir menukar medium pengajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan dan membenarkan tuntutan supaya medium pengajarannya dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular, maka ia adalah tindakan yang bagus dan berwawasan. Ia juga membuktikan perdana menteri seorang yang berani dan tegas dalam membuat keputusan (menukar kepada bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan) dan juga memahami tuntutan kaum-kaum minoriti (kerana membenarkan medium dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular).

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara ini, ia adalah pengkhianatan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Juga seorang yang bacul dan panakut kerana mendengar tuntutan oleh kaum minoriti. Perbuatan ini juga (sekiranya Anwar yang melakukannya) boleh merosakkan masa depan anak-anak Melayu di luar bandar.



Kredit : ExPet
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks