Moses Lanham Musa bercadang untuk mencatatkan namanya secara rasmi ke dalam rekod di atas kebolehannya yang luar biasa.
'Dikenali sebagai manusia berjalan undur ke belakang' dan
'Mr Elastik', yang tinggal di Michigan dan berusia 49 tahun ini boleh memutarkan kakinya 120 darjah ke belakang, suatu kebolehan yang dia harap akan dapat menempatkan namanya di dalam Guinness Book of Records.
Bukan itu sahaja, ia juga merancang untuk mencatatkan rekod berjalan 20 meter terpantas dengan kaki terpusing ke belakang.
Walaupun rekod itu sukar, Lanham yakin dapat melakukannya - kerana rekod itu belum pernah dibuat sesiapa sebelum ini.
Unik: Lanham bertujuan untuk mencatatkan dua rekod Guinness di Rom minggu depan.
Ketika bercakap kepada AOL News, Mr Lanham berkata:
"Aku boleh memusingkan kedua-dua kaki ke belakang, tapi untuk catat rekod saya hanya akan melakukan putaran 120 darjah."
Walaupun kelihatan seperti menyakitkan, Lanham mengatakan ia tidak merasa sakit kerana kakinya yang fleksibel, malah dia rasa cukup 'selesa' dengan kakinya itu.
"Banyak kali ketika duduk. Saya akan memutarkan kaki saya dalam keadaan kaki depan ke belakang kerana ia lebih selesa untuk saya," katanya.
Apa penyebab mobiliti hyper?
Sendi berganda, yang dikenali sebagai mobiliti hyper, adalah di mana sendi boleh meregang lebih jauh dari biasa. Ia boleh berlaku pada satu sendi atau beberapa sendi di seluruh badan. Ada risiko mobiliti hyper bahawa beberapa orang mungkin terdedah kepada masalah kesihatan seperti sendi mudah rosak dan keadaan jangka masa panjang akan mengalami osteoporosis. Ia juga dilihat sebagai salah satu dari gejala serius seperti sindrom down.
Lanham mula menyedari keanehannya ketika berusia 14 tahun selepas mengalami kemalangan ketika bersukan di sekolah. Ketika memanjat tali, ia terlepas pegangannya dan terjatuh dari ketinggian hampir 18 kaki sebelum mendarat dengan posisi kakinya yang sangat aneh.
"Mereka sangka ada sesuatu yang patah," kata Lanham.
"Tapi aku terus berdiri dan tiada apa-apa."
Sejak itu Lanham terus mengembangkan kebolehannya.
Ketika di sekolah tinggi, dia lebih suka untuk berjalan mengundur dan ketika di kolej ia akan mengenakan pakaiannya secara terbalik, dan jalan berundur ke belakang. Malangnya, anak lelaki Lanham, Trey yang berusia 17 tahun hanya mewarisi sebahagian sahaja kebolehan kaki seperti ayahnya.
Trey tidak boleh memutarkan kakinya sepenuhnya seperti ayahnya, dan juga akan merasa sakit dalam masa yang singkat.
"Sayang sekali, kerana aku berharap aku boleh bersara dan menjadi pengurusnya," seloroh Lanham.
Doktor yang telah memeriksa Lanham berkata ia dilahirkan dengan tisu tambahan dan tulang rawan pada sendinya, membuatkan pinggul, lutut dan pergelangan kakinya menjadi elastik. Tidak ada ahli lain dalam keluarganya, selain dari Trey, yang mengalami kondisi seperti ini.
Bakatnya itu menjadikan dirinya terkenal selepas ia muncul di dalam
'Candid Camera', 'Ripley's Believe It or Not!', 'Amerika Funniest Home Videos', 'Jimmy Kimmel Live' dan di dalam Discovery Channel
'Medical Incredible'.
Bakat: Lanham mempunyai kebolehan yang sangat luar biasa, kelihatan di sini dia menunjukkan beberapa kebolehan luar biasanya.